Sungguh, saya kagum dengan anak muda ini. selain memiliki suara yang lunak, di dalam diri beliau juga ada 30 juzuk al-quran. Namun sering mengelak untuk untuk menjadi imam kerana beranggapan ada orang lain yang lebih layak, barangkali memandang diri beliau yang masih muda dari saya dan ahli jemaah yang lain.
Malam tadi beliau datang kepada saya dan bersalaman dengan saya, dengan teragak-agak beliau mencium tangan saya dan meminta saya memberi nasihat dan teguran andai ternampak tingkah laku beliau yang 'lain' atau 'pelik' atau nampak tergelincir dari rutin seorang mukmin.
Saya tersentak. Selama ini saya amat mengagumi akhlak beliau sekarang diminta menjadi penasihat dan memberi bimbingan dan teguran kepada beliau. Sungguh, saya berasa malu bila diminta demikian oleh beliau. Benar, di dalam Al-quran Allah berfirman yang maksudnya
"Ingat mengingatilah,sesungguhnya ingat-mengingati itu memberi manfaat kepada orang mukmin."
tetapi bilamana ingin membandingkan diri saya dengannya saya jadi malu.
Lalu saya terfikir apakah ini teguran dari Allah kepada saya melalui sahabat ini. Walaupun beliau dilihat ikhlas meminta nasihat dari saya tetapi jauh di sudut hati saya melihat disebaliknya. Wahai diri, malulah kepada Allah andai kamu tidak malu pada diri kamu sendiri atau anak muda itu. Alhamdulillah, terima kasih anak muda. Aku mencintaimu kerana Allah.
2 ulasan:
Assalamualaikum..
Tertarik teguran daripada Saidina Hassan dan Hussin radiallahuma yang menegur seorang pakcik yang salah dalam berwudu'.
Moga kita sentiasa dalam jagaan-Nya sentiasa.
Peringatan u diri saya jua. Wallahua'lam.
Waalaikumussalam.
Alangkah indahnya jika berada bersama-sama sahabat yang boleh saling menasihati.
Ukhuwwahfillah itu sangat indah
Catat Ulasan