Agak terlambat untuk mengulas isu gempa bumi yang berlaku di Acheh pada hari pertabalan Agong yang lalu. Lagipun masa tu semua irang tulis pasal ini, jadi biarlah keadaan reda dulu sebelum saya menulis.
Ketika itu baru usai solat asar dan saya sedang menyiapkan 'presentation' untuk murid-murid. Kepala saya tiba-tiba pening seolah-olah mahu pitam. Saya cuba menenangkan diri namun rasa pusing itu makin terasa, lantas saya keluar dari bilik dan melihat housemate bergegas ke luar rumah. Saya ke sana dan melihat suasana kecoh. jiran-jiran panik kerana bangunan bergegar agak kuat.
Mana tak nya, rumah kami berada di tingkat paling atas dan tapak apartment ini asalnya adalah laut yang ditambak. Selepas memastikan semuanya ok, kami turun ke bawah. Asalnya menaiki lift, namun gegaran di dalam lift lebih kuat menyebabkan kami tiada pilihan selain menggunakan tangga. Berpusu-pusu manusia menuruni tangga. Sampai di bawah, sudah ramai yang memenuhi kawasan laman. Ada yang muka bangun tidur, ada yang hanya bertuala dan bermacam kerenah lagi.
Selepas keadaan agak reda, kami kembali ke rumah dan bersiap untuk keluar kerana dijangka amaran tsunami telah dikeluarkan dan dijangka sampai ke Penang jam 9.10 malam. Housemate mencadangkan kami ke tanah besar sebelum jambatan ditutup, namun saya kurang bersetuju dan mencadangkan tinggal di pulau saja, tetapi berada di tempat yang jauh sedikit dari pantai. Selepas arahan tsunami ditarik balik, barulah kami kembali ke rumah.
Ramai sebenarnya yang lari ke Tanah Besar apabila amaran tsunami dikeluarkan. Lihat kan, baru sedikit peringatan Allah berikan kepada manusia, masing-masing sudah menunjukkan rasa takut yang tidak berbelah bagi. Gegaran ini hanyalah sedikit berbanding kegoncangan pada hari kiamat. Namun, apakah manusia itu berfikir tentangnya?
Apabila kesekolah keesokan harinya, pelajar-pelajar sibuk bertanya dan isu ini riuh di sekolah. Bermacam soalan yang ditanya.
"cikgu rasa tak gegaran semalam?", tanya seorang murid.
"cikgu, betulkah hari jumaat ini kiamat?", tanya seorang murid lagi.
"cikgu, semalam saya rasa bergegar", jelas seorang murid.
"cikgu, best la gempa bumi semalam. saya suka", seorang murid lagi mencelah. Aiseh, best kamu cakap.
Saya tertarik dengan soalan seorang pelajar ini,
"cikgu, semalam tu bala kan? sebab manusia lupa Allah", tanya seornag murid yang lain.
Apapun moga kita sentiasa beringat akan Allah.
SAMAN POLIS
Keesokan harinya juga sewaktu saya ingin ke rumah rakan guru, saya ditahan oleh seorang polis. Kesalahan yang dilakukan amat besar pada pandangan undang-undang jalan raya Malaysia iaitu melanggar isyarat lampu merah. Aduh, sebenarnya silap timing. Sewaktu melihat lampu isyarat di sebelah kanan berubah dari hijau ke kuning dan seterusnya merah, saya terus memecut tanpa menunggu lampu hijau. Rupanya giliran hijau adalah di sebalah depan. Kebetulan ada roadblock yang memang saya tidak sedar, dan diminta ke tepi.
"minta lesen", ujarnya. saya mengeluarkan lesen.
"minta road tax", saya keluarkan road tax.
"minta 'ic" saya keluarkan ic.
Aduh, abislah kali ni.
"kerja apa?", tnya dia.
"cikgu", jawab saya perlahan.
"cikgu???? awak nak pelajar awak ikut peraturan, awak langgar peraturan", bebelnya.
"maaf. cik saya tak perasan. silap timing. Lagipun saya nak cepat", jawab saya takut-takut.
"Itu alasan awak? Sekarang lagi cepat ke lagi lambat?", tanya dia.
"
Lambat", jawab saya dengan sepatah kata.
"
tau pun. dah dah cepat sangat, tunggu sini lama skit". Aduh... dah la nak cepat. Jadi makin lambat. Bukan lampu isyarat besar pun, lampu isyarat kat lorong ni je. takpelah. asalkan tak kena saman.
Sebentar kemudian, dia bertanya sekolah saya.
"Owh, anak saya belajar kat air itam", jelasnya tanpa ditanya.
Kemudian menyuruh saya berjanji tidak akan langgar lampu isyarat lagi sebelum melepaskan saya pergi. Huh, nasib baik terlepas.