BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


7 Mac 2010

antara Kawin dengan Zina

Islam mengharam zina secara total. Bukan hanya zina, bahkan menghampirinya juga haram. Ini kerana zina adalah perbuatan untuk melepaskan nafsu tanpa batasan dan ikatan. Namun di sebalik itu, Islam juga menentang setiap perasaan yang bertentangan dengan keinginan ini, lalu dianjurkan perkahwinan dan melarang hidup berbujang. Seseorang muslim itu tidak halal menentang perkahwinan dengan anggapan lebih banyak masa utk berbakti kepada Allah padahal dia mampu untuk berkahwin. Bahkan sebahagian ulama ada berpendapat bahawa kawin itu wajib hukumnya bagi setiap muslim selama dia mampu.




Di zaman moden yang seba canggih ini, perkahwinan adalah sesuatu yang cukup sukar untuk dilaksanakan. Selagi tidak mampu mengadakan kenduri besar-besaran, selagi itu tidak dibenarkan berkahwin sedang keduanya tidak mampu lagi membendung nafsunya. Ibu bapa lebih rela melihat anak gadis mereka diusung ke hulu ke hilir bersama pasangan masing-masing daripada melihat mereka bersatu secara halal. Malu kepada masyarakat kerana tidak menganjurkan perkahwinan yang hebat lebih dijaga daripada malu kepada Allah kerana membenarkan tanggungan mereka melanggarkan perinta agama.

Sesetengah pasangan ada yang sanggup berhutang semata-mata untuk menjayakan perkahwinan yang besar-besaran, walhal mereka tidak mampu. Perkahwinan merupakan permulaan hidup bagi sebuah keluarga. Jika diawal perkahwinan sudah dibebani hutang, maka sudah pasti mereka akan terus dibebani hutang lain pada masa akan datang seperti hutang kereta, rumah, pengajian, ptptn, anak-anak, perabot dan sebagainya.

Bayangkan seorang kawan saya membuat pinjaman RM 20 000 untuk perkahwinannya dan bila ditanya ke mana dibelanjakan duit tersebut, jawab beliau saya tidak pasti ke mana duit itu digunakan tetapi yang pasti perkahwinan kami berjalan lancar.

Itu bagi yang mmebuat pinjaman, namun bagaimana yang tidak dapat? sudah pasti mereka tidak mampu menahan gelojak nafsu masing-masing yang akhirnya akan membuahkan anak di luar nikah. Teringat kisah seorang jiran yang tidak membenarkan anaknya berkahwin, tetapi perhubungan mereka dibiarkan bebas menyebabkan pasangan tersebut terlanjur dan bila dilihat kepada perut yang makin membesar, disuruh keduanya berkahwin bagi menutup malu. Nah, sekarang siapa yang susah, apakah perkahwinan itu sah? anak itu ingin dibinkan kepada siapa nanti? Apabila perkahwinan lebih susah dari zina, maka akan bercambahlah anak-anak luar nikah yang bakal ditemui di merata tempat.

Perkahwinan di IPT



Sebenarnya perkahwinan bukanlah sesuatu yang remeh. Bukan hanya untuk melempiaskan nafsu kepada yang halal bahkan menuntut lebih dari itu. Jika seseorang itu berkahwin untuk mengelakkan zina, apakah dia yakin dia mampu menahan diri dari zina selepas berkahwin? Apakah tidak mungkin dia akan mencari pasangan zina lain jika sudah jemu dengan pasangan yang dinikahinya hanya untuk nafsu?

saya melihat orang yang berkahwin hanya untuk menghalalkan hubungan mereka sebagai yang kurang bertanggungjawab dan hanya memeikirkan diri sendiri. Apa mereka sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami / isteri atau ibu/ ayah? Apakah mereka telah mempersiapkan diri untuk tanggungjawab berat ini/ Saya tidak menghalang perkahwinan para mahasiswa, tetapi melihat kepada mentahnya mereka saya khuatir perkahwinan mereka tidak lama. ya, sudah pasti ada yang berjaya dan bahagia, namun jangan dilupa kepada yang gagal dan kandas. Siapa yang ada data kajian kes tentang ini/

Apabila sudah tertunai sebab musabab perkahwinan mereka, maka apalagi yang mereka mahukan dari perkahwinan sedemikian? Melihat pasangan yang bercerai berai diusia muda amat menakutkan saya. Justeru wahai anak muda, jika anda sudah mampu dan bersedia, silalah kamu berkahwin, jika tidak, fikir semasaknya sebelum membuat keputusan.

Cuti sekolah ini, banyak undangan perkahwinan termasuk dari rakan sekolah rendah dulu. Seronok dapat berjumpa kawan-kawan yang sudah 15tahun tidak berjumpa, banyak cerita yang dapat dikongsi. Saya bahagia melihat mereka bahagia. Ada yang sudah beristeri malah ada juga yang telah bergelar ayah. tahniah, kawan!

2 ulasan:

:.Musafir Bumi Tuhan.: berkata...

salam.. skrg mcm2..
ad jugak kt ipt ni heboh pasal nikah cowboy.. hm..

Al - Mu'allim berkata...

wsalam. itulah jdnya bila didikan agama tidak lagi menjadi keutamaan, nafsu akan beraja dihati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails