BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


23 Nov 2012

Keputusan UPSR: Alhamdulillah, terima kasih pada semua

Umum mengetahui, keputusan UPSR telah diumumkan pada 19hb November yang lalu. Ada yang gembira, tidak kurang juga yang bersedih dengan keputusan tersebut. Berita yang disensasikan oleh Harian Metro adalah tentang seorang budak yang tercicir nama pelajar cemerlang yang dapat 5A melarikan diri dan bersembunyi kerana kecewa. Bukan hanya calon, bahkan ibu bapa mahuoun guru juga turut berdebar menunggu keputusan tersebut.

Begitulah berhantunya tekanan peperiksaan. Ini baru UPSR, belum lagi PMR, SPM mahupun STPM. Paling ngeri, pernah berlaku dalam sejarah pendidikan kita, murid bunuh diri kerana gagal UPSR. Sape nak jawab tuh?
Sekolah saya
Saya sendiri turut merasai debaran itu. Ini tahun pertama saya di sekolah ini dan saya telah diamanahkan untuk mengajar matematik untuk calon UPSR bagi kelas kedua dari belakang. Markah TOV mereka ada yang D, ada yang E. Dan paling merisaukan saya sepanjang peperiksaan yang diadakan samada UPTP, PKSR mahupun trial, tidak pernah lebih dari separuh dari pelajar kelas saya lulus.

Tahun ini, kali pertama keputusan UPSR diumumkan dalam cuti. Saya yang telah pulang ke kampung mengambil inisiatif untuk kembali ke Penang. Kebetulan ada kenduri di rumah seorang sahabat merangkap keluarga angkat di sana. Jadi serampang dua mata lah tujuan kembalinya saya ke sana.

Pagi itu, tiba di sekolah pukul 9.3- dan saya terus ke pejabat. Ibu bapa dan murid telah ramai yang menunggu. Dalam keadaan berdebar dan risau, saya hanya mampu mengangkat tangan kepada murid-murid yang memanggil saya. Tiba di sana, guru-guru kelas tahun 6 sibuk menyemak dan menyusun slip peperiksaan  murid.

Secara perlahan-lahan saya mengambil slip murid-murid kelas saya dan melihat satu persatu. Sehelai demi sehelai saya membelek, dup dup dup. Alhamdulillah, hampir kesemuanya lulus. Cuma ada 3 , 4 orang saja yang gagal. Yang tak pernah lulus pun boleh dapat C.Wlpun tiada antara mereka yang dapat A, tapi saya tetap bersyukur kerana mereka lulus.

"Camna result kelas awak?", tiba-tiba ketua panitia muncul di depan saya.

"alhamdulillah, kak. Ada 4 orang je yang tak lulus", jawab saya.

"Bagus-bagus... tahun depan ajar tahun 6 lagi ye", ujar beliau. Aduh...

Saya seboleh mungkin cuba sedaya upaya menolak untuk memikul beban mengajar tahun 6. Terasa sangat berat namun apakan daya. Amanah yang diberi tidak boleh disia-siakan. Sebelum pulang, saya ke bilik PK HEm.

"kak, agak-agak saya guru kelas lagi tak tahun depan?", tanya saya.

"Eh, mestilah.", jawabnya. Aduh...

"Mai sat, nak bincang tentang pengawas tahun depan", sambung beliau.

Namun kata beliau, pada tahun hadapan bebanan untuk saya dalam ko-kurikulum mungkin sedikit kurang kerana pengagihan tugas tahun depan dibahagikan seadil mungkin. Walau bagaimana pun jawatan Ketua Panitia tetap saya kena pegang.

Moga tahun hadapan keputusan peperiksaan murid saya lebih cemerlang pada tahun ini. Ketua Panitia Matematik sekali lagi mencadangkan saya mengajar murid kelas ke dua dari belakang... huhu.

Terima kasih atas doa sahabat-sahabat kepada murid-murid saya. Teruskan berdoa.



15 Nov 2012

Ustaz Azhar oh ustaz azhar

Malam ni berkesempatan menghadiri kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus(UAI) di Masjid Bandar Pasir Mas. Ajak bonda dan seorang adinda. Rancang bertolak dari rumah pukul 6.30ptg kerana maghrib awal di Kelate (6.53), tp kerana ada mushaqqah, 6.45 baru boleh gerak. 300 meter sebelum sampai, sudah kelihatan kereta yang parking di tepi-tepi jalan. Saya memberanikan diri memandu ke arah masjid dan alhamdulilah dapat parking di dalam kawasan sekolah di hadapan masjid walaupun kelihatan penuh.
Elok je parking, muazzin iqamah dan kami terus ke masjid. Bonda terus ke tempat muslimat manakala saya dan adinda ke tempat muslimin. Masjid melimpah dan kami terpaksa solat di atas simen batu di perkarangan masjid. Saya rasa inilah kali pertama masjid ini menerima kehadiran jemaah yang sangat ramai.

Ustaz Azhar Idrus sangat diminati oleh anak muda. Semasa kehadiran beliau di Penang, Masjid Negeri Pulau  Pinang gagal menampung kehadiran yang jemaah yang sangat ramai. Walaupun masjid tersebut 2 tingkat dan sangat besar pada perkiraan saya, jemaah tetap melimpah ruah. Menurut imam masjid, inilah sejarah kehadiran jemaah teramai. Kalah solat hari raya, solat tarawih, apalagi solat jumaat.

Sayang sekali ustaz ini tidak berkesempatan muncul di kaca televisyen. Yang ada pun, hanya baru-baru ini menerusi rancangan KEmah keming di Astro Oasis. Itupun ianya hanyalah rakaman semula. Anak muda pelbagai latar belakang meminati beliau, bahkan non-Muslim juga suka akan kuliah beliau.

Saya melihat ada pembaharuan pada kuliah kali ini iaitu UAI membuka sesi soal jawab lisan di akhir ceramah iaitu usai membaca soalan yang ditulis oleh para hadirin. Moga UAI sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan terus memberi kepada ummah. INshaAllah kuliah ini akan disambung semula di masjid kubang kerian pada tarikh yang akan dimaklumkan. MInta-minta dalam cuti ini juga.

INshaAllah, esok akan bersama adinda sekali lagi mendengar ceramah UAI & Akhil Hayy di Balai Islam Lundang jam 9pagi. Dan seterusnya melawat Istana Negeri bagi melihat ekspo yang hangat diperkatakan.

13 Nov 2012

Murid-muridku yang osem

Sepanjang tahun ini, pelbagai warna warni kehidupan mewarnai hidup saya sebagai guru. InshaAllah akan dikongsi sepanjang cuti ini jika ada kesempatan:). Kisah yang berlaku di minggu-minggu terakhir persekolah ini amat menyentuh hati saya.

Sebagai seorang guru kelas merangkap seorang salah seorang guru disiplin, saya agak tegas dengan anak-anak saya. Saya menganggap mereka seperti anak saya sendiri, bukan lagi seorang adik walaupun usia mereka sebaya dengan adik bongsu saya. Sebab itu mereka mereka bertanya "cikgu ada berapa orang anak??", saya akan menjawab sama dengan bilangan mereka.
gambar di KOPI PASTA dari sini

Setiap hari, saya rasa kelas saya yang paling lewat balik. Mereka akan saya tahan jika kelas tidak bersih, kerja tidak siap, banyak main dan tidak boleh keluar sebelum berbaris. Maklumlah, kelas pertengahan jadi mereka agak tidak mahu mendengar kata.

Pernah seorang dari mereka tertinggal bas dan terpaksa balik jalan kaki, namun tidak memberitahu saya akan hal tersebut sehinggalah diberitahu oleh rakan mereka dari kelas sebelah. Bila saya bertanya kepadanya, dia mengiayakannya dan  memberitahu tidak mahu saya rasa bersalah.

Pun begitu, apa yang saya lakukan bukan untuk mendenda mereka, tetapi untuk mendidik supaya mereka menjadi manusia yang bukan saja berjaya dalam pelajaran malah berakhlak mulia.

Di akhir-akhir minggu persekolahan, semua cikgu akan mengalami kesibukan tahap maksimum. Sibuk di akhir tahun lain dengan sibuk di waktu lain kerana masa amat suntuk untuk menyelesaikan banyak perkara lebih2 lagi kepada guru kelas. Saya terlepas pandang tentang anak-anak saya itu.

Suatu hari bila saya ke sekolah, mereka tersenyum2 apabila bertembung dengan saya. Senyuman mereka lain macam diiringi dengan gelak. Saya tidak mempedulikan mereka kerana sibuk. Bila tiba waktu rehat, salah seorang dari mereka datang kepada saya dan meminta sy ke kelas. Katanya penting.

Memikirkan mungkin ada murid yang sakit atau kecemasan, saya bergegas mengikutnya ke kelas. Dari jauh, saya melihat ada seorang murid di depan pintu dan apabila masuk ke kelas, saya dapati tiada seorang pun anak-anak saya di situ.

Tiba-tiba... hehe, suspen pula..

Surpriseeeeeeeeeeeeee................ diiringi sorakan dari almari belakang kelas. Seorang demi seorang keluar.

"CIkgu, selamat hari lahir", ucap mereka.

Saya tergamam. Kelu, speechless... tidak tahu untuk berkata apa-apa.

"Minggu lepas hari lahir cikgu kan? Kami tak sempat nak buat sebab cikgu sibuk dan tiada kat sekolah", kata mereka.

"kamu ada minta kebenaran siapa buat jamuan ni?" saya risau takut-takut mereka dimarahi oleh pentadbiran yang amat memandang berat makan di kelas. Apalagi saya seorang guru disiplin.

"Cikgu jangan risau, cikgu-cikgu lain semua dah tau. Kami jemput mereka. Guru besar dan penolong kanan pun kami jemput cikgu", kata seorang dari mereka yang merupakan mastermind dalam surprise party ini.

"Duduklah cikgu, makan", jemput seorang dari mereka. Saya teragak-agak melihat 2 bekas bihun dan nasi goreng di dalam bekas yang agak besar.

Kemudiaan ada cawan-cawan plastik dan beberapa botol air karbonat. Sungguh teliti perancangan mereka.
Sebelum makan, saya meminta mereka menjaga kebersihan kelas supaya tidak timbul rungutan dari pihak lain.

"Cikgu, kami minta maaf, sepatutnya ada kek tapi orang yang ditugaskan membawa kek tak hadir ke sekolah hari ini", kata seorang dari mereka.

"Kenapa tak bagitau cikgu, nanti cikgu boleh bawa kek yang besar untuk kamu semua", kata saya kepada mereka.

"eh, mana boleh, nanti tak surprise la.. lagipun ni kan hari lahir cikgu", balas mereka.

Kemudian, datang cikgu-cikgu lain dan juga barisan pentadbiran kecuali guru besar.

"Cikgu, tahun depan cikgu jadi guru kelas kami lagi tak?" tanya seorang dari mereka.

"Tahun depan kamu semua akan berpecah masuk kelas lain-lain. Nanti cikgu-cikgu lain akan ajar kamu dan ambil alih guru kelas", saya menjawab.

"ala, tak bestla", balas seorang dari mereka.

"cikgu kan selalu marah kamu, pastu kena balik lambat, tak serik lagi ke? NI siap buat jamuan hari lahir lagi ni", saya cuba menguji mereka.

"ala, cikgu marah sebab nak bagi kami pandai kan. cikgu marah sebab nak kami jadi baik kan?"jawab seorang yang lain pula. Amboih, jawapan mereka, bukan lain lagi.

"Cikgu nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat kamu semua sebab ingat hari lahir cikgu, sambut hari lahir cikgu dan beri hadiah pada cikgu", saya tidak lupa berterima kasih pada mereka selepas pentadbiran dan guru-guru lain usai makan dan meninggalkan kelas.

"sama-sama, cikgu", balas mereka. Kepuasan jelas terpancar di wajah mereka.

Usai majlis, saya bertanya kepada rakan-rakan guru lain tentang majlis ini.

"minggu lepas lagi mereka dah bagitau kami, siap bagi kad jemputan tapi mereka minta tak beritahu kepada cikgu", kata salah seorang dari rakan guru.

"Untung la cikgu, baru setahun kat sini, dah ada murid buat party hari lahir. Saya dah lebih 10 tahun kat sini, tiada pun murid ingat hari lahir saya". kata seorang lagi rakan guru yang lain.

Terima kasih, anak-anakku.

Sebenarnya ada kalangan murid kelas lain yang membocorkan rancangan mereka ini, tetapi saya tidak mengendahkan sangat kerana bagi saya mereka terlalu kecil untuk melaksanakan perancangan itu. Pada hari tersebut saya terlupa akan hal itu sehinggalah saya melihat salah seorang dari mereka mengambil sebekas makanan dari kantin. Namun, untuk tidak menghampakan mereka, saya buat-buat tak tahu apa-apa.

Nyata mereka begitu cekap. Anak-anakku, anda sungguh super osem.

10 Nov 2012

Selamat bercuti, cikgu

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti buat rakan-rakan guru . Selepas mencurah keringat sepanjang tahun, akhirnya berkesempatan untuk bercuti. Ya, sudah pasti ianya cuti sekolah, bukan cuti bekerja.

Ada yang masih perlu mengisi markah dalam SpPBS, SAPS, menjaga peperiksaan, menyemak transkip murid, berkursus dan sebagainya. Usahlah terlalu banyak mengeluh, lakukan dengan seikhlas mungkin apa yang termampu. Yang tak mampu nk buat cmno.

191112. Keputusan UPSR akan diumumkan. Nak tak nak kena mai juga ke sekolah. Nak lihat juga hasil selepas 8 bulan bercucuk tanam. Walaupun budak2 yang diajar adalah dari kelas belakang n menunjukkan sikap kurang minat untuk belajar, saya menaruh harapan tinggi buat mereka.

Moga kejayaan mengiringi mereka dan kita semua


10 Okt 2012

BIsmillah... Laptop baru

Alhamdulillah. Dpat kembali ke laman pena ini setelah berhibernasi selama beberapa bulan. Laptop rosak yang sangat kritikal menyebabkan saya tidak mahu membaikinya. Mahu membeli yang lain, namun hajat disimpan dahulu sebab saya rasa tanpa laptop masa saya lebih banyak. Lagian, hari tu sibuk dengan murid-murid nak exam awam di samping murid lain yang akan menduduki ujian akhir tahun.

INgat nak tunggu tutup sekolah dulu baru nak beli laptop, tiba-tiba nak kena buat soalan pula. Alang-alang, beli teruslah. Lalu, terbelilah ASUS K46C. INshaAllah saya akan cuba buat review tentang laptop ini pada posting akan datang (inshaAllah. taut nak buat janji sebenanrnya).
Lama tidak menulis, sudah pasti banyak cerita dan pengalaman terutama di sekolah yang ingin saya kongsikan. INshaAllah jika ada kesempatan (kesempatan ada, tp... ). Sungguh, mengajar murid di zaman sekarang banyak ranjau dan pancaroba. Adakalanya berupa satu kejutan yang tak tercapai dek akal. Namun itulah yang perlu kita hadapi. Kemajuan yang ita kecapi pada hari ini, rupanya mahal harga yang perlu kita bayar.

Buat para sahabat yang tidak jemu berkunjung, saya ucapkan ribuan terima kasih. BIla tengok post 'Paling diminati sebulan' kat sebelah, saya tersenyum melihat tajuk '8 tips cepatkan jodoh' menduduki ranking paling atas. Moga tips itu berkesan.

Oh ya, mohon maaf juga buat penanya di formspring, memang baru saya buka. Ada yang saya jawab walaupun terlambat, ada juga saya abaikan kerana sangat tidak valid mahupun tidak perlu dijawab atau disesuai dibaca.

INshaAllah dikesempatan lain, kita berjumpa lagi.


23 Apr 2012

"Saya ikut sunnah nabi, cikgu"

Anak didik saya ramai yang mempunyai facebook dan sering bertanya fb saya untuk mereka add as friend. Sebagai seorang cikgu, saya tidak mahu mempunyai gap yang jauh dengan mereka, jadi saya tidak bermasalah untuk menerima mereka sebagai kawan.

Semakin hari semakin ramai yang menambah saya sebgai kawan fb mereka. Apabila melihat post-post dan komen mereka di fb, hati saya risau tentang apa akan jadi kepada mereka dalam tempoh 5 atau 10 tahun akan datang. Bagaimanakah akhlak mereka di masa akan datang?

Sesuatu yang tidak terduga oleh saya adalah tentang budaya couple di kalangan mereka yang saya tidak pasti apakah ini sebenarnya budaya biasa bagi sahabat-sahabat. Anak-anak didik saya masing-masing berbangga dengan meletakkan in a relationship with .... pada status hubungan mereka di fb. Ada juga yang meletakkan married with ... selain berbahasa mama dan papa dengan pasangan mereka. Ada yang dengan rakan sekelas, ada juga dengan rakan berlainan kelas malah ada juga dengan kakak senior yang lebih tua dari mereka.

Apabila ditanya, dengan senyum dan bangga mereka menjawab "sunnah nabi, cikgu".

"sunnah nabi apa?"kapel sunnah nabi ke?". tanya saya.

"sunnah nabi la macam dengan Siti Khadijah. Nabi lebih muda", jawabnya. Aduh, rupanya umur yang dimaksudkannya, bukan hubungan kapel itu sendiri. Apabila saya bertanya lebih tentang beberapa status dan komen mereka di fb, dia diam dan kemudian dijawabnya kepada saya.

"uii, bahaya betullah cikgu ni. Kena unfriend cikgu nampaknya. Terlalu bahaya cikgu jadi friend kat fb saya". alahai.

Clash dan bertukar ganti pasangan juga perkara biasa. Hari ini dengan bangga memberitahu mereka ada pasangan, esoknya sumpah seranah apabila berkelahi,

"semua lelaki sama je. tak boleh dipercayai", Minggu depan in a relationship dengan orang lain pula. Aduh.

Apabila diteliti, saya mendapati mereka sebenarnya kurang kasih sayang ibu bapa. Ada banyak masalah lain tetapi yang paling ketara adalah masalah keluarga. Saya sayangkan mereka, mereka ibarat adik saya sendiri kerana umur adik bongsu saya adalah sama dengan mereka.

Hujung minggu keluar dating berdua-duaan ke shopping mall. Mungkin mereka tidak melakukan apa-apa namun di usia sementah itu sudah pandai keluar dating, bagaimana agaknya bila sudah remaja nanti?

Surat cinta tidak usah dicerita. Dah banyak kali tertangkap. Dari murid biasa sampailah kepada pengawas biasa dan 'ustaz' pembaca doa pagi. Apakah yang patut saya lakukan?

15 Apr 2012

Tsunami + saman polis

Agak terlambat untuk mengulas isu gempa bumi yang berlaku di Acheh pada hari pertabalan Agong yang lalu. Lagipun masa tu semua irang tulis pasal ini, jadi biarlah keadaan reda dulu sebelum saya menulis.

Ketika itu baru usai solat asar dan saya sedang menyiapkan 'presentation' untuk murid-murid. Kepala saya tiba-tiba pening seolah-olah mahu pitam. Saya cuba menenangkan diri namun rasa pusing itu makin terasa, lantas saya keluar dari bilik dan melihat housemate bergegas ke luar rumah. Saya ke sana dan melihat suasana kecoh. jiran-jiran panik kerana bangunan bergegar agak kuat.

Mana tak nya, rumah kami berada di tingkat paling atas dan tapak apartment ini asalnya adalah laut yang ditambak. Selepas memastikan semuanya ok, kami turun ke bawah. Asalnya menaiki lift, namun gegaran di dalam lift lebih kuat menyebabkan kami tiada pilihan selain menggunakan tangga. Berpusu-pusu manusia menuruni tangga. Sampai di bawah, sudah ramai yang memenuhi kawasan laman. Ada yang muka bangun tidur, ada yang hanya bertuala dan bermacam kerenah lagi.

Selepas keadaan agak reda, kami kembali ke rumah dan bersiap untuk keluar kerana dijangka amaran tsunami telah dikeluarkan dan dijangka sampai ke Penang jam 9.10 malam. Housemate mencadangkan kami ke tanah besar sebelum jambatan ditutup, namun saya kurang bersetuju dan mencadangkan tinggal di pulau saja, tetapi berada di tempat yang jauh sedikit dari pantai. Selepas arahan tsunami ditarik balik, barulah kami kembali ke rumah.

Ramai sebenarnya yang lari ke Tanah Besar apabila amaran tsunami dikeluarkan. Lihat kan, baru sedikit peringatan Allah berikan kepada manusia, masing-masing sudah menunjukkan rasa takut yang tidak berbelah bagi. Gegaran ini hanyalah sedikit berbanding kegoncangan pada hari kiamat. Namun, apakah manusia itu berfikir tentangnya?

Apabila kesekolah keesokan harinya, pelajar-pelajar sibuk bertanya dan isu ini riuh di sekolah. Bermacam soalan yang ditanya.
"cikgu rasa tak gegaran semalam?", tanya seorang murid.
"cikgu, betulkah hari jumaat ini kiamat?", tanya seorang murid lagi.
"cikgu, semalam saya rasa bergegar", jelas seorang murid.
"cikgu, best la gempa bumi semalam. saya suka", seorang murid lagi mencelah. Aiseh, best kamu cakap.

Saya tertarik dengan soalan seorang pelajar ini,

"cikgu, semalam tu bala kan? sebab manusia lupa Allah", tanya seornag murid yang lain.

Apapun moga kita sentiasa beringat akan Allah.


SAMAN POLIS 

Keesokan harinya juga sewaktu saya ingin ke rumah rakan guru, saya ditahan oleh seorang polis. Kesalahan yang dilakukan amat besar pada pandangan undang-undang jalan raya Malaysia iaitu melanggar isyarat lampu merah. Aduh, sebenarnya silap timing. Sewaktu melihat  lampu isyarat di sebelah kanan berubah dari hijau ke kuning dan seterusnya merah, saya terus memecut tanpa menunggu lampu hijau. Rupanya giliran hijau adalah di sebalah depan. Kebetulan ada roadblock yang memang saya tidak sedar, dan diminta ke tepi.

"minta lesen", ujarnya. saya mengeluarkan lesen.
"minta road tax", saya keluarkan road tax.
"minta 'ic" saya keluarkan ic.

Aduh, abislah kali ni.

"kerja apa?", tnya dia.

"cikgu", jawab saya perlahan.

"cikgu???? awak nak pelajar awak ikut peraturan, awak langgar peraturan", bebelnya.

"maaf. cik saya tak perasan. silap timing. Lagipun saya nak cepat", jawab saya takut-takut.

"Itu alasan awak? Sekarang lagi cepat ke lagi lambat?", tanya dia.

"Lambat", jawab saya dengan sepatah kata.

"tau pun. dah dah cepat sangat, tunggu sini lama skit". Aduh... dah la nak cepat. Jadi makin lambat. Bukan lampu isyarat besar pun, lampu isyarat kat lorong ni je. takpelah. asalkan tak kena saman.

Sebentar kemudian, dia bertanya sekolah saya.

"Owh, anak saya belajar kat air itam", jelasnya tanpa ditanya.

Kemudian menyuruh saya berjanji tidak akan langgar lampu isyarat lagi sebelum melepaskan saya pergi. Huh, nasib baik terlepas.

8 Apr 2012

Kembali...

Bismillah.

Alhamdulillah. Dapat meluangkan masa untuk kembali menulis di dalam pena ini walaupun sudah lama tidak ke sini. Terima kasih atas kunjungan sahabat. Rupanya sudah 2 bulan saya meninggalkan lapangan ini. Moga selepas ini tidak akan ada lagi 'gap' yang lama antara post.

Memang diakui, saya agak sibuk dengan urusan persekolahan. Jarang dapat balik sekolah on time, selalunya hampir pukul 4 petang baru boleh pulang. Macam-macam perkara, mesyuarat, unit uniform, sukan, kelab/persatuan dan kelas tambahan lebih-lebih lagi bila mengajar kelas peperiksaan. Hari sabtu tidak terkecuali apabila hampir setiap sabtu ke sekolah untuk pelbagai aktiviti dan yang paling utama adalah kelas tambahan. Begitu juga dengan cuti sekolah baru-baru ini, hanya dapat separuh saja, juga kerana kelas tambahan.

Setiap hari tidak sah kalau tidak membuat balik buku tulis murid untuk disemak dan buku RPH untuk ditulis kerana tiada kesempatan waktu di sekolah. Hanya ditugaskan mengajar 28 waktu namun jawatan-jawatan lain yang mengganggu urusan pengajaran. Ketua Panita, guru pengawas, guru kelas, ketua unit uniform, jurulatih bola tampar, guru rumah HIJAU dan tugas-tugas adhoc lain merencatkan masa untuk melakukan urusan tersebut di sekolah.

Namun, saya seronok. Sehingga artikel ini ditulis, saya masih seronok dengan kesibukan ini. Saya tahu, tugasan ini tidak seberapa berbanding dengah cikgu-cikgu lain dan cikgu-cikgu di sekolah lain. Saya mendapat tahu ada cikgu yang tidak dapat cuti sekolah langsung kerana kelas tambahan sedangkan saya ada juga separuh dari cuti tersebut.

Moga selepas ini masih ada kesempatan untuk saya menulis di sini. Sebenarnya bukan soal cukup atau tidak masa yang diberi, tetapi lebih kepada soal keberkatan masa itu sendiri. Setiap orang diberi 24 jam sehari. Kadang-kadang kesibukan ini juga dirasakan kerana tidak memiliki keberkatan masa itu sendiri. Kuliah agama sekarang pun lebih bergantung kepada kuliah online.

Pernah juga beberapa kali sebelum ini menulis di sini namun hanya terperuk di draft sahaja. Tiada kekuatan untuk menyiarkan di blog.
Sahabat, doakan daku istiqamah dalam jalan dakwah dan sentiasa berada dalam redha Allah.

Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah. Ameen.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails