BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


27 Okt 2011

Dosa-dosa menipu

Jangan serius sangat

Dalam Kelas, mata pelajaran Pendidikan Islam hampir tamat. Sebelum keluar, Ustaz pun menberitahu kepada murid-murid.

USTAZ: Minggu depan kita akan belajar tajuk baru...Jadi ustaz nak kamu balik rumah nanti. Baca ayat 287 surah Al-Baqarah ... Sebab ayat ni ada kena mengena dengan tajuk baru kita nanti.


MURID-MURID : Orait ustaz!



Mingu depannya... Mata pelajaran pendidikan Islam..

USTAZ: Minggu lepas Ustaz Suruh kamu baca Ayat 287 Surah Al-Baqarah kan? Siapa yang dah baca ayat tu kat rumah?

Ramai Murid-murid yang mengangkat tangan. Ustaz pun tersenyum lalu berkata.

USTAZ : Saya tak percaya lah.

MURID-MURID : Betul Ustaz. Kami baca.

USTAZ : Cuba kamu buka Al-Quran, Surah AL-Baqarah ada 286 ayat jer. Mana ada ayat 287. Hari ini kita akan belajar tajuk baru. Dosa-dosa menipu.

MURID-MURID :???

26 Okt 2011

Akhirnya dia mendapat hidayah

 
Semasa belajar di Cairo, saya mempunyai seorang kawan yang agak terjal, nakal dan tidak duduk diam. Apa saja berkenaan kenakalan, tanyalah dia. Dia juga terkenal dalam kalangan pelajar Malaysia di sana waktu itu. Namanya, Zain (bukan nama sebenar).

Dalam kenakalannya itu, ada satu kelebihan yang dikurniakan pada dirinya - iaitu kebanyakan doanya dimakbulkan Tuhan (walaupun kami anggap itu semua secara kebetulan). Tetapi boleh dikatakan kebanyakan doanya itu adalah untuk orang lain. Maksudnya di sini, dia mendoakan kejayaan seorang rakan lain yang sudah tiga tahun tidak lulus periksa, dia mendoakan kesihatan seorang rakan lain yang menghidap penyakit berjangkit, dia mendoakan kewangan seorang rakan lain yang sudah dua bulan tidak diberi rezeki.

BIAR ORANG CINA PIMPIN ISLAM

Buku kedua yang saya beli adalah
Oleh kerana saya belum habis membacanya, maka saya tidak dapat menulis review tentang buku ini. Saya tertarik membaca sinopsis buku karangan Haji Ann Wan Seng yang ditulis dibelakang buku ini, dan untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya, lalu saya pun beli.

Masuk Islam bukan bererti 'masuk melayu'. Lantaran stigma yang membelenggu ini, ramai golongan bukan Melayu menolak habis-habisan untuk mendekati Islam. Mereka takut bangsa dan adat resam mereka terpaksa dibuang jauh-jauh lantaran perlu menukar status diri kepada Melayu.

25 Okt 2011

Aku, Isabella dan Tok Kenali

Ini adalah salah satu buku yang saya beli seperti yang saya ceritakan dalam artikel sebelum ini.


Buku 1
TRAVELOG HIDAYAH: Aku, Isabella dan Tok Kenali karya Bob Lokman dan Riduan Mohamad Nor
Buku ini saya beli kerana sudah lama saya ingin membacanya ianya sejak awal keluarannya, namun kini baru berkesempatan. Alhamdulillah buku ini telah berjaya saya khatamkan lantaran adinda bongsu bermurah hati menawarkan diri untuk menanda kertas peperiksaan pelajar saya. Dapatlah meluangkan masa untuk membaca buku sambil menunggu beliau menanda kertas.


Lahir di dalam keluarga ulama besar seperti Tok Kenali tidak menjamin tumpahnya kealiman dan kewarakan kepada seseorang itu kerana iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. ia tak dapat dijual beli, ia tiada ditepian pantai. walau apa pun caranya juga, engkau mendaki gunung yang tinggi, engkau merentas lautan api, namun tak dapat jua dimiliki jika tidak kembali pada ALlah.

Saya dan buku : episod 2

Dulu saya pernah menceritakan kisah saya dan buku, oleh kerana entri kali ini juga tentang buku, saya sambungkan saja kerana kisah ini lebih kurang sama dengan yang lalu, cuma tempat dan keadaan saja yang berbeza.

Akhirnya saya sedar, sikap membeli buku ini semakin sukar saya bendung. Lihat saja sewaktu, Karnival Buku Pulau Pinang yang lepas, pembelian buku sehingga memaksa penjual memberi diskaun sehingga lebih 20% untuk mencukupkan duit yang saya bawa. Nyata sekali trick untuk tidak membawa duit dalam jumlah yang banyak tidak menjadi sepenuhnya kerana ada saja buku yang mahu dibeli. hampir sepuluh buah buku berjaya di bawa pulang dari Karnival tersebut sehingga berjaya memenangi hadiah cabutan bertuah. Untuk mendapatkan sekeping kupon cabutan bertuah, harus membeli RM 30, kalau dah sebanyak tu buku yang dibeli, dapatlah banyak kupon dan kalau dah banyak kupon mestilah peluang untuk memenangi cabutan itu tinggi.

Apabila melihat kepada buku yang banyak ini, saya terfikir untuk memanfaatkannya kepada orang lain juga. sayang juga jika buku ini dibiarkan untuk bacaan saya sendiri saja. Saya bercadang untuk membuka mini perpustakaan apabila memiliki rumah sendiri nanti dan memberi peluang kepada sahabat-sahabat dan saudara-mara untuk memanfaatkannya dengan membaca di sana atau meminjamnya. Walaupun jumlah buku tidaklah sebanyak Perpustakaan Awam, namun saya berharap agar perancangan saya ini dapat dilaksanakan.

Bermula sekarang, saya bercadang untuk cuba menghabiskan sekurang-kurangnya RM100 sebulan untuk buku samada fikrah atau mana-mana buku yang boleh diambil manfaat darinya. Saya juga berharap agar pendamping hidup yang akan saya temui nanti adalah pencinta buku juga supaya buku-buku ini dapat dimanfaatkan oleh beliau juga. Seronok sebenarnya berkawan dengan buku.

Untuk mengelakkan saya berbelanja sesuka hati di kedia buku, saya telah mengambil inisiatif untuk menyertai STORMREADERS. Walaupun tindakan saya ini agak berbahaya kerana pembelian akan menjadi semakin tidak terkawal kerana bayaran adalah secara online dari bank, namun saya rasa ianya lebih mudah dari membelinya di kedai buku. Moga perancangan untuk membuka mini perpustakaan akan berjaya, walaupun bukan kepada umum, sekurang-kurangnya untuk diri sendiri dan keluarga.

Walaupun sudah memiliki akuan STORMREADERS, namun rupanya sukar untuk mengelak dari membeli buku. Susunan buku di kedai buku sangat menggoda. Terbaru sewaktu ke Syarikat Jaafar Rawas semalam, saya terbeli 3 buah buku lagi. Mujur juga jumlahnya tidak besar. Insha Allah saya cuba kongsikan sedikit sinopsis tentang buku yang dibeli ini pada post akan datang. INshaAllah.

24 Okt 2011

Akhirnya engkau pulang juga

Kata orang, jadi cikgu ni senang. Kerja separuh hari, cuti pun banyak. Betul ke? tapi yang peliknya orang yang berkata begitu biasanya mereka yang tidak berminat untuk menjadi cikgu. Kalau benarlah seperti yang dikata, ayuh, jadilah cikgu dan 'nikmatilah' kesenangan menjadi seorang cikgu jika benar apa yang dikatakan itu. =)

Kali ni taknak bercerita tentang cikgu dan sekolah. nak bercerita tentang sesuatu yang santai saja. Tidak mahu merosakkan mood cuti sekolah selama seminggu di kampung halaman ini. Walaupun membawa pulang skrip jawapan pelajar bersama, namun berada di kampung sekurang-kurangnya dapat mengecas kembali semangat dan iltizam samada dalam kerjaya mahupun kehidupan harian. InshaAllah.

16 Okt 2011

Kisah cikgu

Kali ni saya ingin berkongsi beberapa kisah suka duka menjadi seorang cikgu. Kadang-kadang saya berasa jeles membaca ceritera cikgu di sekolah-sekolah lain yang sangat menarik. Antaranya kisah cikgu yang dipujuk oleh pelajar beliau dengan kek coklat selepas beliau merajuk dengan tingkah laku pelajar-pelajar tersebut.

Kalau saya merajuk dengan mereka, alamat merdeka lah mereka di dalam kelas nanti, tp tak apalah, setiap sekolah ada kelebihan dan kekurangannya.
Kisah 1

Ini kisah yang berlaku beberapa minggu lalu. Bukan berlaku kepada saya tetapi berlaku kepada cikgu lain di hadapan saya. Ketika sedang menanda buku murid sambil menunggu loceng pulang di bilik guru, saya dikejutkan dengan suara yang kuat dari pintu,

Jatuh thiqah

Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga meluangkan masa menulis di sini selepas selesai fasa sibuk iaitu menyediakan soalan exam dan berkursus selama seminggu. Huh, sangat boring kursus yang lama itu, mujurlah silibus dah habis dan sempat membuat ulangkaji. Sekarang ni tunggu masa untuk menanda kertas dan mengisi markah ke dalam sistem SAPs.

Banyak kejadian aneh berlaku sepanjang tempoh ini, tetapi biarlah dulu kerana masih mencari kekuatan untuk menulis di sini. Sungguh, kadangkala rasa tidak sanggup menulis kisah itu kerana ianya di luar batasan pemikiran saya tetapi inilah zaman serba moden yang serba canggih ini. Tidak mahu membebankan blog dengan kisah-kisah berat, saya masukkan entry yang santai2 saja dulul.

15 Okt 2011

Tahniah Sultan Muhammad ke-V





Tahniah kepada Sultan Muhammad ke-V di atas pemahsyuran sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Dengan itu, berakhirlah giliran Sultan Mizan Zainal Abidin sebgai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan diganti dengan Sultan Kedah mengikut sistem penggiliran YDPA. Tahniah Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah.

Penggiliran YDPA diberikan kepada negeri-negeri mengikut susunan yang berikut : Negeri Sembilan - Selangor - Perlis - Terengganu - Kedah - Kelantan - Pahang - Johor - Perak.

Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berada di dalam sistem giliran ini walaupun turut menganggotai Majlis Raja-Raja.

Sultan Abdul Halim sebenarnya pernah menjadi YDPA semasa giliran Negeri kedah yang dulu. Namun kerana hayat yang panjang, giliran Kedah kali ini masih sempat untuk Sultan Abdul Halim menjadi YDPA yang ke-14. Sementara itu, Sultan Muhammad ke-V dilantik sebagai Timbalan YDPA mengikut giliran negeri Kelantan selepas ini. 
Moga kealiman Tuanku Sultan dapat menjadi contoh kepada rakyat di bawah pemerintahannya. Moga amanah ini dapat dipikul dengan sebaiknya.

10 Okt 2011

Tips Perkahwinan bahagia


TIP PERKAHWINAN


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

8 Okt 2011

Intipati bajet 2012

Saya masih bergelut untuk menyiapkan soalan peperiksaan, jadi banyak artikel tersekat di draft, untuk sementara waktu, layanlah bajet ini dulu =). Kalau nak pandangan, boleh dilontarkan di ruangan komen, mungkin dibincangkn. Saya tidak sempat untuk mengulasnya.


INTIPATI BAJET 2012
azlanJumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.

1 Okt 2011

Pesanan buat bakal suri hati

Seorang isteri mengadu begini kepada saya, " Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya.



Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails