BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


3 Mac 2010

Wahai Muslimat,apa mahu mu?

Kecewa, sedih, marah, pelik, bingung, geram bercampur baur di dalam fikiran saya. Saya tahu, pasti ada yang tidak bersetuju, bahkan marah dengan tulisan ini tetapi saya tidak mampu menahan diri dari menulis. Sudah lama saya menahan diri untuk menulis tentang kisah ini, namun apabila terbaca frontpage harian Metro pada hari ini, saya tidak mampu menahan diri saya. Maafkan saya, wahai muslimah.

Photobucket



Membaca harian metro, bukanlah kegemaran saya apalagi untuk membelinya namun saat terpandang berita ini, saya tiba-tiba teringat kisah seorang sahabat saya dan kisah ini amat mirip dengannya. saya tidak suka membaca Harian Metro kerana muka depannya sering menonjolkan kisah yang 'hangat' yang pada saya hanya ingin melariskan akhbarnya, namun membaca berita ini hati saya amat risau. Apakah yang dicari olehmu wahai Muslimat?

Sudah pasti, tidak adil untuk menghukum semua muslimat dengan berita ini, namun bila mana lulusan agama boleh melakukan perkara yang terkutuk ini, apalagi yang boleh diharapkan darinya. Ya, betul, mereka juga manusia yang punya nafsu namun mereka itu bukan calang-calang orang. Mereka sarjana agama. Mereka tahu syariat Allah, mereka tahu kitab Allah, mereka tahu tuntutan rasulullah SAW. Apakah yang dicari oleh mereka?

Kisah sepasang sahabat saya

Sahabat saya dan isterinya (juga sahabat saya) merupakan pasangan bahagia dimata saya kerana seringkali dilihat bersama-sama. Sikap sabar dan bertolak ansur dari si suaminya amat dikagumi oleh saya, bahkan saya berharap agar suautu hari nanti saya boleh menjadi suami sebaiknya. Si suami berpewatakan ustaz sementara isterinya seorang ustazah dan keduanya mempunyai ilmu agama yang tidak kurang hebatnya. Apabila mendengar cerita isterinya curang dengan rakan mereka yang juga seorang ustaz dan merupakan suami orang, saya seolah-olah tidak dapat menerimanya. Apakah sikap golongan agama seperti ini yang menyebabkan Islam semakin hari semakin ditindas dan jauh dari pertolongan Allah?

Saya begitu sayu melihat si suami sanggup memaafkan isteri bila mengetahui berita itu. walaupun beliau marahkan begitu isteri dan kecewa dengan sikapnya, namun masih mampu memaafkan. Nyata sekali sifat mulia si suami belum dapat melembutkan hati isteri, lalu berhubungan pula dengan orang lain. Lebih teruk lagi, pasangan barunya ini adalah orang yang jauh dari rahmat Allah walaupun seorang Muslim. Orang yang sudah melupakan kewajipan solat dan sebagainya. Apakah yang dicarimu wahai muslimat?

Tamat kisah sahabat saya

Saya tidak nafikan, bukan dikalangan ustazah dan muslimah saja, bahkan ramai juga golongan ustaz yang berperangai tidak selayak dengan gelarannya. Ada guru mengaji yang sanggup meraba anak muridnya, bahkan ada juga yang mempunyai nafsu yang pelik dan sebagainya. Apakah mereka ini sudah terlindnug dari rahmat Allah. Saya memohon agar Allah menjauhkan diri dari sifat ini. Masyarakat tidak memandang ini adalah kesalahan individu mahupun kesalahan si fulan bin si fulan bahkan masyarakat akan memandang ini adalah kesalahan ustaz mahupun ustazah.

Kerana itu, saya sering kali mengelak diri saya dilabel ustaz oleh sesiapa saja kerana risau saya tidak mampu menjaga nama baik tersebut. Bila membaca berita ini, ramai berpendapat, "tengok, tudung labuh pun sama juga jahat, lagi baik orang yang tak pakai tudung". Namun saya berpendapat sebaliknya, "jika orang yang bertudung labuh pun boleh melakukannya, apalagi yang tidak bertudung".

Agak sukar untuk mencari pasangan yang baik di zaman ini. Saya berdoa supaya kita terlindung dari dosa dan hasutan syaitan durjana.

10 ulasan:

masyitah berkata...

sgt malu bace akhbar hari ini...malu kerana muslimat itu kaum sy...

dan malu kerana dia seagama dgn sy..apakah yg kite mahukan?? Alhamdulillah sepatutnya diberi kurniaan Allah mendalami ilmu agamanya...

namun kenapa perkara sebegini terjadi?? adakah sbb tidak faham @ sengaja xmau faham??

terbaca artikel ustaz hasrizal, kite sbnrnye TAHU tp x MAHU...betapa bezanye dua benda ini...jika kite tahu tp x buat, inilah jadinya...tp jika mahu, kite akan sedaya upaya cube mempelajari dan melakukan sehabis baik...wallahualam

pandangan dari insan yg juga sering lalai dan leka...

Al - Mu'allim berkata...

Terima kasih atas pandangan saudari.

Saya bersetuju dengan pandangan TAHU tp x MAHU. Golongan inilah yg menjadi fitnah kepada agama dan untuk berdakwah kpd mereka adalah lebih susah sbnrnya kerana mereka lebih pandai berhujah dari kita sb mereka bukan jahil.

Ini adalah bukti hidayah itu dari Allah dan Allah bisa mencabutnya. Moga kita sentiasa di dalam keredhaan-Nya.

Hanafana berkata...

Salam :)
Hana pun sentiasa berdoa agar perkara sebegini tidak berlaku pada Hana.
Hana suka pendapat cikgu "jika orang bertudung labuh pun boleh melakukannya, apalagi yang tidak bertudung"

Doa-doakanlah dapat jodoh yang baik. InsyaAllah..

Al - Mu'allim berkata...

wsalam...

Ameen Ya Rabb...
Moga diperkenankan doa Hana. InshaAllah

SiNaR QaSeH berkata...

Bismillah
Assalamualaikum

Bersama kembali muhasabah.. Iman tidak sentiasa terletak ditempatnya..melainkan penjagaan rapi dan istiqamah, semoga hati2 dan iman kita semua dibawah kekukuhan rahmat dan petunjukNYA. AMEEN.

Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

Ye cikgu...pernyataan diatas dari penilaian dan penulisan itu amatlah benar. Benarlah pengaruh dunia kini lebih kuat untuk meranapkan iman hambaNya. Paling menyedihkan..tiada lagi istilah boleh dipercayai kepada lelaki mahupun wanita.

Seorang muslimin/lelaki.. berkata "Bertegurlah dengan berhikmah.. dalam dunia ada pelbagai ragam manusia" HAKIKATNYA, tidak percaya pada kata yang diungkap dan perbuatan yang diterjemahkan..

Waliya'uzubillah. Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang SEDAR, BERFIKIR DENGAN BERSIH & TEGUH PENDIRIAN memikirkan azab dan pembalasannya.

Pesanan buat diri dan rakan seperjuangan.

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam

Terima kasih atas ingatan Sinar Qaseh. Alangkah indahnya dunia ini jika umat dari berfikir sedemikian.

Namun sukar untuk sentiasa istiqamah melainkan kita berada dalam lingkungan sahabat-sahabat yang saling mengingati antara satu sama lain.

Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan redha-Nya

alFaratisyah berkata...

~Kami memohon keampunanMU Ya Allah atas segala dosa~

Wahai muslimah, jika kau tidak punya rasa malu, maka berbuatlah sesuka hatimu...

Sesungguhnya al-haya' itu merupakan benteng bagi setiap wanita, jika runtuhnya benteng itu, maka rosaklah wanita.

Dan al-haya' itu terbina dari iman yg mengisi dada. Dari taqwa yang mengawal jiwa.

Walau zahirnya bak malaikat namun di hatinya tiada sedikitpun rasa taqwa (takut) kpd Allah.

Taqwa itu diibaratkan seperti kamu melalui jalan sempit yg penuh duri. Bagaimana? Kamu akan mengangkat kainmu & berjalan penuh hati-hati krn takut terkena duri. Itulah taqwa. Kamu sangat berhati-hati dlm kehidupanmu, mengelak dari berbuat kemungkaran krn kamu takut pdNYA.

Justeru, pendapat ana, yg cetek ilmunya, TAQWA merupakan elemen penting dalam diri setiap muslim/muslimah itu.

Jika tidak masakan DIA mengurniakan bulan yg penuh keberkatan (RAMADHAN) utk kita selusuri dan menggapai PIALA TAQWA?

~Wahai saudaraku, ke mana hilangnya taqwa itu? Apa ertinya ilmumu penuh di dada, namun tidak kau manifestasikan ke alam nyata? Sesungguhnya ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah~

Wallahua'lam

Al - Mu'allim berkata...

Terima kasih pandangan ustazah tentang taqwa. Saya amat bersetuju.

Memang benar, taqwa adalah elemen penting sbg benteng penghalang untuk kita melakukan maksiat tersebut, namun ianya agak sukar utuk dicapai.

Sbg manusia biasa, Iman kita adakalanya naik adakalanya turun. Jadi bagaimana taqwa itu ingin dicapai?

Barangkali kita perlu untuk sentiasa berada dalam lingkungan sahabat dan bi'ah solehah supaya diri lebih mudah terjaga. (betul ke?)

Wallahu'alam


-"Wahai anak Adam, jika sudah tiada rasa malu, buat sahajalah apa yang kamu mahu"
(روى شعبة عن منصور بن ربعي عن أبي منصور البدري )

alFaratisyah berkata...

Benar sekali, bukankah kambing yg berada dlm gerombolan itu tidak akan dimakan serigala?

Wallahua'lam

~PENDAMBA CINTA ILAHI~

Al - Mu'allim berkata...

Ya. kambing yang berada dlm kumpulan tidak dimakan serigala.

InshaAllah kita sama-sama saling menasihati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails