Begitulah berhantunya tekanan peperiksaan. Ini baru UPSR, belum lagi PMR, SPM mahupun STPM. Paling ngeri, pernah berlaku dalam sejarah pendidikan kita, murid bunuh diri kerana gagal UPSR. Sape nak jawab tuh?

Saya sendiri turut merasai debaran itu. Ini tahun pertama saya di sekolah ini dan saya telah diamanahkan untuk mengajar matematik untuk calon UPSR bagi kelas kedua dari belakang. Markah TOV mereka ada yang D, ada yang E. Dan paling merisaukan saya sepanjang peperiksaan yang diadakan samada UPTP, PKSR mahupun trial, tidak pernah lebih dari separuh dari pelajar kelas saya lulus.
Tahun ini, kali pertama keputusan UPSR diumumkan dalam cuti. Saya yang telah pulang ke kampung mengambil inisiatif untuk kembali ke Penang. Kebetulan ada kenduri di rumah seorang sahabat merangkap keluarga angkat di sana. Jadi serampang dua mata lah tujuan kembalinya saya ke sana.
Pagi itu, tiba di sekolah pukul 9.3- dan saya terus ke pejabat. Ibu bapa dan murid telah ramai yang menunggu. Dalam keadaan berdebar dan risau, saya hanya mampu mengangkat tangan kepada murid-murid yang memanggil saya. Tiba di sana, guru-guru kelas tahun 6 sibuk menyemak dan menyusun slip peperiksaan murid.
Secara perlahan-lahan saya mengambil slip murid-murid kelas saya dan melihat satu persatu. Sehelai demi sehelai saya membelek, dup dup dup. Alhamdulillah, hampir kesemuanya lulus. Cuma ada 3 , 4 orang saja yang gagal. Yang tak pernah lulus pun boleh dapat C.Wlpun tiada antara mereka yang dapat A, tapi saya tetap bersyukur kerana mereka lulus.
"Camna result kelas awak?", tiba-tiba ketua panitia muncul di depan saya.
"alhamdulillah, kak. Ada 4 orang je yang tak lulus", jawab saya.
"Bagus-bagus... tahun depan ajar tahun 6 lagi ye", ujar beliau. Aduh...
Saya seboleh mungkin cuba sedaya upaya menolak untuk memikul beban mengajar tahun 6. Terasa sangat berat namun apakan daya. Amanah yang diberi tidak boleh disia-siakan. Sebelum pulang, saya ke bilik PK HEm.
"kak, agak-agak saya guru kelas lagi tak tahun depan?", tanya saya.
"Eh, mestilah.", jawabnya. Aduh...
"Mai sat, nak bincang tentang pengawas tahun depan", sambung beliau.
Namun kata beliau, pada tahun hadapan bebanan untuk saya dalam ko-kurikulum mungkin sedikit kurang kerana pengagihan tugas tahun depan dibahagikan seadil mungkin. Walau bagaimana pun jawatan Ketua Panitia tetap saya kena pegang.
Moga tahun hadapan keputusan peperiksaan murid saya lebih cemerlang pada tahun ini. Ketua Panitia Matematik sekali lagi mencadangkan saya mengajar murid kelas ke dua dari belakang... huhu.
Terima kasih atas doa sahabat-sahabat kepada murid-murid saya. Teruskan berdoa.
6 ulasan:
Alhamdulillah. :)
awal2 lagi dah ada 3 tanggungjawab. huhu selamatttt
Apabila kita berada di persekitaran sekolah yang pentadbirannya bagus dan rakan sekerja yang ok, kita akan berasa sangat seronok untuk bekerja.
2 elemen ini antara penentu utama samada sekolah itu best atau tidak :)
Assalamualaikum,
Baru sempat jenguk,TAHNIAH cikgu.
Itula.......murid2 osem sebab cikgu depa pn osem. ",)
Ana doakan kecermelangan sentiasa mengiringi cikgu. Biiznillah
~Eyda~
Waalaikumussalam.
Ameen. terima kasih atas doanya.
Tu lah, lama juga tak nampak komen kat sini :)
tahniah cikgu..
sama-sama
Catat Ulasan