Nak kongsi cerita tentang bubur asyura atau orang kelantan panggil sugho. Kat dapur masih berlambak bubur tiada siapa nak makan. Bukan tak suka, tapi dah cemuih dah sebab banyak. Alkisah orang melayu bila tiba 10 muharram, sibuk nak buat bubur asyura.
Salah ke buat bubur asyura? Haramkah? Berdosa ke? BIdaah ke? Tu persoalan dan perbahasan yang timbul bila tiba 10 Muharram. Hurm, nak buat jamuan tak kan berdosa kot. kan?
Masa kuliah di dataran ilmu jumaat yang lepas, antara isi kandungan kuliah oleh TGNA ialah orang melayu ni pelik, bila tiba 10 muharram, sibuk nak buat jamuan bubur asyura, padahal 10 muharram sangat digalakkan kita untuk berpuasa. Tak boleh ke buat 9 muharram ke, 11 muharram ke? ni sibuk nak buat 10 muharram, padahal hari tersebut digalakkan kita berpuasa. Barangkali depa takut kalau buat 9 muharram, takut takleh panggil bubur asyura, kena panggil bubur tasu'a pula.
Saya ada mendengar rakaman khutbah jumaat oleh Dr Abdul Basith Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama Abu Anas Madani pada 9 Muharram yang lalu. Sahabat boleh mencarinya di youtube kalau nak sebab saya tak dapat nak sertakannya di sini. Antara lainnya beliau menekankan tentang puasa pada 10muharram. Kalau yang terlepas, tunggu tahun depan kalau ada umur.

Kita ni kadang-kadang banyak alasan (rujuk tafsiran alkahfi ayat 54). Macam puasa sunat syawal juga. Banyak sangat rumah terbuka sampai tak sempat nak puasa. Padahal kalau hadiri jemputan dan tak makan, tuan rumah ok je. Takdela menangis ke apa. Kdg2 siap tapau lagi untuk kita.
Orang yahudi pun puasa juga sebab bagi mereka hari ni hari besar kerana Allah menyelamatkan Nabi Musa dari tentera firaun. Bila nabi Musa selamat, baginda berpuasa kerana bersyukur atas kurniaan keselamatan oleh Allah. Nabi kita SAW banyak berpuasa hari Isnin kerana hari Isnin adalah hari kelahiran baginda. Kita pun kalau nak bersyukur pada Allah, boleh berpuasa pada hari lahir kita, kata nak cepat dapat jodoh. NI tak, bila hari lahir, buat pesta macam-macam. :)
Puasa Hari Asyura ni lebih dahulu dari puasa ramadhan. Bila tiba hari Ayura, nabi suruh para sahabat puasa sehinggalah difardhukan puasa ramadhan.
Orang yahudi puasa, orang jahiliah puasa, kalau kita mengaku sayang nabi, tapi tak puasa, hisablah diri betapa jauhnya kita di sisi Allah.
Ada juga yang timbulkan persoalan puasa Asyura kerana 10 Muharram jatuh pada hari sabtu. Maka tak boleh puasa kecuali disertakan puasa sehari sebelumnya. Benda ni ulama dan selesai lama dah, jangan bergaduh. Kepada para pendakwah, jangan keras atau syadid sangat. Kita bukan puasa sempena hari sabtu. Begitu juga kalau jatuh hari jumaat, puasalah. Kita bukan puasa sempena hari tersebut tapi sempena hari Asyura. Jangan pula orang yang malas puasa ambil kesempatan tak nak puasa sebab kita.
Yang terbaik adalah puasa dulu 9 Muharram sebab tak nak sama dengan yahudi. Yahudi puasa 10 Muharram saja, jadi kalau kita puasa 9 dan 10, kita dah lari dari persamaan dengan yahudi. Kalau tak mampu buat 9 dan 10, buat lah 10 sahaja pun, jangan tak buat lansung. Kepada muslimat yang ABC, nak buat macamana, takde rezeki, tp kalau sebelum tu dah niat awal-awal nak puasa, dah dapat dah pahala.
Namun, bila tiba hari Asyura, timbul golongan rafidhoh iaitu golongan yang kononnya sayangkan keluarga nabi. Koyak baju, pukul tubuh kononnya sayangkan sayyidina Hussin. Ni lah golongan syiah yang sangat jahat terhadap tubuh sendiri. Ini golongan yang sangat bahaya.
Golongan kedua, nawasib iaitu kumpulan gembira dengan kematian Sayyidna Hussin, buat jamuan dan sebagainya. INilah yang dibimbangi dalam masyarakat kita yang kacau bubur. Sepatut puasa, tapi kita buat jamuan. Tepuk dada, tanya iman. Jangan pula kita kata orang yang buat bubur asyura tu puak2 nawasib. Check dulu.
![]() |
| Bubur Asyura. #itu bukan kaki saya. gambar dari internet |

2 ulasan:
Assalamualaikum...
"Orang yahudi puasa, orang jahiliah puasa, kalau kita mengaku sayang nabi, tapi tak puasa, hisablah diri betapa jauhnya kita di sisi Allah."
(point penting)
'Hasibu anfusakum qobla antuhasabu'
Hisab dirimu sebelum engkau dihisab...
Mengoreksi diri dengan menginsafi kelemahan.
Moga Allah kasih.
Waalaikumussalam..
Peringatan untuk diri saya sendiri juga. terima kasih juga atas nasihatnya.
Catat Ulasan