Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti buat rakan-rakan guru . Selepas mencurah keringat sepanjang tahun, akhirnya berkesempatan untuk bercuti. Ya, sudah pasti ianya cuti sekolah, bukan cuti bekerja.
Ada yang masih perlu mengisi markah dalam SpPBS, SAPS, menjaga peperiksaan, menyemak transkip murid, berkursus dan sebagainya. Usahlah terlalu banyak mengeluh, lakukan dengan seikhlas mungkin apa yang termampu. Yang tak mampu nk buat cmno.
191112. Keputusan UPSR akan diumumkan. Nak tak nak kena mai juga ke sekolah. Nak lihat juga hasil selepas 8 bulan bercucuk tanam. Walaupun budak2 yang diajar adalah dari kelas belakang n menunjukkan sikap kurang minat untuk belajar, saya menaruh harapan tinggi buat mereka.
Moga kejayaan mengiringi mereka dan kita semua

2 ulasan:
Happy holidays cikgu....semoga cuti nih lagi bermakna dari sebelum nih..hehe
-missy moppet-
Selamat bercuti juga...
HUh, mudah-mudahan cuti ini lebih bermakna dari sebelumnya wlpun takgi mana-mana berbanding sebelumnya :)
Catat Ulasan