BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


13 Nov 2012

Murid-muridku yang osem

Sepanjang tahun ini, pelbagai warna warni kehidupan mewarnai hidup saya sebagai guru. InshaAllah akan dikongsi sepanjang cuti ini jika ada kesempatan:). Kisah yang berlaku di minggu-minggu terakhir persekolah ini amat menyentuh hati saya.

Sebagai seorang guru kelas merangkap seorang salah seorang guru disiplin, saya agak tegas dengan anak-anak saya. Saya menganggap mereka seperti anak saya sendiri, bukan lagi seorang adik walaupun usia mereka sebaya dengan adik bongsu saya. Sebab itu mereka mereka bertanya "cikgu ada berapa orang anak??", saya akan menjawab sama dengan bilangan mereka.
gambar di KOPI PASTA dari sini

Setiap hari, saya rasa kelas saya yang paling lewat balik. Mereka akan saya tahan jika kelas tidak bersih, kerja tidak siap, banyak main dan tidak boleh keluar sebelum berbaris. Maklumlah, kelas pertengahan jadi mereka agak tidak mahu mendengar kata.

Pernah seorang dari mereka tertinggal bas dan terpaksa balik jalan kaki, namun tidak memberitahu saya akan hal tersebut sehinggalah diberitahu oleh rakan mereka dari kelas sebelah. Bila saya bertanya kepadanya, dia mengiayakannya dan  memberitahu tidak mahu saya rasa bersalah.

Pun begitu, apa yang saya lakukan bukan untuk mendenda mereka, tetapi untuk mendidik supaya mereka menjadi manusia yang bukan saja berjaya dalam pelajaran malah berakhlak mulia.

Di akhir-akhir minggu persekolahan, semua cikgu akan mengalami kesibukan tahap maksimum. Sibuk di akhir tahun lain dengan sibuk di waktu lain kerana masa amat suntuk untuk menyelesaikan banyak perkara lebih2 lagi kepada guru kelas. Saya terlepas pandang tentang anak-anak saya itu.

Suatu hari bila saya ke sekolah, mereka tersenyum2 apabila bertembung dengan saya. Senyuman mereka lain macam diiringi dengan gelak. Saya tidak mempedulikan mereka kerana sibuk. Bila tiba waktu rehat, salah seorang dari mereka datang kepada saya dan meminta sy ke kelas. Katanya penting.

Memikirkan mungkin ada murid yang sakit atau kecemasan, saya bergegas mengikutnya ke kelas. Dari jauh, saya melihat ada seorang murid di depan pintu dan apabila masuk ke kelas, saya dapati tiada seorang pun anak-anak saya di situ.

Tiba-tiba... hehe, suspen pula..

Surpriseeeeeeeeeeeeee................ diiringi sorakan dari almari belakang kelas. Seorang demi seorang keluar.

"CIkgu, selamat hari lahir", ucap mereka.

Saya tergamam. Kelu, speechless... tidak tahu untuk berkata apa-apa.

"Minggu lepas hari lahir cikgu kan? Kami tak sempat nak buat sebab cikgu sibuk dan tiada kat sekolah", kata mereka.

"kamu ada minta kebenaran siapa buat jamuan ni?" saya risau takut-takut mereka dimarahi oleh pentadbiran yang amat memandang berat makan di kelas. Apalagi saya seorang guru disiplin.

"Cikgu jangan risau, cikgu-cikgu lain semua dah tau. Kami jemput mereka. Guru besar dan penolong kanan pun kami jemput cikgu", kata seorang dari mereka yang merupakan mastermind dalam surprise party ini.

"Duduklah cikgu, makan", jemput seorang dari mereka. Saya teragak-agak melihat 2 bekas bihun dan nasi goreng di dalam bekas yang agak besar.

Kemudiaan ada cawan-cawan plastik dan beberapa botol air karbonat. Sungguh teliti perancangan mereka.
Sebelum makan, saya meminta mereka menjaga kebersihan kelas supaya tidak timbul rungutan dari pihak lain.

"Cikgu, kami minta maaf, sepatutnya ada kek tapi orang yang ditugaskan membawa kek tak hadir ke sekolah hari ini", kata seorang dari mereka.

"Kenapa tak bagitau cikgu, nanti cikgu boleh bawa kek yang besar untuk kamu semua", kata saya kepada mereka.

"eh, mana boleh, nanti tak surprise la.. lagipun ni kan hari lahir cikgu", balas mereka.

Kemudian, datang cikgu-cikgu lain dan juga barisan pentadbiran kecuali guru besar.

"Cikgu, tahun depan cikgu jadi guru kelas kami lagi tak?" tanya seorang dari mereka.

"Tahun depan kamu semua akan berpecah masuk kelas lain-lain. Nanti cikgu-cikgu lain akan ajar kamu dan ambil alih guru kelas", saya menjawab.

"ala, tak bestla", balas seorang dari mereka.

"cikgu kan selalu marah kamu, pastu kena balik lambat, tak serik lagi ke? NI siap buat jamuan hari lahir lagi ni", saya cuba menguji mereka.

"ala, cikgu marah sebab nak bagi kami pandai kan. cikgu marah sebab nak kami jadi baik kan?"jawab seorang yang lain pula. Amboih, jawapan mereka, bukan lain lagi.

"Cikgu nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat kamu semua sebab ingat hari lahir cikgu, sambut hari lahir cikgu dan beri hadiah pada cikgu", saya tidak lupa berterima kasih pada mereka selepas pentadbiran dan guru-guru lain usai makan dan meninggalkan kelas.

"sama-sama, cikgu", balas mereka. Kepuasan jelas terpancar di wajah mereka.

Usai majlis, saya bertanya kepada rakan-rakan guru lain tentang majlis ini.

"minggu lepas lagi mereka dah bagitau kami, siap bagi kad jemputan tapi mereka minta tak beritahu kepada cikgu", kata salah seorang dari rakan guru.

"Untung la cikgu, baru setahun kat sini, dah ada murid buat party hari lahir. Saya dah lebih 10 tahun kat sini, tiada pun murid ingat hari lahir saya". kata seorang lagi rakan guru yang lain.

Terima kasih, anak-anakku.

Sebenarnya ada kalangan murid kelas lain yang membocorkan rancangan mereka ini, tetapi saya tidak mengendahkan sangat kerana bagi saya mereka terlalu kecil untuk melaksanakan perancangan itu. Pada hari tersebut saya terlupa akan hal itu sehinggalah saya melihat salah seorang dari mereka mengambil sebekas makanan dari kantin. Namun, untuk tidak menghampakan mereka, saya buat-buat tak tahu apa-apa.

Nyata mereka begitu cekap. Anak-anakku, anda sungguh super osem.

4 ulasan:

dee berkata...

wowww! mesti tersentuh. :)

tak sabar pulak nak masuk kelas. agak2 kena garang eh? hehe
tipsss tipssss

~fam~ berkata...

alhamdulillah...

cikgu memang best!!!
hujung tahun sibuk 2 minggu pertama cuti je...lepas tu boleh cuti dan dolan dolan...
:)

~selamat hari lahir cikgu!:)

Al - Mu'allim berkata...

~dee~

Aah, memang tersentuh, tp xtunjuk sangat la perasaan touching kat diorg.

Garang tak perlu sangat, tp tegas itu penting. Pastu habaq kat depa. Kalau dah marah depa, kena balance balik dengan kata-kata yang baik dan pujian bila mereka buat baik.

Tekankan juga bahawa tiada seorang cikgu pun suka marahkan murid mereka.

Sudah pasti skola rendah dan skolah menengah ada perbedaan namun persamaan ttp ada.

Al - Mu'allim berkata...

~fam~

terima kasih.

Lepas bunyi loceng hari terakhir, saya terus anggap saya tak sibuk. :)

Cumanya berhasrat untuk hadir kembali ke sekolah pada hari keputusan UPSR nanti. Alhamdulillah, skolah tidak paksa, namun teringin jugak nak g.

Jalan2? Owh, tahun ini gagal merancang pelancongan seperti tahun lepas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails