BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


29 Sep 2010

Ukhuwwah 15 minit

Sebenarnya saya tidak berapa gemar menaiki bas kerana faktor masa. Saya lebih suka menaiki kapal terbang tambang murah kerana faktor masa di samping beza tambang yang kecil. Pada saya lebih baik membayar lebih mahal sedikit asal boleh menyelamatkan masa kita. Namun jika beza mencecah ratus itu, saya lebih prefer kepada yang lebih murah.

Pulang ke Kelantan hari itu saya memilih untuk menaiki bas kerana membeli tiket on d spot. Sudah pasti tiket kapal terbang mencecah ratusan ringgit jika dibeli on d spot. Tiba di sana sekitar jam 8.30 malam dan terus ke kaunter tiket. Tiket masih banyak menyebabkan saya memilih yang paling baik dan akhirnya saya memilih untuk menaiki bas jam 10.00 malam.

Sementara masa masih panjang saya ke surau untuk menunaikan solat isya kerana kebiasaanya saya lebih suka berada di atas bas semasa bas berhenti rehat dalam perjalanan. Ternyata jemaah sudah tiada kerana waktu itu jam sudah menunjukkan jam 9mlm. Hanya ada seorang pemuda sedang membaca al-quran. Dari nada yang dibacakan, seperti beliau seorang al-hafiz.

Usai solat isya, saya mengambil al-quran dan duduk tidak jauh dari anak muda itu untuk membaca al-quran bagi mengisi masa lapang sebelum jam 10mlm.

"Sodaqollahu 'azim", saya menghabiskan bacaan apabila jam menunjukkan 9.30mlm. Mengatur langkah ke rak al-quran dan baru san ingin beredar, saya di sapa oleh anak muda itu.

"tunggu bas?" tanya beliau.

"ya, bas pukul berapa?" saya mengambil tempat di sisi nya.

Menurut beliau, bas beliau jam 11 malam dan sambil menunggu ada baiknya membaca al-quran. Tekaan saya pada awalnya hampir tepat iaitu beliau adalah bakal al-hafiz dan sudah separuh al-quran dihafalnya. Beliau bertanya adakah saya juga al-hafiz?

Perbualan kami banyak berkisar tentang latar belakang masing-masing. Sebelum berpisah, kami bersalaman dan beliau mencium tangan saya. Aduh, saya amat malu jika dihormati seperti itu. Teringt kepada seorang sahabat ini. Sempat saya berpesan kepada beliau supaya bersungguh-sungguh dalam menghafal quran dan belajar.

Walaupun 15minit saja tapi perkenalan ini amat menarik. Seolah-olah kami telah lama berkenalan dan amat rapat. Apakah ini yang dikatakan bertemu dan berpisah kerana Allah. Mudah-mudahan begitulah. Moga beliau akan terus berjaya samada dalam penghafalan al-quran mahupun pelajaran dan suatu hari nanti menjadi seorang ilmuan islam yang profesional. Amin.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails