BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


16 Sep 2011

Beza antara gembira dengan tenang

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Fahamilah bahawa seronok dan gembira adalah suatu yang berbeza dengan ketenangan. Orang yang seronok dan gembira tidak semestinya tenang tetapi orang yang beroleh ketenangan pasti akan berasa seronok dan gembira.

Mereka yang berzina berasa lazat dan gembira dengan persetubuhan, mereka yang berkahwin juga berasa lazat dan gembira dengan jima'.

Artis yang menyanyi dan menari terkinja-kinja bergembira, pakcik tua yang membaca Al-Quran di sebalik tiang masjid juga bergembira.

Kontraktor yang kaya raya hasil sogokan dan penipuan mampu berasa gembira, pengutip tin dan botol, pemunggah sampah juga mampu berasa gembira.

Tetapi hakikatnya, adakah kedua-duanya beroleh ketenangan? Adakah sama golongan yang menuai pahala dengan golongan penempah dosa? Tepuk dada, tanyalah iman.

**diedit dari sedutan khutbah Jumaat masjid negeri Pulau Pinang (9 September 2011)

14 Sep 2011

Law Ka Na Bainana?

Saya rasa setiap orang pasti pernah mendengar tentang rancangan yang sangat menarik ini. Sebelum ditayangkan secara harian sewaktu di bulan ramadhan yang lalu, saya hanya tahu rancangan ini melalui video seorang muslimah yang berpurdah menangis bila ditanya andai Rasulullah SAW ada bersama beliau, apakah yang beliau akan cakap kepada Rasulullah SAW. Subhanallah, begitu tinggi ingatan beliau kepada Nabi SAW sehingga menitis air mata apabila diajukan soalan seperti itu. Kita bagaimana?
Salah satu slot di dalam rancangan ini adalah mencipta satu situasi dan melihat bagaimana umat berhadapan dengan situasi tersebut samada mengamalkan ajaran baginda ataupun tidak. Cthnya ; seorang makcik menjatuhkan beg duit, lalu dilihat apakah yang menjumpai beg tersebut mengambil atau memulangkannya. Apakah seseorang itu akan mengucapkan salam apabila bertemu dan apakah akan mengalihkan halangan yang ada di jalanan.

Terima kasih kepada TV alHijrah kerana menayangkan rancangan ini sepanjang bulan ramadhan sewaktu sahur. Boleh juga menjadi tontonan masyarakat sambil menikmati juadah sahur. Dan sekarang Tv alHijrah meneruskan siaran ini untuk musim ke 2 pada setiap hari ahad jam 9.00 malam.

Apa yang menarik tentang rancangan ini adalah, ia tidak membawa kita kembali ke zaman Rasulullah SAW seperti kebiasaannya tetapi ia membawa Rasulullah ke zaman sekarang di mana andai Rasulullah SAW ada bersama kita, apakah perasaan baginda melihat umat di zaman ini. Itulah kelainan yang cuba di bawa.

Saya tertarik dengan pandangan seorang tokoh yang ditemubual di dalam rancangan tersebut yang merupakan salah seorang pencetus kepada rancangan ini, kata beliau kita tidak seharusnya berasa tidak layak berasa Rasulullah SAW dan para sahabat di akhirat nanti tetapi kita patut berdoa dan berusaha dengan meningkatkan amal ketaqwaan kita supaya akan bersama-bersama baginda Rasulullah SAW di akhirat nanti.

Kadang-kadang saya sendiri berasa pelik dengan orang yang sangat merendah diri sehingga berasa tidak layak untuk berdampingan dengan orang yang soleh. Seorang sahabat saya mengatakan seorang muslimah 'keberatan' untuk menerima beliau kerana kesolehan beliau dan berasa tidak layak bersama beliau. Padahal bagi saya, jika berasa diri mereka kurang beragama, itulah masa untuk meningkatkan agama. Bahkan jika rasa tidak layak itu kerana kurangnya amalan, tingkatkanlah amalan kita.

12 Sep 2011

Apabila student tahu rumah cikgu...

Lama rasanya tidak berkongsi kisah hidup sebagai seorang cikgu. Banyak perkara yang berlaku sebenarnya tetapi tidak sempat untuk dikongsikan kerana tiada mood yang sesuai untuk menulis. Nak kata takda masa, memang tipu la sebab masa untuk fb ada je, masa untuk baca paper ada je, cuma masa untuk menonton tv hampir tiada kerana sudah tidak berminat untuk menonton tv.
Kisah 1

2 Sep 2011

Mana jodoh saya?

Seiring peningkatan umur, pasti terlintas di fikiran tentang persoalan jodoh terutama di kalangan muslimah apalagi melihat sahabat-sahabat seperjuangan masing-masing sudah bergelar ummi, mama mahupun ibu. Muslimin juga ada yang memikirkannya namun mereka dikatakan tidak risau kerana bilangan mereka yang sedikit berbanding muslimat. Pada saya, pandangan itu ada betulnya namun yang ramai itu sebenarnya perempuan sedangkan muslimat yang sebenarnya agak membimbangkan jumlah.
Pada saya, jodoh adalah rahsia Allah dan seharusnya kita perlu yakin dan serahkan semuanya kepada Allah. Sudah pasti usaha itu perlu namun janganlah kita 'memaksa' Allah untuk menunjukkan rahsia-Nya kepada kita sebelum sampai masanya. Apabila rasa gundah itu datang, pujuklah hati dengan berkata belum tiba masanya. Usahlah kita risau dengan jodoh yang pasti akan tiba, tetapi kita seharusnya lebih risau tentang amalan kita yang SUDAH pasti belum mencukupi.

Apakah amal kita sepanjang ramadhan yang lalu masih kita amalkan sehingga sekarang? Apakah perbuatan dosa kita sebelum ramdhan masih kita teruskan selepas sebulan kita bercuti? Apakah nafsu yang kita tundukkan sepanjang ramadhan lalu kembali mengawal diri kita menjelangnya takbir syawal? Jawapan itu ada pada diri kita sendiri.

Saya teringat cerita 2 orang sahabiyah tentang jodoh. Salah seorangnya saya kenali sewaktu membantu seorang ahli Parliman PAS mengadakan program. Ini kisah sewaktu saya menjadi pegawai kerajaan dan belum menjadi cikgu. Kebetulan beliau juga membantu dalam program tersebut. Beliau boleh saya kategorikan sebagai muslimah yang cantik dan solehah dari segi penampilan dan sifat malu yang agak tinggi. Namun jodoh beliau hanya beliau temukan usai program tersebut di mana suami beliau meng'approch' beliau melalui orang tengah selepas program tersebut.

Kata beliau, itulah lelaki pertama yang meng'approach' beliau dan beliau menerimanya kerana berasa sudah sesuai untuk berkahwin. Sebelum ini beliau tidak pernah ada hubungan dengan mana-mana muslimin dan beliau tidak pernah runsing memikirkan tentang jodoh kerana yakin ianya rahsia Allah. Lihat, begitu mudah beliau menemui jodoh apabila tiba masanya tanpa perlu runsing mahupun menjalani hidup berkapel.

Kisah kedua tentang rakan guru, beliau beberapa tahun lebih tua dari saya dan baru saja melangsungkan perkahwinan tahun ini. Ketika beliau menceritakan kisah perkenalan mereka kepada seorang guru yang lain, saya kebetulan turut ada di situ. Menurut beliau, lelaki itu dikenali beliau sewaktu lelaki itu hadir ke rumah beliau untuk kenduri. Beliau diperkenalkan oleh seorang kawan perempuan beliau yang lain kepada lelaki tersebut.

Setelah berkahwin, barulah beliau tahu bahawa lelaki tersebut adalah kawan sekolah beliau 10 tahun dahulu di mana mereka belajar di kelas bersebelahan tetapi masing-masing tidak mengenali satu sama lain. Walaupun satu sekolah, namun mereka tidak dipertemukan dan masing-masing tidak tahu itu adalah jodoh mereka sehingga 10 tahun kemudian. Itulah rahsia Allah yang akan kita ketahui apabila tiba masanya. Justeru, usah bertanya 'mana jodoh saya?' atau dengan kata perkataan lain 'bila nak kawin?'

25 Ogo 2011

Falsafah Buah-buahan


1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.

Photobucket Photobucket

Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.

Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.


2. Jadilah Pokok pisang.

Photobucket

Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.

Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.


3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.

Photobucket Photobucket

Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.

Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.


4. Jadilah ubi kayu.

Photobucket

Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.

Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.


5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.

Photobucket Photobucket

Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.

Maksudnya : Selalu bersikap adil.


6. Jadilah cili

Photobucket

Semakin tua semakin pedas.

Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana.
 
--Perkongsian dari email--

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails