BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


18 Mac 2010

Cikgu dan cuti sekolah

Apabila datang cuti sekolah, murid-murid pasti melonjak kegirangan kerana tidak perlu lagi menjalani rutin harian sekurang-kurangnya seminggu. Cikgu juga begitu walaupun tidaklah dizahirkan kegirangannya. Selepas berhempas pulas bertugas di sekolah, berasa lega diberi kerehatan selama seminggu. Namun, ada juga cikgu yang tidak bercuti, bahkan cuti yang ada ini digunakan untuk aktiviti pengajaran kelas tambahan di sekolah khususnya cikgu-cikgu yang mengajar kelas peperiksaan. Yalah, inilah peluang terbaik untuk aktiviti pengajaran kerana di waktu persekolahan, mereka dibebani dengan aktiviti-aktiviti pengkeranian, persatuan, mesyuarat, bengkel, seminar dan sebagainya.

Alhamdulillah, cuti ini saya dapat habiskan sepenuhnya di kampung halaman bersama keluarga tercinta. Cuti ini tiada aktiviti khusus untuk dilaksanakan kecuali menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakan yang menjemput.

Tertarik dengan majlis kenduri rakan sekolah rendah baru dihadiri. Terasa pelik kerana saya sangat teringin untuk menghadirinya walaupun jarak untuk ke sana hampir 80km dan pergi berseorangan. Tambahan pula, rakan ini sudah 15 tahun tidak ketemu iaitu selepas tamat UPSR, masing-masing membawa haluan sehinggalah facebook menghubungkan kami setahun yang lepas.

Hampir tersesat saya di sana, dan bila sampai di sana, terjumpa pula rakan-rakan sekelas yang lain. Alhamdulillah, walaupun sudah berbelas tahun tidak berjumpa, kami masih mengenali antara satu sama lain. walaupun bentuk fizikal sudah berubah, namun sikap dan perangai masih tidak berubah dan dapat dikenali. Yang paling rendah di dalam kelas dulu, kini menjadi paling tinggi antara kami bahkan lebih tinggi dari pelajar yang paling tinggi dulu. Yang kurus menjadi berisi dan sebagainya. Kami lelaki hanya 13 orang sahaja di dalam kelas dulu dan alhamdulillah, lebih separuh dapat berjumpa walaupun tidak dirancang. Sempat kami bertukar nombor perhubungan supaya dapat dihubungi kembali.


Gambar hiasan

Paling gembira dapat berjumpa kembali seorang cikgu yang mengajar kami di sekolah dulu. cikgu ini adalah seorang ustaz yang agak rapat dengan kami dulu dan seingat saya dialah yang bertanggungjawab mencalonkan nama saya sebagai wakil sekolah untuk Pertandingan Hafazan Al-quran setelah memenangi pertandingan di peringkat sekolah. Namun, pencalonan saya dinafikan oleh seorang ustazah 2hari sebelum pertandingan untuk memberi peluang kepada 'kroni'nya menggantikan saya walaupun persiapan rapi telah dilakukan. Oleh kerana ustazah mempunyai pengaruh tersendiri dan merupakan guru lamaberbanding ustaz yang maih 'baru', beliau tidak dapat berbuat apa-apa. Kecewa memang kecewa, namun apa daya seorang murid tahun 6. Saya berazam untuk menjadi seorang cikgu yang adil untuk semua anak didiknya supaya tiada lagi anak murid yang kecewa seperti yang saya rasai 15 tahun yang lepas.

Alhamdulillah ustaz masih mengenali saya, namun tidak sempat berbual lama kerana masa tidak mengizinkan. InshaAllah, saya berjanji untuk kembali lagi ke sana berjumpa dengan cikgu-cikgu lain yang saya rindui.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails