BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


31 Mei 2010

Isteri Cerdik yang solehah

Isteri cerdik yang solehah penyejuk mata penawar hati penajam fikiran. Di rumah dia isteri di jalanan kawan di waktu kita buntu dialah penunjuk jalan.

Alunan nasyid ini memuji-muji seorang isteri solehah yang dinginkan oleh mana-mana lelaki.

Petang tadi saya mengambil kesempatan untuk menziarahi seorang ustazah di wisma pensyarah Jabatan Agama Islam. Sesampai di sana saya amat tertarik dengan seorang anak kecil yang membawa sebiji kek ke dalam bilik seorang ustaz. Kebetulan saya lalu di hadapan bilik itu tetapi ustaz itu tiada di bilik. Selepas melintasi bilik itu saya terdengar nyanyian lagu Selamat hari Jadi dan bila saya menoleh saya melihat ustaz tersebut baru ingin masuk ke biliknya. Rupanya isteri dan anak-anak beliau membuat surprise party sempena hari lahir beliau.

Saya hanya tersenyum melihat gelagat ustaz yang kelihatan terkejut dengan sambutan tersebut dan meneruskan hajat saya untuk bertemu ustazah. Dengan tidak di sangka ustaz tersebut memanggil nama saya. Sangat terharu kerana ustaz masih mengingati nama saya dan menjemput saya untuk menjamu selera di dalam party kecilan tersebut. Selesai urusan, saya menunaikan hajat ustaz dan bersama beberapa orang pensyarah lain di dalam bilik tersebut. Terasa malu juga bila seorang pensyarah bertanya "ini pensyarah mana ni?". Ameen, mudah-mudahan masin mulut beliau.

Masakan isteri ustaz sangat istimewa ditambah dengan gelagat anak-anak beliau yang comel-comel itu. Namun saya kagum dengan isteri ustaz yang menjadi mastermind kepada surprise party tersebut. Sudahlah penat balik dari sekolah, meluangkan masa menyiapkan hidangan istimewa dan membeli kek untuk ustaz tersebut, juga mengadakan kejutan untuk suami tercinta. Sungguh bertuah ustaz mendapat isteri yang cantik lagi solehah, namun apa yang nak dihairankan kerana seorang ustaz sememangnya layak mendapat isteri yang solehah. Benarlah kata-kata Al-quran yang bermaksud :

"wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)". (An Nur:26)

Seorang lelaki mendambakan seorang isteri yang solehah manakala seorang wanita mengharapkan suami yang soleh. Bagaikan terlalu sulit untuk mendapatkannya walau hakikatnya amat mudah. Ya, yang lelaki jadilah soleh, maka peluang mendapat yang solehah terbuka luas, juga seorang wanita harus menjadi solehah untuk berjumpa dengan yang soleh. Saya menilai diri saya di mana letak duduknya saya ini.

Teringat suatu kisah di mana seorang lelaki di tanya oleh rakannya mengapa belum berkahwin lalu dijawabnya bahawa dia mencari wanita yang solehah. Katanya dulu dia sudah berjumpa seorang wanita yang cantiik dan bijak namun akhirnya putus kerana dia menyedari kesombongan wanita tersebut, lalu diteruskan pencarian namun ada saja kekurangan yang ditemui sehingga akhirnya dia berjumpa dengan wanita yang sempurna pada pandangannya. Kawannya bertanya mengapa tidak kamu mengahwininya saja dan jawab lelaki itu wanita itu juga sedang mencari lelaki yang sempurna untuk dijadikan suami.

Selamat Pengantin Baru kepada semua pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pada cuti sekolah nanti. Banyak jemputan yang saya terima dari rakan-rakan dan saya mengucapkan tahniah kepada semuanya. Kad jemputan dihantar bersama pakej soalan "enta bila lagi?". wallahu 'alam atau jawapan yang paling mudah "bila tiba masanya nanti"


30 Mei 2010

Ukhuwwah itu manis

Mencari beribu kawan bagi saya amat mudah namun untuk mencari sahabat ianya agak sukar lebih-lebih lagi sahabat yang sekepala dan sefikrah dengan kita. Sahabat yang paling baik adalah sahabat yang diikat dengan ingatan ukhuwwah atas nama gerak kerja Islam. Dapat berkumpul dengan sahabat seperti ini sudah pasti akan menjadikan hidup kita lebih bahagia dan mendekatkan diri kita kepada-Nya.

Saya amat merindui ukhuwwah yang terbina sejak di matrikulasi suatu ketika dulu. Walaupun hanya setahun di sana namun ukhuwwah yang terbina sangat hebat. Selepas masing-masing membawa diri ke kampus yang berlainan, kami tetap meneruskan ukhuwwah ini. Sudah pasti sepanjang pengajian di U tetap ada ikatan ukhuwwah dengan yang lain namun dengan sahabat-sahabat ini tetap berlainan. Dengan kekangan kewangan yang terhad sepanjang pengajian, kami tetap cuba mencari masa untuk bertemu.

Dan selepas tamat pengajian, ukhuwwah ini tetap terjalin kukuh dan setiap tahun sekurang-kurangnya sekali atau dua kali pasti ada program bersama untuk menyemarakkan ukhuwwah ini. Walaupun masing-masing sudah berkerjaya, namun itu bukanlah penghalang bahkan satu bonus kerana masing-masing sudah mempunyai pekerjaan. Namun terdapat beberapa kekangan seperti commitment tugas dan rumah tangga baru dibina antara kami. Benar kata orang, jika mahu berukhuwwah lakukan sebelum berumah tangga kerana ketika itu komitmen kurang.

Inilah yang dihadapi oleh kami kerana ada di antara kami yang menjadi pensyarah, doktor, guru dan researcher. Kalaupun tidak boleh berkumpul semua, yang berkelapangan akan hadir. Kami tidak ramai, hanya sekitar 10 orang sahaja, namun ukhuwwah ini akan tetap disemai. Mungkin siapa tahu dalam masa akan datang, pertemuaan ini akan menjadi pertemuaan 20 orang atau lebih dengan masing-masing membawa zaujah dan anak-anak.

Saya amat bersyukur dengan ukhuwwah yang hebat ini. Masih banyak tempat yang belum dijelajahi walaupun kami pernah ke tanah tinggi, pulau, air terjun, taman tema, tempat bersejarah dan sebagainya. Mungkin suatu ketika nanti trip ke luar negara boleh dirancang.

Apapun, 3 hari cuti ini amat bermakna kerana diisi dengan xtvt ukhuwwah ini. Saya mencadangkan kepada sahabat-sahabat yang masih di kampus, manfaatkan ukhuwwah anda kerana bila sudah berkeluarga sukar untuk anda bersama sahabat anda. Manfaat masa yang ada dan lakukan program mengeratkan ukhuwwah sekurang-kurangnya setahun sekali. Apabila lama tidak berjumpa, masa perjumpaan itu sangat indah kerana Ukhuwwahfillah itu sangat manis.


16 Mei 2010

Selamat Hari Guru

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru terutama guru-guru yang mengajar saya sejak dari kecil (ayahanda dan bonda), guru sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, universiti, IPG dan sistem pendidikan yang tidak formal seperti usrah, kuliah, tazkirah, daurah, ceramah, kursus, tamrin(latihan) dan sebagainya.

Mereka adalah guru saya meskipun hanya mengajar satu alif

Sabda Nabi s.a.w. (maksudnya): Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali daripada tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

13 Mei 2010

Uhibbuka fillah ya akhi

Selepas mengerjakan solat isya pada malam tadi, saya disapa oleh seorang anak muda yang jernih mukanya dan cantik perilaku akhlaknya. Sudah lama saya memerhatikan beliau dan pernah juga berbual dengan beliau namun peristiwa malam tadi begitu menyebakkan hati saya. Allah telah menghantar anak muda ini untuk memberi teguran kepada saya.

Sungguh, saya kagum dengan anak muda ini. selain memiliki suara yang lunak, di dalam diri beliau juga ada 30 juzuk al-quran. Namun sering mengelak untuk untuk menjadi imam kerana beranggapan ada orang lain yang lebih layak, barangkali memandang diri beliau yang masih muda dari saya dan ahli jemaah yang lain.

Malam tadi beliau datang kepada saya dan bersalaman dengan saya, dengan teragak-agak beliau mencium tangan saya dan meminta saya memberi nasihat dan teguran andai ternampak tingkah laku beliau yang 'lain' atau 'pelik' atau nampak tergelincir dari rutin seorang mukmin.

Saya tersentak. Selama ini saya amat mengagumi akhlak beliau sekarang diminta menjadi penasihat dan memberi bimbingan dan teguran kepada beliau. Sungguh, saya berasa malu bila diminta demikian oleh beliau. Benar, di dalam Al-quran Allah berfirman yang maksudnya

"Ingat mengingatilah,sesungguhnya ingat-mengingati itu memberi manfaat kepada orang mukmin."

tetapi bilamana ingin membandingkan diri saya dengannya saya jadi malu.

Lalu saya terfikir apakah ini teguran dari Allah kepada saya melalui sahabat ini. Walaupun beliau dilihat ikhlas meminta nasihat dari saya tetapi jauh di sudut hati saya melihat disebaliknya. Wahai diri, malulah kepada Allah andai kamu tidak malu pada diri kamu sendiri atau anak muda itu. Alhamdulillah, terima kasih anak muda. Aku mencintaimu kerana Allah.

8 Mei 2010

Oh, murid zaman sekarang

Lama sudah saya tidak menulis di sini. Tiada alasan yang mampu diberikan namun saya tidak akan biarkan blog ini terus suram sesuram templatenya. Bukan saya tidak tahu menghias blog, tetapi saya tidak cukup kreatif untuk melakukannya. Terlintas untuk mengubah tempalte kepada yang lebih sedap mata memandang, namun saya tidak cukup kreatif untuk melakukannya. Melihat blog-blog sahabat dan rakan-rakna blogroll, terasa jeles dengan kekreatifan mereka. Saya tidak suka meniru, mungkin suatu ketika blog ini juga akan mengalami tranformasi sedikit demi sedikit.

Kali ini saya ingin berkongsi kisah murid-murid yang saya kasihi. Walaupun saya adalah cikgu matematik, tetapi seboleh mungkin saya cuba memasukkan suntikan agama di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya di kelas. Saya cuba memastikan mereka tidak hanya mendapat ilmu malah sering dengan itu akhlak mereka juga dapat dibentuk. Ini juga merupakan pembelajaran merentasi subjek yang mesti dilakukan oleh guru-guru. Ya, memasukkan unsur-unsur subjek lain ke dalam subjek yang diajar.

Tidak banyak yang boleh saya masukkan tetapi saya cuba seboleh mungkin mengaitkan dengan agama kerana semua murid kelas saya adalah muslim. Namun saya sedikit terkejut dengan teguran seorang murid darjah 4 kepada saya ketika saya cuba menasihati mereka dalam kelas saya.

"cikgu!!" dia memanggil saya sambil mengangkat tangan.

"ya, ada apa?" saya bertanya.

"sekarang masa matematik, bukan masa agama", tegurnya.

Saya terdiam seketika kerana terkejut dengan kata-katanya. Sedikit sebanyak saya terkejut dan agak terasa dengan kata-katanya.

"cikgu, dia memang tak suka pelajaran agama pun", tiba-tiba rakan sekelas yang lain mencelah.

"tak apa, jawab saya. Sebenarnnya apa yang saya cakap ini ada kaitan dengan matematik. apalagi di dalam agama juga ada matematik. Kalau tidak mana mungkin kamu boleh mengetahui bilangan rakaat dalam solat".

Saya meneruskan pelajaran seperti biasa apabila kelas kembali tenang. Saya cuba menasihatinya dan memberi mutiara nasihat supaya menjadi seorang yang di samping berjaya di dalam pelajaran, turut memiliki akhlak yang mulia. Kejayaan seseorang itu bukan terletak pada berapa banyak A's yang diperolehi tetapi pada kemuliaan akhlaknya kerana berapa ramai yang berjaya di dalam akademik tetapi gagal membentuk akhlak yang terpuji.

11 Apr 2010

Rumet ku seorang kristian (4)

Sudah lama saya tidak menulis. Sejak ditarik nikmat kesihatan seminggu yang lalu, jarang saya membuka blog apalagi untuk menulis. Banyak ingin dikongsikan bersama rakan-rakan di alam maya, namun apa daya kerana saya tidak mampu berfikir dengan baik di kala demam yang ditambah dengan sakit kepala.

Saya suka berkongsi tentang pengalaman saya tinggal bersama rakan yang beragama kristian ini. Selain berkongsi dengan rakan-rakan, ia juga sebagai satu diari untuk saya ingati kembali pada masa akan datang tentang pengalaman ini. Untuk kali ini, saya tidak tahu mahu bermula dari mana kerana saya risau pandangan orang tentang kisah kali ini.

Ianya ada kaitan dengan politik, tetapi saya tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana parti politik. Bukan kerana saya anti kepada politik kerana politik juga ada dalam Islam, bahkan saya adalah seorang aktivis semasa saya bekerja di jabatan kerajaan sebelum saya memasuki bidang perguruan. Sekarang sedang menunggu masa untuk kembali aktif seperti dulu.

Suatu ketika saya bertanya kepada roomate saya, "di manakah tempat untuk gunting rambut?".

"buat apa kamu mahu gunting, rambut kamu pendek lagi tu kan?", katanya.

"panjang sudah ni. kamu biasa gunting di mana?", tanya saya.

"owh, 1 km dari sini ada satu kedai gunting rambut India, saja ke sana dengan berjalan kaki saja", jawabnya.

"cantik ke dia gunting", saya agak memilih untuk gunting rambut kali pertama.

"tidak cantik sangat, tp kalau kamu mahu yang cantik, kamu ke bandar, ada satu kedai cina yang bagus cara dia gunting", jawabnya penuh yakin.

"yeke? saya mahu gunting di kedai belakang maktab ini saja, tapi tukang guntingnya perempuan pula",terang saya tanpa diminta.

"eh, tidak boleh ke perempuan yang gunting? sama saja tu. walaupun kamu dari kelantan, tapi kawasan ini bukan PAS yang perintah. Jadi bolehla kamu gunting dengan perempuan. BN ok saja kan?"tiba-tiba saja dia mengaitkan dengan PAS dan BN.

"eh, apa maksud kamu dengan BN dan PAS. Apa kaitan dengan gunting rambut", saya amat pelik dgn kata-katanya.

"kamu tidak mahu kerana PAS tidak benarkan kn?ya lah, di Kelantan mana boleh laki dan perempuan bercampur untuk membayar di kaunter pasaraya. Konsert juga diasingkan. jadi di sini, tiada masalah la kn untuk kamu. Kawasan BN tidak buat peraturan begitu kan", katanya.

"it's not about PAS or BN. In Islam, perempuan mana boleh gunting rambut lelaki. Begitu juga sebaliknya", jelas saya.

"owh, sebab dia ada sentuhan kan, maka tidak boleh perempuan gunting rambut lelaki? tapi biasa kedai ada tukang gunting rambut perempuan untuk tarik minat lelaki. Lupa pula saya Muslim tidak boleh bersentuhan, tapi BN ok saja tu. Mereka pun Islam kan?", jawabnya.

"erm... susah saya mahu jawab", jawab saya.

"kalau begitu, kamu boleh minta kedai tu untuk bagi lelaki gunting rambut kamu. tapi biasanya kalau ke kedai gunting, kami mahu perempuan yang buat rambut kami", jawabnya.

"yalah, nanti saya tgk dl", saya mengakhiri topik kami pada malma itu.

Ah, sukar nya untuk bercakap berdepan begini. Kadang-kadang saya tidak pasti apa yang saya cakapkan ini. Betul2 terasa kerugian kerana tidak mengikuti kelas perbandingan agama dulu. Jika tidak, banyak yang kami boleh bahaskan. Moga jika suatu hari nanti saya dipertemukan dengan situasi ini, saya akan lebih bersedia dengan ilmu-ilmu yang lebih mantap.

28 Mac 2010

Sakit hati vs bangga

Pergaduhan di sekolah all boyz adalah perkara biasa bagi sesetengah guru, namun apabila ianya berlaku kepada murid sekolah, ianya menimbulkan tanda tanya apakah yang menyebabkan terjadinya pergaduhan ini.

Di sekolah saya, hampir setiap hari ada saja murid yang datang mendapatkan rawatan di bilik guru kerana sakit samada sakit perut, kepala mahupun luka kerana bergurau dan jatuh. Namun adakalanya ia disebabkan pergaduhan antara mereka yang akhirnya dari perang mulut menjadi perang anggota. Biasanya ia disebabkan kerana masing-masing mengutuk nama ayah rakan mereka.

Namun pergaduhan yang berlaku pada minggu lepas amat mengejutkan dan membimbangkan saya. Seorang murid hindu dipukul oleh seorang Muslim sehingga berdarah di pipinya. Kes ini dikatakan dilaporkan kepada polis oleh guru penolong kanan namun saya tidak sempat mendapatkan butiran lanjut. Bapa si Hindu ini amat marah kerana anaknya dicederakan seakan-akan ingin dibelasah murid yang memukul anaknya.

Tugas guru bukan hanya mengajar, namun mendidik anak muridnya supaya berakhlak dan bermoral. Salah atau tidak bukan terletak kepada agama seseorang itu, bukan juga kepada bangsa tetapi kepada neraca keadilan itu. Zalim bagi seseorang muslim itu membela Muslim lain yang bersalah apatah lagi yang membela itu adalah seorang guru.

lalu, si murid muslim yang memukul muka rakannya itu ditanya kepada dia bertindak melampaui batas itu.

"Kenapa kamu memukul dia?", tanya guru yang bertugas kepada murid itu.

"saya sakit hati dan marahkan dia", jawabnya tegas tetapi takut-takut.

"apa yang dia dah lakukan?kamu tau tak ayahnya nak bawa kes ini kepada polis?kenapa kamu buat begitu", guru itu terus mencari jawab.

"dia cakap Allah b**i, Allah ... ,sebab itu saya tumbuk dia", jawab murid muslim itu.

"astaghfirullah... ", terkejut guru tersebut dengan jawapan muridnya itu.

Setelah disiasat dan bertanya kepada saksi-saksi, memang benar si hindu itu telah berkata demikian sehingga menimbulkan kemarahan murid tadi.

Saya tidak mengikuti kes ini secara mendalam tetapi hanya mendengar dari guru jauh. Apa yang berlaku betul2 merisaukan saya. Isu agama boleh dimainkan oleh budak diusia yang sangat mentah. Penghinaan kepada Islam dilakukan oleh anak kecil yang masih di bangku sekolah rendah? Nah, satu tamparan hebat kepada kita. Sebelum ini kita begitu marah dengan penghinaan yang dilakukan oleh Sweden, denmark dan sebagainya kepada nabi junjungan, sekarang anak Malaysia yang masih dibangku sekolah rendah juga melakukannya.

Saya berasa SAKIT HATI dengan si hindu yang menghina Allah itu. Siapakah yang mengajarkannya? Apakah ini produk 1Malaysia? atau sudah tidak tahu menghormati agama lain. jauh disudut hati, saya berasa BANGGA dengan si murid Muslim itu yang mempertahankan Islam. Jika anda, bagaimana? berani melakukannya jika anda terlihat si kafir menghina Allah dihadapan anda. Moga dia nanti akan menjadi seorang pejuang yang akan mempertahankan Islam di bumi ini.

20 Mac 2010

Rumet ku seorang kristian (3)

Edisi Al-quran vs bible :

Saya ingin menyambung kembali bicara tentang kisah kami sewaktu menjadi roomate dulu. Kali ini tentang dia yang saya lihat sering menelaah Bible. ya, bible seringkali berada di atas mejanya dan setia bersamanya juga adalah highlighter. Bible nya hampir lunyai dan kelihatan buruk kerana dia sering membaca dan menelaah kitab itu.

Seharian pasti ada ketikanya dia membaca dan menghighlight mana-mana isi kandungannya yang dirasakan perlu. Barangkali untuk lebih tahu tentang agama sendiri. walaupun dilihat seorang yang kuat beragama, namun apabila saya bertanya soal ketuhanan, dia sendiri tidak pasti.

"Saya mahu tanya, sebenarnya tuhan kristian ni satu atau tiga?", saya bertanya pada suatu hari. Merujuk kepada persoalan triniti.

"em.. saya tidak pasti sebenarnya, saya rasa satu tapi ada yang cakap tiga",jawabnya.

"oh..", ingin saya bertanya lebih lanjut untuk memberi kefahaman tauhid kepadanya namun menyedari waktu itu kami baru saja tinggal bersama, tidak jadi saya inign meneruskannya.

walaupun dia seorang yang kiat beramal dengan agamanya, tapi dia sendiri masih confuse dengan agamanya sendiri.

Namun kisah seorang muslim ini juga berlegar-legar di kepala saya.

Pemuda ini inign berkahwin dan sebelum diijab kabulkan, dan disoal tentnag perkara-perkara asas nikah, beliau di soal oleh qadhi.

"nak, pakcik nak tanya, Allah tu lelaki ke perempuan?, qadhi bertanya soalan yang sangat simple sebelum ditanya perkara-perkara asas nikah.

"barangkali lelaki la", jawabnya.

Nah, tu dia. Siapa yang harus bersalah dengan jawapan si pemuda ini?Walhal beliau juga macam kita, diazankan dan diiqamahkan sewaktu lahir.

Betapa beruntungnya kita di dalam agama ini, namun kita tidak memanfaatkan keuntungan dan hidayah yang Allah bagi kepada kita. jangan sampai ianya ditarik balik.

Berbalik kepada persoalan bible tadi. Berbanding kitab suci Al-quran yang dihafal oleh jutaan ummat, saya tertanya-tanya, adakah yang sanggup menghafal bible dari kalangan mereka? Ya, inilah mukjizat al-quran yang dihafal dalam bahasa Arab oleh pelbagai bangsa di dunia ini. Boleh diterjemah dan ditafsir ke dalam mana-mana bahasa, tetapi perlu dibaca dalam bahasa arab ketika di dalam solat dan untuk memperolehi pahala di sisi Allah. Pelik, tapi benar, tidak faham bahasa arab, tidak boleh berbahasa arab tetapi mampu melagukan bacaan ayat-ayat sucinya. Al-quran melangkaui bangsa dan bahasa. Itulah mukjizat al-quran.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails