BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


29 Sep 2010

Pencuri di Masjid Negeri

Pagi itu saya sampai di Kota Bharu jam 5.30pg. Agak lewat kerana kebiasaaannya jam 4.30 pagi saya sudah tiba di bandaraya Islam itu. Barangkali kerana bertolak lewat dari ibu kota pada malam itu. Dulu, sewaktu di awal pengajian, saya menelefon ayahanda dan bonda untuk menjemput saya sebaik sampai di Kota Bharu pada dinihari itu, apabila usia meningkat sedikit, saya memilih untuk menunggu subuh dan ke masjid muhammadi bagi menunaikan solat subuh tetapi tetap meminta ayahanda dan bonda datang mengambil saya selepas itu. Kemudian, timbul kesedaran untuk tidak menyusahkan ayahanda dan bonda lalu saya memilih untuk balik dengan bas transliner (kini cityliner) usai solat subuh. Apabila sudah bekerja, saya memilih untuk mengikut mana-mana teksi sapu yang menawarkan harga berpatutan untuk menghantar saya pulang ke rumah.



Pagi itu saya berhajat untuk terus balik ke rumah namun memandangkan waktu subuh sudah hampir saya memilih menyelesaikan tanggungjawab kepada Allah dulu. Saya tercari-cari tempat untuk bersahur memandangkan masih belum menyelesaikan puasa sunat syawal. Barangkali kerana terlalu awal, tiada kedai yang bukan lalu saya memilih untuk ke 7e saja dan membeli Maggi Cup sebagai sahur. Selesai makan saya terus ke masjid.

Sesampai di Gerbang rehal, saya melihat dari jauh seorang pemuda berlari pantas ke arah saya. Barangkali ia tertinggal sesuatu di dalam bas yang beliau naiki. Pemuda itu melepasi saya dan meneruskan lariannya. Tiba-tiba

"pegey... pegey...!!!"laung seorang pakcik yang mengejarnya meminta saya memegang pemuda itu.

"pencuri !! pencuri!!! pencuri masjid!!" sambungnya lagi.

Aduh, dia sudah jauh meninggalkan saya. Alangkah bagusnya kalau awal lagi pakcik ini melaungkan kepada saya kerana pemuda ini melalui sebelah saya saja. Kalau dari awal saya tahu sudah pasti saya membentes kakinya. Pada mulanya saya cuba mengejar namun bebanan yang ada pada saya ditambah megi yang ditelan tadi menghalang kelajuan saya dan akhirnya saya capek dan pemuda itu menghilang melalui bazar buluh kubu.

Di sana suasana gelap. Bimbang pemuda itu mempunyai geng, saya berhenti mengejarnya di situ dan terus ke masjid. Di sana ada perbincangan tentang isu itu. Rupanya pencuri itu sudah dikejar pak guard tetap hanya sekerat jalan saja. Aduh, nampak macam muda lagi, saya rasa pak guard ni mampu menangkap kalau betul-betul dia kejar.

Dengar cerita pemuda itu sudah bergomol dengan tuan punya barang di atas masjid tu, tetapi agak pelik kerana agak ramai orang di situ pun masih lagi terlepas. Bahkan pencuri itu tergolek di jalan raya sebelum lari ke gerbang rehal di kejar guard dan disambung oleh pakcik yang melaungkan pencuri!! pencuri!! kepada saya tadi.

Saya terfikir, apakah saya mampu membantes kaki pencuri tadi kalau saya tahu dari awal?huhu. saya tak sampai hati kerana tidak pernah berbuat begitu pada orang tapi tu kan pencuri mesti mampu. Kelajuan larian pemuda itu kalau dibantes tentu luka teruk. tapi padan muka kn?

Kesimpulannya, jagalah barang-barang peribadi kita walaupun di masjid kerana walaupun orang yang datang masjid itu bukan pencuri, tetapi pencuri itu yang datang ke masjid.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails