BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


20 Mac 2013

Tolong orang, kita akan ditolong

Lama juga tidak menulis. Bukan apa, cuma berasa segan bila mana identiti saya diketahui oleh orang lain. Rasa tidak bebas untuk menulis dengan baik. Tulisan-tulisan selepas ini mungkin akan ditulis dengan lebih hati-hati dan ditapis dulu, bukan lagi main tulis je macam dulu-dulu.

Kadang-kadang bila kita lihat orang yang ada masalah, kita tak terfikir suatu ketika nanti kita akan hadapi masalah yang sama. Jadi kita tidak pernah berasa empati pada mereka. Sama juga jika kita lihat orang yang sakit,  tidak pernah ingin berempati kepada mereka.

Jika ada rakan-rakan guru diluar sana ingin mengelakkan tugas atau sesuatu jawatan di sekolah, elakkan lah diri kalian dari menjadi mengatur jadual kelas tambahan pada masa cuti sekolah. Cukup berbelah bagi antara tanggungjawab kita dan rasa kasihan dengan rakan-rakan guru yang lain.

Saya baru diberi taklifan ini, nampak mudah namun hakikatnya sangat sukar. Tahun lepas, guru yang membuat jadual, hanya mengeluarkan jadual tanpa merujuk kepada guru-guru yang akan mengajar, memang mudah baginya membuat jadual, tapi ianya menimbulkan masalah kepada guru-guru tersebut termasuk saya. Cuti 9 hari jadi 4 hari.

Menyedari hakikat itu, saya cuba lebih fleksible, cikgu-cikgu boleh memilih hari yang mereka 'free', namun timbul masalah apabila adanya cikgu-cikgu yang septutnya mengajar mempunyai perancangan sendiri sepanjang cuti. Bercuti, balik kampung, kenduri dan sebagainya. Saya terpaksa melakukan dengan sangat teliti bagi mengelakkan ada yang makan hati dan tugas saya tergendala.

Bagi yang betul-betul tidak dapat, saya cuba sedaya upaya untuk dapatkan pengganti dari cikgu-cikgu yang boleh datang. Mujurlah ada beberapa rakan guru yang sangat sporting untuk membantu. Selaku guru yang 'paling muda' dalam kalangan mereka, saya cuba memahami permasalahan mereka. Guru-guru lelaki tiada masalah, namun apabila tiba pada guru perempuan, masalah mula timbul.

"Habislah akak kena marah kat hasben. Dahla masa cuti ni je yang kami boleh balik kampung. Dia dahla susah dapat cuti", luah seorang rakan guru kepada saya.

"Kami dah plan nak bercuti, tiket semua dan beli, Macam mana ye?"tanya seorang lagi rakan guru.

Masalah timbul bila melibatkan suami mereka. Saya tidak menyalahkan mereka dan keluarga mereka kerana saya faham situasi mereka. Mungkin saya juga akan berasa benda yang saya, Lalu saya cuba aturkan sebaik mungkin dengan cikgu-cikgu yang sporting termasuk menunda kepulangan saya ke kampung halaman. Alhamdulillah, semuanya setel kecuali seorang cikgu yang masih tiada pengganti.

Sebulan yang lepas (Imbas kembali..macam cerekarama la plak)

"Cikgu, esok kak tak dapat hadir kelas tambahan. Nak bawa anak ke klinik. Macamana ye? Nak kena cari pengganti ke?", tanya seorang rakan guru kepada saya.

"Sepatutnya macam tu la kak.", jawab saya.

"Kak dah tanya semua tapi semua tak dapat sebab diorang memang ada kelas. Cikgu boleh ganti kelas akak tak?", tanya cikgu tu lagi.

"Erm, Cuba akak tanya Cikgu A, dia takde kelas esok. Kelas dia lusa, biar dia masuk kelas akak esok dan nanti akak ganti balik kelas dia lusa. Saya kelas lain, nanti susah pula kalau akak nak ganti balik", cadang saya kepadanya. Lalu dia bertanya cikgu A.

"Boleh tak cikgu A ganti saya esok. Nanti saya ganti balik kelas cikgu A lusa. Kira kita tukar hari je la", tanya cikgu tersebut kepada cikgu A.

"oh tak boleh. Esok saya ada sukan. Tak sempat nanti (alasan ini sebenarnya tiada kaitan)", jawab cikgu A.

"Erm..", cikgu tersebut agak kecewa.

"Takpe cikgu A, minggu ni sukan dibatalkan. Takde masalah kalau nak ganti", sampuk seorang cikgu yang lain. Aah la, minggu mana ada sukan. Baru saya teringat.

"Oh.. yeke?", tanya cikgu A kemudian dia terdiam seketika sebelum menyambung. "Oh, esok saya tak boleh, saya ada hal". 

Sebenanrya ada alasan lain lagi yang cikgu A beri, namun bila alasan itu dipatahkan dia mematikan ayat dengan berkata, saya tak boleh, saya ada hal.

Saya terdiam, tidak mampu berkata apa-apa.

Akhirnya saya terpaksa menggantikan cikgu tersebut kerana kasihan melihat takde sesiapa yang dapat tolong dia. Agak janggal namun tiada pilihan lain. Sebelum dia balik, dia berkata kepada saya.

"Sekarang baru akak tau sape yang susah nak minta tolong, sape yang mudah. Akak akan ingat".

Saya tersenyum dan meminta beliau tidak berfikir sangat tentang masalah itu kerana sudah selesai.

Imbas kembali tamat

"Kak,  dalam cuti ni ada satu kelas takleh nak on, takde cikgu. Akak boleh ganti tak?", tanya saya kepada cikgu yang pernah saya ganti kelasnya itu.

"Cikgu mana kak kena ganti?", tanya beliau.

"Cikgu A...", belum sempat saya jawab soalan, terus cikgu tersebut memotong "tak boleh"

"Sebenarnya kak..." belum sempat saya cakap dia terus memotong, "cari orang lain. akak tak nak". Lalu dia berlalu. Saya melihat cikgu A terkial-kial mencari pengganti, tetapi tidak berani bertnya cikgu tersebut. Memang cikgu diwajibkan cari pengganti bila tidak dapat hadir.

Usai rehat, beliau datang kepada saya.
"Akak boleh ganti dia, tapi akak ganti  bukan sebab dia, tapi sebab akak nak tolong cikgu setelkan jadual ni. Kalau bukan sebab cikgu, akak memang taknak ganti dia", kata akak ini kepada saya.

"Betul ni? Terima kasih", ucap saya kepadanya.

"Tapi jenuhlah akak nak menjawab dengan suami nanti. Dia selalu duk cakap, akak ni selalu mudah nak tolong orang tapi orang susah nak tolong kita bila kita minta tolong. Dahla suami akak cuti hari tu", ujarnya. Saya pula yang rasa serba salah.

Adakalanya saya terfikir, wajarkah kelas tambahan diadakan pada waktu cuti sekolah? Tidak cukupkah dengan waktu persekolahan dan kelas tambahan pada hari persekolahan. Cikgu-cikgu hanya ada waktu cuti sekolah untuk dimanfaatkan bersama keluarga. Ibu bapa juga pasti bising kerana waktu itu saja mereka ada untuk bawa anak jalan-jalan.




6 ulasan:

~fam~ berkata...

pendapat saya yang bukan cikgu tapi adik beradik ramai yang jadi cikgu.

tak berapa nak wajar. sebab cikgu pun manusia kan. time tu lah nak berjalan, nak berkenduri, nak balik kampung dan nak meluangkan masa untuk diri sendiri.

berat gak jadi cikgu ni kan. bukan setakat mengajar.

semoga cikgu-cikgu dilimpahi pahala dan rahmah.

MUHAMMAD SUKRI SUPI berkata...

Assalamualaikum...

Identiti diri terbongkar syeikh? hehe..Cikgu paling muda ye..sama lah kita..

kelas tambahan..jika di sekolah ambo, kelas tambahan untuk cuti sekolah kali ini berjalan mengikut kesanggupan guru2...Ada guru2 yang bercuti atau balik ke semenanjung, mereka tidak mengadakan kelas tambahan untuk matapelajaran mereka..Dan sebenarnya memang tugas guru untuk membantu murid2..ambo tidak berani komen wajar atau tidok kelas tambahan diadakan pada waktu cuti sekolah..hehe

dee berkata...

mama saya pon kena buat jadual. sian tgk dia kena buat relief semua. huhu..
tapi, mmg ada dlm akta (oh saya sdg blaja etika&profesionalism perguruan) yang cuti sekolah, separuh darinya mmg bole amik oleh pihak sekolah.
cth kalau cuti 9 hari, 4 hari datang.
tapi, dah keje nanti mst payah kan.

Al - Mu'allim berkata...

~fam~

Bukan saja cikgu, murid-murid juga sama. Selalu juga murid bagitau bebelan ibu bapa mereka sebab suka buat kelas dalam cuti. Haish!!

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam.

Ho la sheikh. Terbongkar abs rahsia diri. hehe.

Ambo ni muda di sekolah jah sheikh. Hakikatnya 'tuo gobe' doh. Ambo sheikh, kalu sekolah ambo tepi rumoh, nak buat kelas hari-hari kawe buleh. Ni gak, kita doh la duk jauh. Kena rukah bukit turun bukit baru buleh sapa. Sheikh xpo la naik belon... hehe

Al - Mu'allim berkata...

~dee~

Saya cuti 9 hari jadi 4 hari.

Tapi tak kisah sangat pun kalau takde aktiviti apa-apa. Kasihan kat orang yang dah berkeluarga la. Banyak planning tertangguh. Orang bujang pun ada plannning juga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails