BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


9 Jul 2011

Bersih 2.0 : Saya malu

Hujan dikhabarkan turun dengan lebat di ibu kota negara Malaysia. Jalan jam dan laluan dari pelbagai arah untuk ke ibu kota ditutup oleh pihak polis. Segelintir masyarakat berkepentingan menyalahkan Bersih 2.0 penyebabkan kesesakan walaupun ianya jelas angkara polis. Namun begitu, amat mengejutkan ratusan ribu masih dapat dikumpulkan. Alangkah diasak, diugut dan disekat sebegitu pun masih ramai yang turun, apalagi jika tidak diprovoke seperti ini.

Saya berasa amat malu berdosa tidak berada di dalam kalangan mereka masa ke sini. Di saat mereka menghirup gas beracun dan bermandikan 'water cannon' polis, saya dengan selesa menyaksikannya menerusi  internet di utara tanah air. Hampir menitis air mata melihat kesungguhan mereka menuntut keadilan dalam keadaan saya hanya memerhatikan dari jauh.

Ada musyaqqah yang menghalang saya dari ke sana. Namun saya tetap tidak mampu memaafkan diri sendiri. Ternyata dugaan dan tentangan kepada mereka lebih hebat dari yang saya alami sewaktu Bersih 1.0 dulu. Seakan tiada nilainya apa yang saya hadapi dulu walaupun ketika itu saya berada di kelompok yang paling teruk dikerjakan oleh pihak polis.

Ketahuilah sahabat-sahabat, mereka yang turun itu bukan pengkhianat negara. Mereka bukan mendokong datuk Ambiga mahupun Anwar Ibrahim, mereka bukan alat parti politik, mereka tidak dibayar mahupun diberikan baju percuma bahkan hadir secara sukarela,tetapi mereka cuma mahupun keadilan dan hak mereka. Penyebab masalah adalah polis yang digunakan secara maksima oleh pihak pemerintah.

Beruntung mereka yang turun, saya jadi malu. Malu dengan Allah, malu dengan diri sendiri, malu dengan masyarakat.

Untuk mengubat hati, hari ini saya memakai baju kuning meronda bandaraya Pulau Pinang. Moga mereka yang hadir pada perhimpunan Bersih 2.0 pada hari ini dilindungi dan diberi keselamatan oleh Allah.

Saya melihat hujan lebat yang turun adalah salah satu pertolongan Allah untuk meredakan gas beracun yang disembur polis. Itulah juga yang berlaku sewaktu bersih 1-0 dulu. Sahabat-sahabat, doakan keselamatan mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails