BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


13 Dis 2012

Aku mencari isteri yang sempurna

Tidak pasti samada saya pernah menulis tentang ini. Jika sudah, anggaplah ianya satu ulangan namun jika belum moga boleh diambil pengajaran darinya.
gambar ihsan google
Alkisah ada 2 orang pemuda yang sedang bersembang tentang jodoh. Kata seorang pemuda kepada sahabatnya.

"Mengapa belum berkahwin?", tanya beliau.

"Saya mencari yang solehah", jawab sahabatnya. 

"Dulu saya sudah bertemu yang bijak dan cantik, namun saya terpaksa melupakannya kerana meyedari akan kesombongannya", sambung sahabatnya lagi.

"Apakah sekarang kamu belum menemukannya lagi?", tanya beliau lagi.

"Aku teruskan pencarianku lagi namun ada saja kekurangan yang aku temui sehingga akhirnya aku temui seorang wanita yang sempurna pada pandanganku", jawab sahabatnya.

"Jadi? Mengapa tidak kamu kahwini saja muslimah itu?", soal beliau kebingungan.

"Wanita itu juga sedang mencari yang sempurna untuk dijadikan suami", jawab sahabatnya.

Pengajaran ; Semua yang berkunjung ke sini, bijak-bijak semua dah kan. So, pandai-pandai lah menilai dan membuat kesimpulan sendiri ye :-D

11 Dis 2012

coretan Santai : Kedai kopi atuk

Sebenarnya artikel ini sudah saya tulis setahun yang lalu, entah mengapa ia terperuk di dalam draft bersama 50 lagi tulisan lain,hurm.
gambar dari sini
Atuk saya seorang pengusaha kedai kopi. Setiap pagi dan petang, pasti ramai sekali penduduk kampung berkumpul di sana seolah-olah menjadi 'port' untuk mereka bertemu dan bersembang. Sewaktu allayarhamah nenek ada dulu, nenek menjual nasi berlauk manakala atuk menebar roti canai. Selepas pemergian nenek, atuk berhenti dari menebar roti canai dan hanya menyediakan minuman saja sementara nasi-nasi ada orang datang bawa untuk dijual.

Berkumpul, bertemu dan bersembang di kedai kopi atuk bukanlah kaki lepak sembarangan. Usia sudah tua namun tidak nampak ketuaan pada kudrat mereka. Paling mengagumkan saya, kebanyakan mereka adalah kaki-kaki surau. Usai solat subuh berjemaah di masjid, mereka akan pulang ke rumah masing-masing menguruskan hal ehwal rumah tangga.

Kemudian, datang ke kedai kopi atuk untuk bersembang sambil menikmati sarapan pagi. Bukan secara serentak, tetapi seakan bergilir-gilir kerana jika semuanya datang pada masa yang sama pasti tidak muat kedai itu. Pelbagai isu yang dibincangkan dari sekecil-kecil perkara hingga lah sebesar-besar perkara dan paling digemari mereka adalah isu politik. Riuh kedai dengan bicara mereka.

Aneh sekali, nampak seperti kekampungan yang tidak tahu apa-apa melainkan sawah bendang, namun mereka amat up to date dengan isu semasa. Kadang-kadang isu yang dibincangkan belum pun keluar di dalam akhbar. Macam internet pun ada. Seorang mengeluarkan isu, masing-masing mengulas dan memberi pandangan. Sepanjang cuti ini, kerap juga saya ke sana menolong atuk membasuh cawan-cawan yang mereka minum sambil mendengar bual bicara mereka.

Paling menarik, apabila duduk saja mereka, atuk akan membancuh minuman mereka tanpa perlu mereka memesan. Teh, teh 0, kopi, nescafe mahupun minuman 3in1 seperti kopi janggut, susu kambing dan sebagainya, atuk sudah tahu apa yang mereka ingin minum. Barangkali kerana sudah lama bersama mereka dan hampir setiap pagi dan petang mereka datang.

Usai bersarapan dan bersembang merapatkan ukhuwwah antara mereka, masing-masing bergerak ke tempat mencari rezeki. Ada yang bertani, menternak binatang, tukang rumah, bawa teksi dan sebagainya. Ada juga yang merupakan golongan pencen yang terus pulang ke rumah. Namun begitulah, pergi seorang ada lagi yang lain datang mengambil tempat. Isu yang dibincangkan tidak pernah habis.

Menjelang tengahari tiada yang datang minum. Suasana menjadi sepi, cuma yang ada adalah budak-budak yang datang membeli barangan runcit pesanan para ibu. Kedai kelihatan lengang dan biasa atuk berehat sambil membaca kitab-kitab lama yang ditadah sewaktu usia muda.

Usai solat asar, kedai kopi atuk kembali meriah. Ada yang datang dari surau, ada juga datang dari rumah meyambung perbincangan pagi tadi yang belum selesai atau membuka topik baru. Keadaan menjadi riuh seketika dengan asap rokok bergelumbang sesama mereka. Kemudian, masing-masing akan diam dan menikmati video ceramah yang dipasang di kedai atuk. Atuk hanya menyediakan TV, namun mereka berinisiatif mengumpul duit membeli VCD Player untuk diletakkan dikedai atuk.  Kadang-kadang saya yang membeli CD untuk mereka.

Dulu yang paling mereka suka adalah CD ceramah politik. Beli CD kuliah ilmu pasti mereka tidak berapa gemar. Dengar juga tapi jarang mereka minta. Apa boleh buat kerana yang datang bukan semuanya kaki masjid. Namun kini, fenomena Ustaz Azhar Idrus mengubah segalanya. Setiap hari minta CD ustaz azhar yang baru. Itulah kehebatan Ulama Muda itu, bukan saja mengubah orang muda malah orang tua juga turut berminat dengannya.
gambar dari sini
Hanya ceramah saja yang menjadi hiburan di kedai atuk. Tiada papan dam aji mahupun papan carrom yang biasanya ada dikedai-kedai kopi yang lain. Atuk tidak ingin kedai beliau dijadikan tempat lepak kaki dam aji kerana biasanya melibatkan perjudian kecil. Bersubahat dengan judi juga adalah judi.

Amat unik sebenarnya kedai kopi bagi golongan veteran ini seolah-olah tempat itu sangat significant dengan mereka. Jika tidak ke sana pasti tidak lengkap kehidupan mereka pada hari itu. Kadang-kadang, bukan mereka lapar dan dahaga sangat pun tapi 'angin' je.

Kedai kopi inilah menjadi tempat menyatukan penduduk di kampung ini. Bahkan jika datangnya YB, inilah tempat yang ditujunya kerana mudah untuk bertemu dengan ramai penduduk. Menjelang maghrib, masing-masing kembali ke rumah, ada yang terus ke masjid kerana sewaktu datang, sudah memakai pakaian untuk ke masjid.

8 Dis 2012

Ubat hati ada 5 perkara

Salam 'alaik.

INshaAllah malam ni nak kongsi pengisian yang diberi oleh seorang ustaz iaitu tentang ubat hati. Kita ni kalau sakit jasmani, risau sangat. Sakit sikit, telan panadol dah, atau ubat-ubat lain. Lepas tu makan pulak supplement2 untuk elak sakit. Bukan tak boleh, bagus juga jaga kesihatan tu namun hati kita juga perlu diubati sebab kalau hati kita sakit, payah nak masuk ilmu dan nak merasai kemanisan ibadat kepada Allah.
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawwas ;

UBAT HATI ADA 5 PERKARA:

1. Baca Al=Quran dan maknanya (betul tajwidnya dan hayati maksudnya)
Cuba cek diri kita, berapa hari sekali kita baca al-quran? atau bila kali terakhir kita baca al-quran dan maksudnya? Adakah betul tajwid kita? Betulkah bacaan al-quran kita? Al-quran ini adalah ayat-ayat cinta dari Allah. Kalau setiap hari kita boleh baca akhbat huruf demi huruf, tapi quran kita tak baca, memang berat nanang la:)

2. Solat malam dirikanlah (Qiyamullail)
Sentiasalah berniat untuk bangun qiamullail, dan berusahalah untuk bangun, jika tak bangun, sekurang-kurangnya dapat juga satu pahala. JIka tersedar dan rasa malas sangat nak bangun, sekurang-kurangnya beristighfarlah memohon ampun dari Allah. Payah sangat nak bangun, saya pernah kongsi tips untuk bangun pagi. Moga bermanfaat.

3. Berjumpullah dengan orang yang soleh (Majlis ilmu)
Hadirilah majlis ilmu kerana ianya salah satu dari taman-taman syurga. Majlis yang turut digemari oleh para malaikat ini kalaupun kita tidak dapat hadiri sebagai pelajar, jadilah pendengar. Malaikat amat suka kepada Majlis ilmu sebab itu pada hari jumaat, ada malaikat yang ditugaskan mengambil kehadiran para jemaah ke masjid, apabila imam naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah, malaikat akan tutup buku kehadiran tu dan duduk sama-sama mendengar khutbah. Bukan maksudnya orang yang datang selepas itu tak dapat pahala, tapi namanya tiada dalam buku kehadiran awal para malaikat. Wallahu a'lam.

4.Perbanyakkan berpuasa (yang sunat)
Puasa wajib memang wajib kita tunaikan tapi ni adalah puasa sunat. Sebenarnya puasa sunat lebih sukar untuk ditunaikan berbanding puasa wajib. Puasa adalah perisai. Syurga ada satu pintu yang dinamakan arRayyan dikhaskan untuk orang yang rajin berpuasa.

DARIPADA Sahl bin Sa'ad berkata bersabda Nabi Muhammad SAW: "Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. Tidak dapat masuk dari pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: "Di manakah orang yang telah berpuasa?" Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

5.Zikir malam berpanjanglah (dari malam sehingga waktu sahur)
Cara zikir mengingati Allah ini banyak. Sentiasalah kita mengamalkannya. InshaAllah kita termasuk di dalam kalangan hamba yang sentiasa dekat dengan Allah.

Salah satunya siapa mengamalkannya, semoga Allah sentiasa mencukupkannya.

#Kata-kata Ibrahim al-Khawwas adalah yang behuruf gelap sementara huraiannya adalah dari saya sendiri. Moga bermanfaat untuk semua. Duk cerita pasal diri sendiri saja, kadang-kadang tidak memberi manfaat pun kepada sahabat-sahabat yang berkunjung ke sini. Moga perkongsian ini dapat dimanfatkan oleh diri saya dan kita semua. Wallahu a'lam.

6 Dis 2012

Meyda Safira :Kelantan sejuta Pesona

Kelantan dengan sejuta pesonanya..pesona masyarakatnya,pesona kultur budaya, pesona pemimpimnya.. menimbulkan kesan yang mendalam untuk saya sebagai pendatang disana.
Pasti teman-teman penasaran kan, kenapa muncul statement sy seperti itu? =)

hari pertama saya tiba di Kelantan, sy disambut oleh teman-teman panitia yang ramah, pertama kali berjumpa tapi sy merasa mereka serti keluarga saya, keluarga yg terpisah jarak dan waktu. pokoknya first impression'y sudah memikat hati saya..

Kemudian dilanjutkan dengan sarapan pagi, saya di jamu dg sedemikian rupa, feels at home deh.. makanan sy diambilkan, pokoknya seperti bertemu keluarga lg.. I think teman2 mengerti maksud saya.. =) keramahan itu terus berlanjut sampai kepulangan saya..
Dari segi budaya, Kelantan seems like Aceh, menerapkan islam dlm setiap sendi2 kehidupan bermasyarakatnya.. Yang membuat saya kagum, kelantan di pimpin oleh seorang gubernur yang bernama Tuan Cik Guru Abdul Aziz yang, Subhanallah.. rasanya sulit menemukan pemimpin seperti beliau di zaman sekarang.. Beliau hidup sederhana, meskipun beliau telah menjadi gubernur selama 20an tahun. Beliau hanya mengambil gaji pokok saja, sisanya beliau infaqkan,, inilah potret pemipimpin yang dirindukan kita semua. tidak heran masyarakat Kelantan cinta dan sayang kepada pemimpinnya ini.. Saat sy bertatap langsung dg beliau, subhanallah, beliau tawadhu sekali..

Satu lagi, begitu antusiasnya masyarakat Kelantan utk menyerap ilmu, terbukti hujan deras tidak menjadi penghalang utk mereka saat acara Bicara Selebritis.. Baru kali ini sy bertemu dg masyarakat seperti itu,,, Kami bersama-sama membaca doa "Allahumma Shayyiban Nafi'an" Ya Allah turunkan hujan yang bermanfaat utk kami.. dsana hujan pun terus mengguyur sampai acara selesai, insyaAllah hujan ini adalah hujan rahmat dari Allah SWT.. Semoga spirit masyarakat Kelantan dlm mencintai sesamanya krn Allah SWT, mencari ilmu, bertindak adil seperti pemimpinnya, bisa saya resapi,saya implementasikan,sy sebarkan disetiap langkah saya.. AMIIN YA RABB... saya mencintai masyarakat Kelantan karena Allah SWT..

wassalam,

Meyda Sefira,S.T

#Saya petik tulisan Meyda dari dalam facebook beliau. Sungguh terharu, orang luar begitu kagum dengan kepimpinan Tuan Guru dan terpesona dengan kehidupan di Kelantan, namun masih ada segelintir masyarakat Islam yang ingin meruntuhkan kerajaan ini. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan kepada mereka. Allahumma Ameennn...

5 Dis 2012

Anjing masuk masjid

Baru-baru ini ada sebuah masjid yang membuat sedikit penambaikan untuk keselesaan para jemaah. Melalui sumbangan-sumbangan yang diberikan, alhamdulillah, masjid mampu memasang pendingin hawa dan menukar permaidani yang lebih empuk. Takde lah bila sujud, muka kita tenggelam dalam permaidani tu, tapi memang selesa lah kalau solat di situ.

Semuanya dilakukan oleh pihak masjid untuk keselesaan dan menarik minat lingkungan untuk hadir ke masjid. Namun ada juga maklum balas yang tidak baik dari orang yang sering mencari alasan.
gambar hiasan dari sini

"membazir duit je", kata seorang hamba Allah yang tidak suka ke masjid.

Pandangan saya, mana-mana masjid yang mempunyai duitnya sentiasa bertambah tetapi tiada perbelanjaan yang dilakukan, agak malang kepada para penderma. Tanya lah sesiapa yang menderma, mereka pasti mahukan sumbangan mereka digunakan, bukan disimpan di dalam bank dan sebagainya. Sesetengah masjid berbangga dengan kutipan wang yang banyak, namun mereka lupa sepatutnya wang itu perlu dibelanjakan, supaya ia mengalir, bukan statik saja di dalam akaun.

Perbelanjaan pastilah yang bermanfaat untuk para jemaah dan orang ramai. Barulah para dermawan mendapat saham sadaqah jariah.

Selepas beberapa ketika, kecoh dikatakan masjid dimasuki anjing. Tersebar berita ini hingga ke mukim sebelah.

"tu lah, masjid tak berkat", kata mereka. Aik...

Alkisah sebenarnya anjing itu tidak memasuki masjid, tapi hanya masuk di halaman masjid je pun. Namun imam agak bijak menghadapi kata-kata provokasi seperti itu..

"kalau anjing pun nak datang masjid, manusia tak tau la...".

Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.

#seperti diceritakan oleh seorang ustaz yang mengajar di masjid berdekatan kampung saya.

4 Dis 2012

Jadi cikgu matematik dapat pahala tak?


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hari ni nak kongsi ilmu tentang mengajar Matematik atau ilmu-ilmu lain samada dapat pahala ke tak.

Moga bermanfaat.


3 Dis 2012

BIcara Selebriti 6 Full : Video Penuh

Banyak saya tengok yang membuat carian video penuh Bicara Selebriti di Blog Pena CIkgu ini. Untuk tidak menghampakan, saya sertakan video penuh yang di link kan kepada video penuh.

Moga bermanfaat.


Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Negeri Kelantan

Hari ni lewat sikit online sebab kena berebut laptop dengan sepupu yang datang ke rumah. BUdak kecik yang baru mengenal sekolah ini acap kali mendesak ayahnya untuk menghantar dia bercuti ke rumah saya. Konon nak bercuti padahal nak guna laptop. Biasanya budak-budak ni suka main game, nak tengok cerita kartun, tapi budak perempuan ni pelik skit, dia hanya nak menonton sinetron indonesia. Aliya la, Anigerah la, dia jantung hatiku la. Haish.. Suka sangat tak padan dengan kecik. Kena beralahla dengan budak kecik.
Semalam tolong adik hantar borang permohonan sebagai Pegawai Tadbir Negeri di Kota Darulnaim, JKR10. Borang ni saya baru je beli selasa lepas dan lepas beli saya post kepada adik di KL kerana perlu diisi oleh pemohon. Selasa hari selasa saya hantar, hari rabu dia terima agak lewat dan khamis baru dia post balik kepada saya menggunakan pos ekspress. Oleh kerana jumaat adalah hari cuti, borang itu sampai petang ahad ke tangan saya. Memandangkan ia adalah hari tarikh tutup permohonan, saya hantar by hand ke sana.

Lebih kurang pukul 3 saya tiba di JKR10, pengawal seolah-olah tahu saya ingin menghantar borang lalu menunjukkan tempat yang perlu saya tuju tanpa saya bertanya kepadanya. Saya ingat saya paling lambat, rupanya ramai yang menuju ke tempat itu sambil membawa borang permohonan. Sesampai di kaunter, saya menyerahkan borang dan melihat bersusun borang yang baru diterima oleh petugas kaunter untuk petang itu sahaja. Semasa sedang menyerahkan borang, ada beberapa orang datang dan bertanya borang untuk dibeli.

Aik, hari ni kan tarih tutup. Kata mereka kepada petugas, mereka nak isi dan hantar sekarang. Huh, rupanya mereka dah bawa dokumen-dokumen yang diperlukan. Aduhai, berapa puluh ribu pemohon ni dan berapa orang pegawai pula yang mereka nak?

Masa saya datang beli dulu pun dah berapa ramai yang saya jumpa yang datang untuk hantar borang dan beli borang. Ingatkan dah lewat hantar ni dah tak jumpa sesiapa dah, rupanya lagi ramai. Memang rezeki betullah sesiapa yang dapat tu. Dah la dapat kerja di Klate. Bila la agaknya saya dapat pulang berkhidmat di sini?

...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

Harapnya pemilihan dan temuduga ini dibuat secara adil dan saksama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails