BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


10 Mac 2014

Kemana hilangnya MH370?

ihsan google

Hari ini masuk hari kedua.
Kemanakah burung besi yang besar gedabak ini menghilang?
Terlalu banyak teori.
Ada juga spekulasi.
Apa mungkin konspirasi?
Bahkan banyak rahsia disembunyikan.

Jika benar...Bagaimana kapal terbang secanggih itu boleh hilang dari radar?
Jika benar...Bagaimana penumpang berpasport palsu boleh melepasi imigresen?
Jika benar...Bagaimana boleh terputus hubungan antara pilot dan pusat kawalan?

Apapun kata mereka.
Apapun perancangan mereka.
Saya berharap keajaiban yang berlaku.
Saya berharap mereka selamat.
Tidak kira apa yang berlaku disebaliknya.

Mengikut radar TUDM, kapal berpatah balik.
Apa mungkin penumpang misteri yang merampas pesawat,
menerbangkan dengan rendah supaya tidak dapat dikesan.
dan mendaratkan di negara luar spt thailand, vietnam mahupun filipina?

Jika begitu keadaannya, pasti anak kapal masih selamat.
Itu harapan terakhir kita.

Terhempas? Mohon jauh dariNya ya Allah.
Mana mungkin kerana tiada kesannya.


Meletup? Mohon tidak ya Allah.
Tiada letupan dikesan berlaku.

Jika ya, pasti juga ada kesannya.

Pilot yang terlatih,
co-pilot juga hebat,
kapal juga canggih,
Cuaca juga baik.
namun kuasa Allah mengatasi segalanya.

Tiba-tiba teringat kisah menaiki penerbangan MH dari KLIA ke Kuala Terengganu. Benar, waktu paling berisiko bagi kapal adalah waktu berlepas dan mendarat.

Apabila sampai di ruang udara Ganu, kapal dirasakan berpusing-pusing dan berlegar-legar di ruang udara. Tidak lama kemudian, ada pengumuman bahawa kapal tidak dapat mendarat kerana hujan lebat di landasan.

Lama kapal itu berlegar di udara, kemudian mereka bergerak kembali dan disusuli dengan pengumuman kapal terpaksa balik ke KLIA kerana bahan api hampir kehabisan. Jantung berdebar.

Terdetik dihati, apa perlu balik ke KLIA? Bagaimana jika tidak sempat sampai?huhu.

Alhamdulillah, sampai di KLIA, diminta keluar dari kapal dan menunggu bahan api diisi sebelum kembali berlepas dan selamat sampai di Ganu.

Sistem penerbangan ada disiplinnya. Mereka ada prosedur untuk diikuti. Tidak boleh sesuka hati mendarat di kawasan berdekatan.

Saya berdoa mereka selamat



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails