BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


28 Mac 2010

Sakit hati vs bangga

Pergaduhan di sekolah all boyz adalah perkara biasa bagi sesetengah guru, namun apabila ianya berlaku kepada murid sekolah, ianya menimbulkan tanda tanya apakah yang menyebabkan terjadinya pergaduhan ini.

Di sekolah saya, hampir setiap hari ada saja murid yang datang mendapatkan rawatan di bilik guru kerana sakit samada sakit perut, kepala mahupun luka kerana bergurau dan jatuh. Namun adakalanya ia disebabkan pergaduhan antara mereka yang akhirnya dari perang mulut menjadi perang anggota. Biasanya ia disebabkan kerana masing-masing mengutuk nama ayah rakan mereka.

Namun pergaduhan yang berlaku pada minggu lepas amat mengejutkan dan membimbangkan saya. Seorang murid hindu dipukul oleh seorang Muslim sehingga berdarah di pipinya. Kes ini dikatakan dilaporkan kepada polis oleh guru penolong kanan namun saya tidak sempat mendapatkan butiran lanjut. Bapa si Hindu ini amat marah kerana anaknya dicederakan seakan-akan ingin dibelasah murid yang memukul anaknya.

Tugas guru bukan hanya mengajar, namun mendidik anak muridnya supaya berakhlak dan bermoral. Salah atau tidak bukan terletak kepada agama seseorang itu, bukan juga kepada bangsa tetapi kepada neraca keadilan itu. Zalim bagi seseorang muslim itu membela Muslim lain yang bersalah apatah lagi yang membela itu adalah seorang guru.

lalu, si murid muslim yang memukul muka rakannya itu ditanya kepada dia bertindak melampaui batas itu.

"Kenapa kamu memukul dia?", tanya guru yang bertugas kepada murid itu.

"saya sakit hati dan marahkan dia", jawabnya tegas tetapi takut-takut.

"apa yang dia dah lakukan?kamu tau tak ayahnya nak bawa kes ini kepada polis?kenapa kamu buat begitu", guru itu terus mencari jawab.

"dia cakap Allah b**i, Allah ... ,sebab itu saya tumbuk dia", jawab murid muslim itu.

"astaghfirullah... ", terkejut guru tersebut dengan jawapan muridnya itu.

Setelah disiasat dan bertanya kepada saksi-saksi, memang benar si hindu itu telah berkata demikian sehingga menimbulkan kemarahan murid tadi.

Saya tidak mengikuti kes ini secara mendalam tetapi hanya mendengar dari guru jauh. Apa yang berlaku betul2 merisaukan saya. Isu agama boleh dimainkan oleh budak diusia yang sangat mentah. Penghinaan kepada Islam dilakukan oleh anak kecil yang masih di bangku sekolah rendah? Nah, satu tamparan hebat kepada kita. Sebelum ini kita begitu marah dengan penghinaan yang dilakukan oleh Sweden, denmark dan sebagainya kepada nabi junjungan, sekarang anak Malaysia yang masih dibangku sekolah rendah juga melakukannya.

Saya berasa SAKIT HATI dengan si hindu yang menghina Allah itu. Siapakah yang mengajarkannya? Apakah ini produk 1Malaysia? atau sudah tidak tahu menghormati agama lain. jauh disudut hati, saya berasa BANGGA dengan si murid Muslim itu yang mempertahankan Islam. Jika anda, bagaimana? berani melakukannya jika anda terlihat si kafir menghina Allah dihadapan anda. Moga dia nanti akan menjadi seorang pejuang yang akan mempertahankan Islam di bumi ini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails