Menjadi seorang cikgu di zaman ini sememangnya bukan tugas yang mudah. Banyak dugaan dan rintangan yang perlu kita tempuhi. Cabaran dari murid, ibu bapa, masyarakat mahupun KPM sendiri. Kadang-kadang ia boleh menjadi tekanan kepada kita jika kita silap menanganinya.
Dalam tulisan-tulisan sebelum ini, banyak cerita manis dan pengalaman menarik sepanjang saya menjadi cikgu. Saya seperti memberi gambaran yang sangat indah tentang tugas mendidik anak bangsa. Ya, sudah pasti ianya bagus untuk memberi galakan dan semangat kepada guru-guru muda yang lain ataupun kepada bakal-bakal cikgu yang berkunjung ke sini.
![]() |
| gambar hiasan |
Ada sisi tidak baik juga sebenarnya jika keindahan saja yang digambarkan. Nanti kurang persediaan dari untuk mereka menempuhi 'alam persekolahan'. Sebenarnya cikgu, hakikat di sekolah bukanlah indah seperti yang digambarkan. Banyak juga pengalaman pahit yang perlu saya telan dalam usaha untuk memandaikan dan mendidik anak bangsa ini.
Pernah anak didik saya ditangkap kerana berkhalwat dalam semak di luar kawasan sekolah ketika para muslimin sedang bersiap-siap untuk mengerjakan solat jumaat (cuba teka umur anak didik saya ini?). Ada juga murid yang ditahan kerana.... arghh, tidak sanggup lagi menulis keburukan anak sendiri. Kadang-kadang terfikir untuk melepas jawatan disiplin ini supaya tidak lagi tahu tentang salah laku anak murid.
Lagian saya rasa diri saya tidak sesuai untuk jawatan ini. saya lebih suka menyelesaikan masalah murid dengan kaedah psikologi berbanding kaedah disiplin. Sebab itu kadang-kadang usai melaksanakan SOP untuk salah laku murid, saya berjumpa mereka secara personal untuk mencungkil masalah mereka.
Ya Allah, jadikan murid-muridku murid-murid yang bertaqwa.

6 ulasan:
emel emel. bole share. mslh n cara mengatasi. tengah buat persiapan mental nak masuk sekolah. gulp.
sungguh berbeza murid dulu dan murid sekarang...
~dee~
Cara mengatasinya subjektif.
TIada org boleh mendabik dada kata cara mereka yang terbaik. Hanya quran sunnah saja yang tidak boleh disanggah.
~NadiaH~
sangat berbeza.
Assalamualaikum cikgu,
Bukan mudah untuk memanusiakan murid-murid terutama di sekolah harian biasa.
Agar cikgu diberi kekuatan dan kesabaran.
Semuga dalam rahmat dan kasih ALLAH
Catat Ulasan