BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


5 Mac 2010

Rumet ku seorang kristian (2)

Selepas mengharungi kesibukan sepanjang persekolahan minggu ini, akhirnya dapat juga saya meluangkan masa untuk berkongsi ilmu di blog ini. Almaklumlah, tugas guru bukan hanya mengajar bahkan lebih dari pada itu. Kesibukan tidak hanya pada hari sekolah bahkan pada hari cuti juga seperti mesyuarat PIBG, program motivasi, sukan tahunan, merentas desa dan sebagainya. Pada kali ini saya ingin menulis sedikit pengalaman saya bagi menyambung posting yang dulu.

Alkisah, si rumet (baca :roomate) kristian ini apabila tinggal bersamanya, saya dapat lihat betapa dia begitu komit dengan agamanya berbanding rakan-rakan kristian yang lain. Selalu saya lihat di bersembahyang di bilik dgn cara agamanya tetapi yg menjadi persoalannya rakan-rakan kristian yang lain berasa pelik dgn cara dia bersembahyang. Betul, kalau kita tinggal bersama mereka, kita dapat rasakan betapa beruntungnya kita di dalam Islam bila melihat cara mereka beramal.

Setiap kali saya bangun untuk bersolat subuh, dia pasti akan terbangun juga bahkan banyak kali juga dia bangun terlebih dahulu dari saya dan bangkit saja dari tidur dia terus bersembahyang. Adakalanya sembahyangnya hanya mengambil masa tidak sampai satu minit, adakalanya lebih dari sejam terutama bila tiba waktu cuti hujung minggu. Pernah kami sama-sama terbangun, jadi saya ke bilik air untuk membersihkan diri sementara dia terus bersembahyang. Usai mandi, saya tiba di bilik dan melihat dia masih lagi bersembahyang. Tanpa mempedulikannya, saya terus ke masjid untuk solat subuh dan mengambil peluang untuk bersembang dgn sahabat-sahabat sebelum kembali ke bilik. Bila balik ke bilik, alangkah terkejutnya saya lihat dia tidak selesai lagi bersembahyang dan bila saya bukakan lampu, dia memberhentikan sembahyangnya dan meminta saya menutup lampu sehingga dia selesai. Kemudian dia menyambung kembali sembahyangnya.

Saya menghormati permintaannya kerana dia juga menghormati agama Islam. Apabila dia ingin memasang lagu, dia akan memastikan saya sudah bersolat dengan bertanya kepada saya. Jika dia sedang mendengar lagu, lalu saya ingin menunaikan solat dia akan menutup lagu tersebut. Jadi mengapa tidak saya menghormatinya dengan hanya menutup lampu untuk dia bersembahyang.

Saya sebenarnya kasihan kepadanya kerana amalan yang dilakukannya tidak mendapat sedikit pun faedah. Pernah juga saya berdoa moga dia diberi hidayah kerana melihat betapa dia bersungguh untuk menjadi pengikut yang taat. Kawan-kawan kristian yang lain tidak menyukainya dan apabila ditanya mereka mengatakan dia hanya berpura-pura alim, saya tidak pasti apakah maksud mereka.

Aktiviti gereja amat diikutinya bahkan dia mempunyai tugas tertentu di gereja yang dihadiri setiap saban minggu. Satu perkara yang disukai olehnya apabila kami berbincang soal agama, dia akan menjawab setiap persoalan yang saya kemukakan dengan memberi contoh amalan di dalam Islam.

Contohnya amalan zakat. Suatu hari, selepas dia balik dari gereja, saya menyapanya.

"baru balik dari gereja?Lambat balik hari ni?", saya bertanya.

"Oh, tadi saya bagi persembahan pada gereja", jawabnya.

"Persembahan? kamu buat show ke?", saya bertanya lagi.

"Oh, tidaklah. Persembahan tu macam pemberian wajib kami kepada gereja setiap bulan. Kami wajib memberi 10% pendapatan kami setiap bulan kepada gereja. Kalau agama kamu macam zakatla. Kamu panggil zakat pendapatan, kami panggil persembahan, bendanya sama saja. Kamu kena bayar berapa zakat pendapatan sebulan?", dia bertanya

"eh, bukankah kamu belum ada pendapatan? Kena bayar juga ke? Kami tidak perlu membayarnya jika tidak mempunyai pendapatan", jawab saya.

" Gereja kami kena bayar juga. Tidak tahulah gereja (mazhab kristian) lain. Bukan ke kamu pernah bekerja dulu? Kamu tidak pernah bayar?", dia bertanya.

"Owh, zakat pendapatan tu dibayar secara tahunan. semasa bekerja dulu, pendapatan saya tidak melayakkan saya untuk membayar zakat pendapat", jawab saya seadanya.

"wah, untunglah agama kamu. Agama kami tidak begitu. Setiap bulan kami kena bayar", katanya.

Saya terfikir, wah, jika setiap orang membayar 10% dari pendapatannya sebulan, maka tidak mustahillah mereka mempunyai dana yang kukuh sehingga dapat memberi bantuan kepada muslim yang terabai seperti yang keluar di dalam akhbar minggu ini. Saya amat terhina dan malu kerana di sebalik kutipan zakat yang mencecah billion, kita tidak mampu menjaga kebajikan saudara kita. Apakah wang zakat itu hanya untuk membaiki pejabat-pejabat urus zakat yang tersegam indah. Apakah mereka hanya menunggu ummat datang meminta sedekah dengan mereka? Mengapakah ada lebihan zakat berjuta-juta sedangkan ummat Islam hidup dalam kemiskinan dan kepapaan?



2 ulasan:

ummu sulaim berkata...

assalamualaikum,
alhamdulillah satu perkongsian yg menarik. Saya teringin nak memahami budaya mereka. Tapi mungkin belum diberi kesempatan. Subjek yg saya ambil sekarang memang perlu pada pengetahuan sebegini..

Mungkin penulis perlu lebih kerap berdiskusi agama dgn hikmah bersama rakan kristian itu..

Mudah-mudahan Allah memberi hidayah padanya..

Wallaua'lam

Al - Mu'allim berkata...

Wa'alaikumussalam.
Terima kasih atas komentar saudari.

InshaAllah saudari akan berpeluang untuk memahami budaya dan berdiskusi dgn mereka nanti. Bahkan diskusi itu pasti lebih baik dari saya kerana saudari belajar secara khusus tentangnya.

Terus terang saya katakan, mmg perlu utk kita mantapkan ilmu dan iman agar kita tidak leka atau hanyut.

Saya teringt bagaimana ketika mula-mula bersamanya, saya pernah lebih krg seminggu 'bercuti' dari ke surau. Ya, Apabila kita turun ke medan dakwah berseorangan dan tanpa sahabat yg akan menasihati kita, kita mudah leka dan lalai. Alhamdulillah, saya dapat menempuh dugaan itu dgn izinNya.

InshaAllah di masa akan datang saya akan menghuraikannya.

Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails