BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


25 Nov 2012

2013: Semua cikgu akan ada blog

Tengok tajuk ni macam pelik je. Betul ke? Macam mana pula semua cikgu boleh ada blog ni? Blog apa? Blogspot? Wordpress? ke blog dotcom dotmy? Bukan blogspot, bukan wordpress mahupun dotcom dotmy tapi blog katak.

Blog katak?
Mungkin ada yang tertaya-tanya tentang blog katak ini. Mungkin juga ada cikgu-cikgu sekolah sudah didedahkan tentang blog katak (baca :Frog Vle) ini. Atau mungkin juga ada yang sudah pakar menggunakan frog vle ini. Bagi sekolah saya, ianya masih baru dan cikgu-cikgu tiada lagi pendedahan khusus mengenainya.

Sebulan sebelum cuti sekolah hari tu, ada seorang cikgu kat sekolah diminta hadir satu kursus, Kursus ni kena bawa murid-murid dalam 4,5 orang yang akan ditugaskan untuk membantu cikgu tersebut memperkenalkan web katak ini kepada murid-murid.

Ringkas cerita, balik dari kursus, cikgu tersebut dibekalkan ID dan pasword email dotYes dotMy semua guru, semua murid dan semua ibu bapa. Maknanya hanya menggunakan emel id dan password yang digenerate ini saja, guru-guru, murid-murid dan ibu bapa boleh mengakses web katak ini. Semua guru, murid dan ibu bapa tidak perlu sign in, hanya perlu log in menggunakan ID dan password yang dibekalkan untuk mengakses web katak ini.

Susah juga nak terangkan. Namun, untuk lebih jelas, boleh menonton dan memahami melalui video di bawah. Ada banyak juga videonya kalau nak tengok semua.

Masa balik dari kursus, mudah saja arahan cikgu tersebut kat semua cikgu selepas melihat cikgu-cikgu duk sibuk dengan urusan lain

 ", Cikgu-cikgu, balik rumah, buka youtube, taip frog vle, tonton pastu belajar sendiri. Tahun depan saya buat LDP. Password dan email ID boleh ambik dekat saya".

Murid-murid yang mengikuti kursus diberi peluang berada di dalam makmal komputer bagi mempraktikkan ilmu yang mereka baru dapat. Bila saya ke makmal, saya melihat ada yang main games, ada yang main facebook dan ada yang buat benda lain. Haish, kata saya kepada mereka,

 "oo, orang suruh buka frog vle, hangpa duk main benda lain ek".

"kami dan terror dan cikgu. Senang je buat benda ni", ujar salah seorang dari mereka dengan perasaan bongkak. Ceh.

Takpe2, hang pa tengok nanti apa yang cikgu nak buat kat hangpa. Pulang ke rumah, saya mempelajari serba sedikit tentang web katak ini dan cuba mempraktikkan apa yang saya tonton iaitu cara memberi tugasan kepada murid.

Dengan web katak ini, kita boleh menghantar tugasan kepada murid melalui online dan menetapkan tarikh hantar. Keesokannya harinya murid-murid tersebut datang berjumpa saya.

"cikgu, camna nak buat tugasan yang cikgu bagi tu?", tanya seorang dari mereka.

"la, kamu kan dah terror, buatlah", balas saya kepada mereka sambil tersenyum.

"cikgu ni, main-main pula", ujar mereka.

"Tu la, cikgu bagi peluang duk makmal, hangpa duk main benda lain. Lain kali, belajar betul-betul sebab nanti kamu nak ajar murid-murid lain", nasihat saya kepada mereka.
Melihat kepada tutorial yang dibekalkan, nampak menarik, namun apakah ia berkesan?
Beginilah rupa bentuk katak ini sebelum dimasukkan password. Tekan Get started untuk masukkan emel ID dan password

Kata cikgu tersebut, tahun depan frog vle ini akan digunakan secara meluas namun beliau sendiri tidak yakin.

Saya positif tentang pembaharuan ini, namun terlalu banyak kekangannya terutama tidak semua murid ada kemudian komputer dan internet di rumah lebih-lebih lagi murid sekolah saya. Selain itu, tidak semua murid celik komputer, apakah mereka akan ketinggalan? Cikgu-cikgu sendiri bukan semuanya tahu menggunakannya. Sementara itu, ibu bapa juga dibekalkan emel ID dan password untuk memantau P&P anak-anak, namun apakah mereka ada masa atau tahu menggunakannya. Buku sekolah pun tak sempat nak cek.

Pada saya, ianya hanyalah satu tambahan saja untuk digunakan oleh guru tertentu kepada murid tertentu. Bimbang juga terdapat unsur-unsur pembaziran dalam projek ini. Sudah pasti bukan sedikit dibelanjakan untuk ini.

10 ulasan:

etuza berkata...

betul ka ni cikgu..harap saya tak ketinggalan info ni. Nak belajar ni agar boleh terangkan pada kawan2 di sekolah tahun depan...apapun saya tunggu arahan ja. Ada2 saja reformasi pendidikan ni ya...

dee berkata...

kalau kat uni, ada satu aplikasi utk forum antara lect-student. nama dia edmodo.
macam fb la. mmg lect bg kat situ jela due, kerja2 semua. ada scale utk tentukan student tu aktif ke tak utk diberi pmarkahan.
masalah yg sama - internet tak ckup laju macam kat korea :)
positif positif, tapi, kalau dibekalkan dengan internet selaju di korea, mesti smua orang terpaksa utk belajar benda2 cam ni. jd secara automatik, semua org bole celik it. :)
*just pandangan

dee berkata...

kalau kat uni, ada satu aplikasi utk forum antara lect-student. nama dia edmodo.
macam fb la. mmg lect bg kat situ jela due, kerja2 semua. ada scale utk tentukan student tu aktif ke tak utk diberi pmarkahan.
masalah yg sama - internet tak ckup laju macam kat korea :)
positif positif, tapi, kalau dibekalkan dengan internet selaju di korea, mesti smua orang terpaksa utk belajar benda2 cam ni. jd secara automatik, semua org bole celik it. :)
*just pandangan

Al - Mu'allim berkata...

~etuza~

Wallahu a'lam.
Itu yang saya difahamkan oleh guru yang berkursus. Tidak rugi kita mengisi cuti dengan melengkapkan pengetahuan ttg hal ini.

Kalau dah ada arahan nnti senang.

Al - Mu'allim berkata...

~dee~

laju sgt ke internet kt korea?:)
cikgu-cikgu tak cukup terbeban dengan sistem sppbs. hopefully ianya lebih memudahkan urusan ikgu, bukan makin membebankan mereka :)

alFarafisyah berkata...

Terima kasih atas perkongsiannya.

~Merajinkan diri explore selepas membaca status fb cikgu.

alin berkata...

ternyata idea kerajaan menampakkan usaha yang positif kearah membentuk pendidikan yang tampak maju, menarik dan seiring dengan peredaran zaman teknologi pada masa kini.. namun pada pandangan saya, yang baru berbekal dengan sedikit pengalaman waima secanggih mana teknologi yang ada sekarang kita perlu memikirkan kos masa, kebarangkalian diluar jangka yang mungkin terjadi cth gangguan capaian, kerosakkan dll.. kebergantungan pengajaran kpd kaedah tradisional walaupun tampak 'usang' namun jika diselitkan dengan idea kreatif cikgu hasilnya objektif pengajaran juga tercapai.. walaupun begitu, usah dipinggirkan idea-idea positif yang dilakukan oleh pihak kerajaan ambil sebagai eksperimen jika baik teruskan dan jika sebaliknya pasti ada solusi untuk mengatasinya...

#SAYABUDAKBARUBELAJAR

Al - Mu'allim berkata...

~alFarafisyah~

Sama-sama.

Pasni boleh la dilantik jadi JU frog vle ni ye...

Al - Mu'allim berkata...

~alin~

Ada benarnya pandangan alin. Nak tahu kekangan masa, tunggu masuk sekolah nanti (kalau belum posting).

Pandangan ttg kaedah tradisional tu pun banyak benarnya. Namun adakala cikgu2 tidak sempat membuat persediaan pengajaran yg optimum kerana tugasan lain. Itu keluhan guru yang terlibat dgn PBS (bukan saya).

Moga kita dapat menjadi seorang pendidik yang osem :)

ketikketok berkata...

".. to love is to care, to care we must share..."
get some and feel awesome at I AM GORGEOUS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails