BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


2 Jun 2010

PALESTIN DIHATIKU

BLOG INI MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA TINDAKAN BIADAP ISRAEL MENYERANG MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KE ATAS GAZA DAN MENDESAK PIHAK KERAJAAN MEMANGGIL SIDANG PARLIMEN DAN MENYATAKAN PENDIRIAN KE ATAS SERANGAN INI.

TINDAKAN KERAJAAN YANG BERUSAHA UNTUK MEMBAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA YANG DITAHAN HANYA MENGGAMBARKAN SIKAP MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI APALAGI MEREKA YANG KE SANA PASTINYA SEDAR AKAN RISIKO INI DAN MENGHARAPKAN SYAHID.

SAYA YAKIN DAN PERCAYA MEREKA LEBIH SENANG DITAHAN ASALKAN TUJUAN ASAL UNTUK MENGHANTAR BANTUAN KE GAZA DIREALISASIKAN. MEMBAWA PULANG MEREKA HANYA MENGGAMBARKAN KETUNDUKAN KITA KEPADA ISRAEL.

SAYA BERASA BANGGA MENDENGAR PESANAN SEORANG AHLI ROMBONGAN KEPADA ISTERI BELIAU ANDAI BELIAU GUGUR SYAHID, SELESAIKAN SEGALA HUTANG BELIAU. APAPUN KITA MENGHARAPKAN AGAR MISI INI BERJAYA.

BERJUANG ERTINYA TERKORBAN RELA TERHINA KERNA KEBENARAN. ANTARA DUA PASTI TERJADI TUNGGULAH SYAHID ATAU MENANG

5 ulasan:

Pacifist berkata...

Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

Al - Mu'allim berkata...

Terima kasih atas pandangan saudara.

Bagaimana mungkin dapat kita berjihad menentang Israel dalam keadaan kita yang lemah. Pada saya, negara-negara jiran Palestin harus dibebaskan terlebih dahulu. Paling ketara Mesir yang terang-terangan menyokong zionis. Kerajaan Malaysia sendiri sepi dalam isu ini.

Bagaimana mungkin kita dapat bebaskan Palestin jika pemimpin negara kita sendiri bisu dalam soal ini. Bagaimana mahu membantu Palestin kalau setiap tahun kita memberi sokongan kewangan kepada Zionis. Tepuk dada tnya iman.

Menjawab soalan saudara, semua ini akan berakhir apabila negara-negara Islam tidak lagi berada di bawah telunjuk Yahudi.

Wallahu 'alam

Pacifist berkata...

memang semua telah diceritakan dan diberitakan dlm al-Quran dan Hadith.seumpama kita sudah diberikan skrip ttg perkara dahulu,sekarang dan akan datang.cuma apa yg Allah lihat ialah usaha kita menjalankan kewajipan yg telah ditetapkan.walaupun kita kalah dlm peperangan sekarang,ia ttp harus dilakukan,kerana kita tidak tahu bila zaman yg dijanjikan itu.kerana jika kita duduk diam shj,tentulah hasilnya juga berbeza.sekurangnya t/jawab kita sbg umat hari ini sudah dijalankan,selebihnya serah pdNya utk menilai apa yg kita lakukan masa kita hidup

Pacifist berkata...

malaysia tiada bezanya dgn negara sekular lain.hanya dipemerintah oleh pemimpin yg beragama islam,ttp hanya meletakkan islam di pinggiran.pemimpin mesir yg jelas paling tidak boleh diharap utk membela umat islam.lihatlah apa mereka lakukan kpd ikhwan?umat islam jenis inilah(sekular) yg melemahkan kebangkitan islam.tiada bezanya mereka dgn yahudi kecuali mereka ini mengucap syahadah.sbb itu di kebanyakkan negara islam terbentuk 2 golongan.jalus keras dan jalur lembut.jalur keras tepaksa mengangkat senjata melawan pemimpin sedemikian.jalur lembut,masih bersabar dan berjuang melalui p/raya.yahudi mengambil kesempatan supaya kita ragu2.sbb itulah dikebanyakkan negara diangan pemimpin sekular yg beragama islam utk meneruskan agenda mereka

Al - Mu'allim berkata...

Benar katamu wahai sahabat...

kadangkala saya merasakan marah kita hanya seketika, boikot kita tidak konsisten, demo kita hanya bermusim sedangkan penderitaan Palestin adalah sepanjang masa.

Regim yahudi begitu biadap kerana mereka yakin umat manusia akan melupakan tindakan mereka ini selepas bermulanya sepak mula World Cup nanti. Seluruh media dan mata manusia pasti tertumpu ke Afrika Selatan dan melupakan tindakan mereka ini.

Apa yang boleh dilakukan oleh kita adalah menurunkan pemimpin2 yang mandul dan pengecut ini sebelum Allah menggantikan kita dengan bangsa lain yang boleh diharapkan untuk menolong agama Allah.

Pembebasan Palestin adalah janji Allah dan Allah tidak memerlukan kita untuk membebaskan Palestin tetapi keimanan dan ketaqwaan kita yang mahukan kita sebahagian dari usaha tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails