Apabila umur sudah melewati 25 tahun pada tahun lepas, seringkali apabila tiba cuti sekolah saya akan ditanya tentang kawin. Seolah-olah satu soalan yang sangat sinonim dengan cuti sekolah, apalagi disaat banyak kad jemputan dan undangan perkahwinan yang diperolehi.
Kata sahabat2 "hang tu cikgu, ramai org cari... mak mentua pun ramai berkenan nak menantu cikgu, pilih je la mana satu". Amboi, sedap gamok dia bercakap. Perkahwinan bukan soal kerja apa tetapi persoalan tanggungjawab yang bakal dipikul.
Kata coursemate saya dulu pula "ala, ko kawan je la dulu dgn sape ko berkenan, lps tu bila dh sedia ko g pinang la. senang skit". Melihat seorang sahabat yang didesak oleh pasangannya untuk segera masuk meminang membuatkan saya risau untuk memberi komitmen dan harapan kepada orang lain dan diri saya sendiri. Apalagi ia boleh membuka peluang kepada setan untuk menggoda. Benarlah kata-kata yang menyebut...
"A woman worries about the future until she gets a husband. A man never worries about the future until he gets a wife."
Padahal sahabat saya baru saya tamat pengajian dan belum bekerja sementara pasangannya masih ditanggung oleh ibu bapanya di kampus. Bahkan sanggup menaja segala perbelanjaan perkahwinan. Apakah semudah itu kaum hawa melihat sebuah perkahwinan itu?
Saya sedih melihat sebuah perkahwinan seorang kawan yang roboh disebabkan kejahilan dalam ilmu rumah tangga. Perkahwinan bukan sekadar aku terima nikahnya bahkan menuntut komitmen yang tinggi. Robohnya perkahwinan kerana dia 'menarik balik' taklik yang dilafazkannya padahal ianya tidak boleh ditarik balik.
Banyak berita-berita perceraian yang kita dengari di media tetapi bilamana terkena kepada orang yang kita kenali, kita pasti terkejut dan sedih. Saya mohon dijauhkan oleh dari terjadi kepada kita.
2 ulasan:
Assalaualaikum..
JOdoh telah Allah tentukan, yg pasti usaha kita bagaimana, dan juga doa yg berterusan.. Wanita itu dipilih kerana 4
1 kecantikannya
2 nasabnya
3 hartanya
4 Agamanya
Terpulang kepada manusia bagaimana mentafsir sorg wanita.
Mudh2hn hingga ke syurga akhirnya..
Wa'alaikumussalam.
Terima kasih atas respon.
Bukan saja wanita itu dipilih tetapi wanita juga harus memilih. Tidak semestinya apabila menjadi wanita, harus menunggu saja di rumah tanpa berusaha mencarinya.
Bukankah khadijah itu mencari Muhammad kerana kebaikan yang ada di dalam diri baginda?
Catat Ulasan