![]() |
| gambar dari sini |
Pandangan saya?
Nak juga bagi pandangan. Boleh diterima dan boleh juga ditolak. Pandangan tak semestinya betul. Doa yang diungkapkan adalah doa kehancuran pertubuhan bukan doa ke atas individu. Sedangkan doa untuk individu yang zalim pun dibolehkan, apa lagi kepada pertubuhan yang zalim pada pandangan pendoa. Bukanlah yang didoakan supaya diturunkan bala, kerana jika bala yang turun, seluruh umat Islam Malaysia termasuk pendoa akan merasai tetapi kehancuran itu lebih kepada kehancuran pertubuhan dalam pilihanraya. Sesuatu isu, kalau dipolitikan akan jadi polemik. Isu doa bukan isu politik, isu doa isu agama.
![]() |
| pic from here |
Ustaz mengajar kitab asal dalam bahasa arab dan diterjemahkan dan kebetulan semalam ustaz membacakan tentang doa. InshaAllah saya akan kongsikan apa yang saya dapat untuk manfaat bersama.
#Jangan berputus asa dalam meminta kepada Allah walaupun doa tidak dimakbulkan. Allah memakbulkan doa mengikut kehendak Allah, bukan kehendak kita. Jangan ngaju (baca : merajuk) jika Allah belum makbulkan doa kita.
#Memakbulkan doa adalah hak Allah, bukan hak kita. Kita tak boleh paksa Allah makbulkan doa kita serta merta. Sama macam kita nak minta sesuatu dengan manusia, tapi dia taknak bagi. Kita tak boleh marah kat dia sebab tu hak dia. Allah lebih-lebih lagi la. Allah akan bagi juga tapi Allah nak kita bersabar.
#Kalau Allah makbul doa serta merta kat semua orang, habislah. Cth : Semua orang doa nak kereta besar dan Allah makbulkan semua doa tu. Abislah jalan jem. Siapa nak naik motor?Siapa nak naik basikal? Siapa nak naik kereta kecik?Siapa nak naik bas? Bankrupt abis. (Sekadar contoh dari saya)
#Allah makbulkan doa dalam 3 cara. Dimakbulkan apa yang kita minta, digantikan dengan yang lebih baik ataupun disimpan sebagai ganjaran di akhirat nanti. Saya teringat seorang ustaz pernah berkuliah katanya, kalau kita tahu betapa besarnya ganjaran yang Allah sediakan kepada doa yang tidak dimakbulkan didunia, kita akan harap apa yang kita minta di dunia ni, ALlah tak makbul dan disimpan sebagai ganjaran di akhirat.
#Kadang-kadang, bila kita suruh ulama berdoa untuk kita dan doa tidak dimakbulkan, kita tak boleh marah kat ulama tu sebab yang makbulkan doa bukan ulama tapi Allah, ulama tolong doa je. atau tidak boleh kata ulama itu tidak berkat kerana doa tidak dimakbul kerana hak untuk memakbulkan doa adalah hak Allah, bukan hak ulama.
#Jangan jemu untuk berdoa. Sentiasalah berdoa. Orang yang taknak berdoa adalah orang yang sombong, seolah-olah dia tak perlukan apa-apa dari Allah. Allah suka kepada orang yang minta kepadanya. Jangan berhenti berdoa.
Rasanya setakat ni dulu lah perkongsian ilmu pada hari ini. Moga berjumpa lagi dilain kali :)


3 ulasan:
Assalamualaikum..
Sedap ko syeikh jgk dpt blaja kitab hikam di kg...Jauh jgk g alah ko TUmpat nah...Alang2 ke sana, singgah2 lh di kedai bonda ambo di Pasar Besar Tumpat..(",)
Sheikh, cu oyat molek gak kedai ma sheikh alik mana. Ambo nk g beli nih. tahu lah atah pasa, tp gok, ghama oghe duk nego dale tuh buke ma sheikh sore jah. hehe
Sedak tok sedak pun, ale cuti ni jah.. abih cuti gok keno kelik denuh smula la... doh la kena g awa sebak ado mitim.
Doh kito nok ko ilmu, kito keno g cari la sheikh. kito ni jahil, buke ngaji skoloh arab supo demo. Ngajian di u pun buke aliran agama. jadi cikgu jah, buke ustaz supo demo...
Tokkey ilmu nk mari cari kito. Biso bena kalu lagu tuh, staro nabi Musa g cari Nabi Khidir..:)
Catat Ulasan