BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


31 Okt 2010

Hadiah untuk Sultan Muhammad ke-V







ALHAMDULILLAH

Tahniah!!! Tahniah!!! Tahniah!!!
Tahniah Pasukan Kelantan
Hadiah sempena Pertabalan KDYMM Sultan Muhammad ke-V

"ALLAHU AKBAR"  "ALLAHU AKBAR"  "ALLAHU AKBAR"
SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT



GOMO KELATE GOMO

30 Okt 2010

Beruntungnya rakyat Terengganu, tapi...

Apabila menulis tentang beruntungnya menjadi wanita islam, bukan bermaksud saya tidak bersyukur menjadi seorang lelaki Muslim tetapi untuk saling memberi peringatan bahawa wanita itu bejaya diselamatkan oleh Islam dari terus menjadi golongan kelas kedua. Lebih-lebih lagi terpilih menjadi wanita Islam dengan hidayah yang diberikan oleh, 2 kali beruntung mereka ini. Namun berapa ramai yang berfikir?

Lalu apabila saya menyatakan betapa beruntungnya rakyat Terengganu bukan bermaksud saya tidak gembira dengan negeri Kelantan bahkan saya bersyukur kerana menjadi rakyat Tok Guru dan Sultan Muhammad ke-V. Namun untungnya rakyat Terengganu adalah kerana Allah melahirkan seorang ulama hebat seperti Ustaz Azhar Idrus di negeri tersebut. Pada saya Ustaz Azhar ini adalah seorang yang cukup hebat dan terkenal di seluruh negara bukan kerana ceramahnya yang menarik tetapi juga ilmu yang dimilikinya.

Betapa Ustaz Azhar diminati oleh rakyat Malaysia sehingga untuk menjemputnya memerlukan temujanji yang  lama kerana senarai menunggu yang ramai. Kehadiran beliau ke Kelantan pasti akan menarik hadirin dari segenap tempat untuk mendengar secara life dan bersua muka walaupun sebenarnya ceramah tersebut boleh dibeli dalam bentuk cd. Inilah kelebihan yang ada pada beliau.

Beruntung rakyat Terengganu memiliki Ustaz Azhar Idrus kerana boleh mendengar ceramah beliau pada bila-bila masa kerana beliau mempunyai jadual kuliah mingguan dan bulanan di banyak Masjid atau Surau di sana. Berbanding rakyat di negeri lain yang terpaksa menunggu 29,30 dan 31 haribulan setiap bulan untuk mendengar ceramah beliau. Ini kerana 3 tarikh tersebut saja yang dikosongkan untuk kuliyah jemputan. Bayangkan dengan hanya 3 tarikh setiap bulan beliau ingin memenuhi semua jemputan, sudah pasti tidak mampu.

Saya mula mengenali penceramah ini menerusi klip video berikut yang dihantar ke telefon bimbit  oleh seorang rakan pada tahun 2008. Ketika itu saya masih bekerja sebagai seorang pegawai kerajaan.

video


Pada ketika itu hanya mengenali kerana lawaknya. Namun apabila suatu hari saya diarahkan untuk outstation ke Terengganu, barulah saya dapat menemui cd beliau dan timbul rasa kagum dengan ilmu yang dimiliki beliau. Dalam lawak, terselit ilmu yang begitu banyak dan setiap dalil yang diberikan akan dinyatakan kitab rujukan. Kadang-kadang saya terfikir kenapa ilmuan kita yang belajar dengan ulama'-ulama' hebat di timur tengah ataupun belajar secara formal di Universiti tidak dapat menghasilkan produk seperti Ustaz Azhar Idrus?

Tapi...


Tapi sayang, walaupun Terengganu dikurniakan Ustaz Azhar Idrus, tetapi gerakan Islam gagal untuk memerintah negeri tersebut. Setiap ceramah Ustaz Azhar dihadiri oleh ramai manusia sehingga sesak masjid atau surau tetapi Islam masih gagal memerintah di sana. Apa mungkin para hadirin hanya datang untuk mendengar 'lawak' bukan untuk mencedok sebanyak mungkin ilmu dari beliau. Wallahu'alam.

29 Okt 2010

Mengaku tetapi... Cinta tetapi‏...

*InshaAllah pengisian kali ini tentang kita yang mengaku, tetapi... dan  cinta, tetapi...
Pengisian ini diambil dari email, mudah-mudahan memberi pengajaran dan peringatan kepada kita

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.




Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Makan Bola, Tidur Bola

Bahang kehangatan bola sepak Malaysia sampai ke penghujung menjelang pertemuan Kelantan vs Negeri Sembilan pada hari sabtu ini di Stadium Bukit Jalil. Demam bola sepak dilihat melanda seluruh negara khususnya penyokong kedua-dua pasukan. Sebelum ini kecoh tentang kenaikan harga tiket yang dinaikkan kepada harga yang tidak pernah terfikir oleh para penyokong dan ia merupakan yang tertinggi dalam sejarah bola sepak Malaysia.

Dalam kekecohan isu kenaikan harga tiket, timbul pula isu tiket 30 000 keping tiket habis terjual dalam temph satu jam. Para penyokong mempersoalkan bagaimana 30 000 keping boleh habis sebegitu cepat dan dari mana datangnya 30 000 orang itu? Mereka mendakwa ulat-ulat tiket mengambil kesempatan di atas kemeriahan perlawanan akhir ini.

Penyokong pasukan Kelantan yang terkenal dengan sifat kefanatikan bola sepak dikatakan sanggup untuk mendapatkan tiket walaupun dijual dengan harga yang mahal. Bahkan seorang pengulas bola sepak antarabangsa pernah berkata "jika ingin melihat suasana bola sepak sebenar, datanglah ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV". Stadium keramat pasukan Kelantan itu sentiasa penuh sepanjang musim ini menunjukkan betapa fanatiknya mereka.

Walaupun pelbagai tafsiran buruk dilabelkan kepada penyokong Kelantan, namun mereka tetap meneruskan sokongan mereka. Label-label yang diberikan media, tidak langusng menggugat kesungguhan mereka kerana mereka tahu hakikat sebenar tidak begitu. Bahkan isu mercun dan balingan objek ke padang adalah perbuatan segelintir penyokong sahaja dan ia bukan hanya ada dalam penyokong Kelantan bahkan hampir kesemua pasukan. Namun, pasukan Kelantanlah yang terus ditonjol dan dan dipersalahkan sehingga kisah penyokong yang mati pun masih disalahkan pasukan Kelantan.

Saya terfikir, alangkah bagusnya para penyokong yang menghabiskan duit menonton perlawanan bola sepak di stadium ini turut hadir beramai-ramai ke Kuliah Mingguan Tok Guru Menteri Besar di Kota Bharu setiap pagi jumaat. Kuliah yang percuma ini alangkah baiknya jika dimanfaat oleh mereka yang membanjiri stadium sehingga kadang-kadang mencecah 25 000 orang.

Tiket bola ramai yang sanggup beratur untuk membelinya bahkan sanggup membayar berapa saja dari ulat-ulat untuk mendapatkannya namun tiket ke syurga ramai yang tidak berminat. Kaunter tiket bola sepak dibuka hanya sejam tetapi sold out tetapi tiket syurga dibuka dari dulu tetapi tidak ada yang berminat.
Ayuh, kita buru tiket ke syurga.

Moga tidak terjadi insiden yang buruk dalam perlawanan akhir Piala Malaysia nanti.

28 Okt 2010

Beruntungnya menjadi wanita Islam!

ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA

Mengutamakan ibu ke atas bapa.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?”

Baginda menjawab, “Ibumu!”

Lelaki itu terus bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Lelaki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Sekali lagi lelaki itu bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bapamu!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak perempuan menjadi penyelamat di akhirat.
“Barang siapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya dari api neraka.” (Riwayat Bukhari) Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan.

Wanita bukan hamba lelaki tetapi setaraf dari segi nilai kemanusiaan bagaikan adik beradik.  
  
“Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki.” (Riwayat Abu Daud)

Amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf.
 “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.” (Surah al-Nisa’: 124)

Hak wanita diiktiraf.
Umar al-Khattab r.a. berkata, “Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikitpun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami.”

sumber: Solusi25, mukasurat 70 dalam ruangan Info


“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

27 Okt 2010

Sketsa dua sahabat

Alkisah 2 orang sahabat yang sudah lama tidak bertemu kerana masing-masing dengan hal sendiri. Suatu hari mereka bertemu di dalam keadaan yang tidak disangka-sangka di dalam sebuah dompet.

RM 1 : Eh, lama xnampak hang. Pehabaq?

RM 50 : Sihat je. Aku sibuk skit la ni. Banyak jalan-jalan, outstation sana-sini.

RM 1 : Tu dia... Bukan main lagi hang sekarang. Aku pun jalan-jalan juga, tapi xjumpa lak hang. Hang jalan-jalan tang mana?

RM 50 : La, ya ka? Aku cam biasa la. Disco, fun fair, shopping mall, konsert, stadium. Hang p jalan-jalan mana?

RM 1 : Ooo, patutla xjumpa. Aku p masjid, rumah anak-anak yatim, surau. Ni hang lama x kat sini?

RM 50 : Kejap je kot. Jap g mungkin ke Stadium Bukit Jalil. Okla wei, aku p dulu no. Assalamualaikum!

RM 1 : Waalaikumussalam. Ok2. Jumpa lagi. Aku pun nak p tandas awam ni.

Loghat di dalam sketsa ini hanyalah sekadar hiasan dan tidak bermaksud apa-apa. Namun sketsa ini tidak lain adalah sebagai pemberi pengajaran kepada mereka yang berfikir :-D

25 Okt 2010

Pesananku buat Muslimah

Hari ini saya kaku, beku, tidak dapat bergerak, buntu dan kejang seketika. Fikiran saya bercampur baur tidak tahu apa yang difikirkan sebelum tiba-tiba tersenyum tawar membaca sebuah blog seorang perempuan yang menceritakan kisah silam dirinya yang masih mentah tentang erti sebuah kehidupan.

Kebetulan hari ini saya mempunyai masa terluang, jadi saya cuba mencari maklumat di sebalik Teori Konspirasi bagi mencari siapa di sebalik tabirnya dan berapa ramai pengikutnya. Sebenarnya saya bukanlah berminat dengan teori ini namun hanya meneliti sejauh mana pengaruhnya dalam masyarakat umat Islam di negara ini.


24 Okt 2010

7 golongan mendapat naungan arasy

“Tujuh golongan yg akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya di hari tdk ada naungan kecuali naungan-Nya.; Pemimpin yg adil, pemuda yg sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya,orang yg hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid,dua orang yg saling mengasihi karena Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, seorang lelaki yg diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yg cantik utk melakukan kejahatan tetapi dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah!’,seorang yg memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kiri tidak tahu apa yg diberikan oleh tangan kananya, seseorang yg mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya”
(HR. Bukhari Muslim)


Dari Hadith di atas, dapat kita ketahui bahawa ada 7 golongan yang akan mendapat naungan Arasy Allah pada hari kiamat. Sama-sama kita muhasabah diri kita apakah kita termasuk dalam 7 golongan ini.


23 Okt 2010

Kisah sebuah jam

Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.

Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetak paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?”.

“Hah?,” kata jam terperanjat, “Isk beratnya, tak sanggupla saya?”.

“Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?”, tawar si pembuat.

“86,400 kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini. Banyak sangat tu?” jawab jam penuh keraguan.

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?”,tanya si tukang tadi

“Dalam satu jam harus berdetak 3,600 kali? Banyak lagi tu” Jam tetap ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian berkata kepada si jam. “Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetak satu kali setiap detik?”.

“Naaaah, kalau itu, aku sanggup!” kata jam dengan penuh antusias.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetak satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetak tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetak sebanyak 31,104,000 kali.

Moral :
Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang semula kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun. Jangan berkata “tidak” sebelum Anda pernah mencubanya. Kisah ini saya petik dari email yang saya terima lama dulu namun rasanya berguna untuk kita mengambil ibrah darinya.

Jangan mudah mengalah dan jangan lekas berkata TIDAK, padahal kita mampu.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya,... "

22 Okt 2010

Kisah Imam Abu Hanifah memotong Epal (...samb)


Hampir terlupa untuk menyambung kisah ini. Terima kasih kepada 'as-syuhada, الشهداء' kerana mengingatkan cikgu.

Kisah ini adalah sambungan dari kisah di artikel ini.

Sebaik menerima epal yang telah dibelah tadi, perempuan itu terus pergi meninggalkan majlis ilmu tersebut.
Semua yang melihat kejadian tersebut tercegang tidak faham apa yang berlaku. Tidak berlaku komunikasi antara perempuan tersebut dan Imam Abu Hanifah namun masing-masing faham tindakan satu sama lain.

Lalu Imam Abu Hanifah bertanya "Kamu tahu kenapa dia datang ke mari?Kamu faham apa yang ditanya?"

"tak tahu", jawab si anak murid

"dia datang untuk bertanyakan masalah tentang hukum darah haid",jawab Imam Abu Hanifah lalu menyambung penjelasannya.



"Yang dia bawa tadi adalah epal yang kulitnya nampak  kuning2  dan dia bertanya aku apabila darah haid  kuning2 seperti ni, sudah suci kah dan boleh solat dah ke?"

"lalu aku belah epal itu untuk menjawab kepadanya bila putih seperti isi dalam itu baru boleh solat"

Wah, tinggi ilmu beliau firasat Imam Abu Hanifah. Kalau kita bagaimana? Huh, sudah pasti akan habis dimakan epal itu sambil di dalam hati berbangga dan terharu kerana ada murid yang bersimpati dan menghadiahkan epal kepada kita. :)

Begitu juga berkawan dengan orang jahil, perlu menjadi jahil lebih darinya. Untuk berkawan dengan si gila,kena menjadi gila seperti dia baru boleh ngam. Barangkali kisah si gila yang sering kita dengar ini boleh dijadikan contoh.

Kisah Orang Gila

Ada seorang gila yang ingin terjun dari menara tangki air. Habis bersusah payah polis dan bomba ingin menyelamatkannya. Apabila bomba ingin naik ke atas, dia mengugut bomba, "kalau kamu naik, aku terjun".

Turun balik bomba kerana bimbang si gila ini betul-betul terjun. Dalam keadaan kelam kabut itu, ada seorang mencadangkan supaya meminta bantuan seorang gila yang lain yang tinggal di tepi sungai.

Oleh kerana tiada pilihan, maka pergilah orang ke rumah si gila di tepi sungai dan beritahu "ada orang gila ingin terjun dari tangki air.Puas di pujuk tidak mahu turun,bagaimana nak buat?"

"Oh senang saja, belikan aku sebilah pisau lipat.", pinta si gila di tepi sungai itu.

Orang tidak mahu bertanya banyak kerana dia ni orang gila.

Apabila dapat saja pisau, terus dia menuju ke tangki air. sampai di sana dia melaungkan kepada orang gila di atas tangki air sambil mengacaukan pisau kecil di tangan "hoi, turun!! kalau tak,aku tebang tangki air ini dengan pisau ini."

Melihat pisau ditangan dan ugutan si gila di bawah, dia terus turun. Bila ditanya, "kenapa turun?", jawab si gila ini, "dia tu gila, nanti betul-betul dia tebang tangki air. 

Mana mungkin tangki air boleh ditebang dengan pisau itu, namun kerana masing-masing gila, hanya mereka yang boleh memahami bahasa mereka. Itulah, untuk berkawan dengan orang gila perlu jadi lebih gila dari dia.

Mahu anak menjadi soleh, tapi... (kemaskini)

Tanyalah ibu bapa mana sekalipun pasti menginginkan anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Walaupun hidup mereka bebas dan tidak berpegang kepada ajaran agama, namun apabila bercakap soal anak pasti mereka mahu kan yang terbaik untuk anak mereka.

Lihat saja perokok, mereka pasti tidak mahu anak mereka menjadi perokok seperti mereka. Hancur lunyai rotan digunakan untuk memukul anak mereka yang merokok. Apabila ditanya sebab, pasti alasan membahayakan kesihatan, membazir, tak elok dan sebagainya namun tidak pula digunakan alasan itu untuk diri mereka sendiri.

Saya teringat kisah sewaktu mengajar seorang murid mengaji al-quran di rumahnya.

21 Okt 2010

selepas 10 tahun

Minggu lepas saya berpeluang menjejak kasih 3 sahabat lama yang lebih kurang 10 tahun tidak berjumpa. Mereka adalah rakan sekolah menengah yang mempunyai kisah hidup yang berlainan antara satu sama lain.  Sebenarnya saya masih lagi berhubungan dengan sebilangan rakan-rakan sekolah menengah terutama yang sama-sama berada di jalan dakwah. Sungguh, perhubungan di jalan dakwah itu sangat kukuh sehingga susah untuk diuraikan tetapi menjejaki kawan-kawan yang bukan di jalan ini juga adalah perlu kerana mereka tetap kawan kita. Oleh kerana sekolah menengah saya dulu adalah abs (all boys school), jadi tidak susah untuk berhubung kembali dengan mereka walaupun mereka sudah berkeluarga. Pertemuan dengan mereka bertiga adalah secara berasingan kerana mereka saling tidak rapat antara satu sama lain.

KISAH 1
Pertemuaan terakhir kami adalah selepas keputusan SPM dikeluarkan, jadi saya begitu ingin berjumpa dengannya lalu janji dibuat iaitu bertemu di kawasan rumahnya. Namun, saya jadi pelik apabila dia ingin mempercepatkan pertemuan tersebut sehingga sanggup datang ke rumah saya. Saya jadi 'buruk sangka' kerana pengalaman sebelum ini, jika ada rakan yang bersungguh-sungguh ingin berjumpa, pasti ada niat tersembunyi. Samada ingin memperkenalkan bisnes baru atau meminjam wang. Saya tidak mahu peristiwa sedih itu berulang.

Nasihat Buat Pemilik Blog Serta Forum

Setiap pemilik blog sememangnya bebas untuk memuatkan apa jua coretan dan gambar yang mereka sukai, namun mereka juga WAJIB bertanggungjawab untuk meemastikan entrynya tidak menggalakan pembzairan waktu dan masa diri sendiri dan pembaca tanpa mesej jelas. Selain itu, WAJIB pula dijaga dari sebarang komen buruk dan negatif terhadap Islam.

 JAGA-JAGALAH PEMILIK FORUM
Sama seperti forum-forum yang begitu pelbagai di internet hari ini. Terdapat forum politik, forum perbincangan agama, forum remaja, forum pelbagai dan lain-lain.
Namun agak malang juga apabila melihat sebahagian forum TIDAK TERKAWAL kandungannya.  Benarlah,  ia memberikan sebahagian manfaat tetapi ia turut membarahkan masalah sosial, akhlak dan agama apabila melepas bebaskan pemberi komen, penghantar artikel untuk menulis apa sahaja.
Pemberi komen di forum dan blog hari ini ada yang bertukar watak syaitan ketika memberi komen, berselidung di sebalik nama palsu dan umum. Sama seperti manusia di jalan raya di Malaysia (bukan di UK), watak sebenar seseorang individu kerap terzahir ketika memandu, ramai tidak disangka ia seganas itu, tetapi itulah dia.

20 Okt 2010

Jangan Jadi Lilin

“Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi kebaikan orang lain!” itulah ungkapan ‘indah’ yang sering disebut orang kita.

Guru umpama lilin.

Kekasih umpama lilin.

Dan pelbagai siri lilin yang lain, terbakar diri untuk memberi.

Simbol pengorbanan.

LIKU DAKWAH
Dakwah adalah jalan yang penuh liku. Dari ujian kesusahan, hinggalah kepada ujian kesenangan malah kejemuan. Dakwah adalah wasilah Tarbiyah yang ertinya pada seni membentuk manusia. Tatkala usaha itu bersabit dengan manusia, banyaklah sakitnya berurusan dengan manusia.


Jemaah Haji Malaysia Menggunakan Vaksin Haram ?



Tahniah kepada semua warga Malaysia yang terpilih untuk menunaikan Haji pada tahun ini. Kelihatan rombongan demi rombongan mula berlepas ke tanah suci Mekah. Namun terdapat satu isu yang ingin saya bangkitkan untuk perhatian semua, khususnya pihak berwajib JAKIM, panel pengkaji JAKIM dan Majlis Fatwa kebangsaan.

Telah diketahui bahawa Kerajaan Arab Saudi mewajibkan semua jemaah Haji untuk menerima suntikan vaksin meningitis sebelum berlepas bagi memastikan tahap kesihatan mereka terjamin, sewaktu menunaikan rukun Islam kelima tersebut. Sebelum ini telah kita dengari keraguan timbul berkenaan asal usul vaksin terbabit, yang dikatakan dibuat melalui proses yang bercampur dengan sama ada unsur babi atau binatang-binatang lain yang tidak disembelih. 
 
Pun begitu, Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2002, telah mengeluarkan fatwa berkenaannya seperti berikut:-


19 Okt 2010

Mengapa kita lambat bertemu jodoh?

Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:

1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?

Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

2. Belum Benar-benar Bersedia“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.


Qolbu : Hati atau Jantung?

Sebenarnya saya sendiri masih keliru dengan istilah Bahasa Melayu apabila kita ingin menterjemahkan perkataan bahasa arab, qolbu. Banyak hadith yang membicarakan tentang qolbu dan seringkali diterjemahkan sebagai hati dalam bahasa Melayu. Bahkan penterjemahan dari bahasa Inggeris juga kita sering tersasar apabila ramai yang menterjemah HEART sebagai HATI. Benarkah HEART itu hati? Kenapa penyakit serangan jantung disebut 'heart attack'?

Seorang sahabat doktor menjelaskan bahawa istilah HEART sebenarnya merujuk kepada jantung sementara HATI adalah liver. Mungkin benar kerana istilah itulah yang digunakan dalam perubatan. Ilmu perubatan dipelopori oleh Ibnu Sina dalam buku Qonun Fi-AtTibb adalah dalam bahasa Arab dan apabila kitab ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, tentulah terjemahannya mengikut bahasa yang betul. Jika tidak, pasti pakar jantung tersalah bedah hati.
gambar diambil tanpa kebenaran dari blog mencari-hati
Lalu kenapa tersasar HEART diterjemahkan kepada hati? Kalau berkaitan hati dan perasaan,pasti ramai yang mengaitkan dengan hati. Pepatah melayu banyak menyebut tentang 'sakit hati', 'patah hati', 'makan hati' dan sebagainya. Bahkan apabila berdepan dengan orang yang dicintai juga dikatakan hati berdebar-debar. Persoalannya adakah hati yang berdebar atau jantung yang berdebar? Jika kita berasa marah, hati kita kah yang mengalami perubahan atau jantung? Apala tenang, hati kita tau jantung kita yang tenang? Bahasa Inggeris menggunakan istilah deep in my heart untuk menggambarkan perasaan dan diterjemahkan kepada hati.

Salah satu hadith adamenyebut
“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu.” – Maksud Hadis.

Ini menunjukkan peranan qolbu dalam diri kita. Namun jika dikaitkan dengan perubatan, jantung memainkan peranan mengepam darah ke seluruh badan dan kesihatan manusia kebiasaannya diukur pada jantung. Bahkan darah yang dialirkan dari jantung juga hasil dari sumber makanan kita yang menjadi darah daging. Namun kita tidak boleh melihat jantung fizikal saja, jantung spiritual juga perlu dilihat. wallahu 'alam. Saya bukan ahli tafsir hadith.

Barangkali para ustazah dan doktor kita boleh memperincikan lagi makna kedua organ ini. Kalau tidak salah, istilah hati di dalam bahasa arab disebut al-kabd ( الكبد )dan jantung barulah qolb(القلب). Sama-sama kita merenung kembali permasalahan ini.

Betapa liciknya syaitan

Satu hari, akibat keletihan yang teramat sangat, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani hampir terlewat bangun daripada tidurnya walaupun waktu Subuh hampir tiba. Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit jari kaki Syeikh Abdul Qadir. Maka, Syeikh Abdul Qadir pun terjaga. Mujurlah waktu Subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya, Syeikh dapat melihat syaitan yang menyamar seekor kucing itu.

“Mengapa kau kejutkan aku untuk solat Subuh, sedangkan kau amat membenci orang yang solat?”

“Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun Subuh,” jawab syaitan.

Syeikh Abdul Qadir kehairanan lalu bertanya lagi, ” Kenapa?”
Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.

“Aku takut jika kau terlewat untuk solat Subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yang lain yang lebih banyak dan serius,” kata syaitan.

Syaitan meneruskan kata-katanya, ”Kau akan bersedekah, kau akan membantu orang lain, kau akan mengajar lebih lama, kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Kemudian nanti, aku dan kawan-kawanku pula bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kamu solat Subuh tepat pada waktunya dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti!”

Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. Syaitan bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat tetapi juga arif tentang keutamaan amal. Bagaimana kita? Hehe, barangkali apabila terlewat solat syaitan akan mengadakan parti besar-besarandan tidak mempedulikan kita yang sedang tidur kerana kita tidak akan berasa apa-apa dengan kelewatan. Atau mungkin juga syaitan tidak terasa apa-apa pun sudah dah menjadi kebiasaan kita pun. Bahkan mereka tidak perlu bersusah payah menggoda kita kerana kita sendiri yang mencuaikan solat.


Godaan syaitan ini banyak caranya,tidak boleh cara kasar, digunakan cara halus. Contoh jika tidak berjaya mencegah kita melakukan perkara baik, diselitkan perasaan riak dan takabbur semasa kita melakukan perkara tersebut. Kadang-kadang kita merasakan sesuatu yang tidak enak (bimbang riak) semasa melakukan perbuatan baik, maka kita cuba mengelak melakukan perbuatan tersebut. itu sebenarnya adalah kejayaan syaitan menggoda kita kononnya ingin mengelakkan riak. Jika masih gagal, diselitkan pula perasaan ujub dalam diri iaitu berasa takjub atau kagum dengan diri sendiri kononnya berjaya mengatasi riak. Oleh itu, dalam apa-apa hal, istighfarlah dan jangan terpedaya dengan kelicikan syaitan. Mereka berpengalaman sejak zaman Nabi Allah Adam AS di syurga lagi.

18 Okt 2010

Bodoh atau kepandaian berbeza

Satu hari seorang profesor bijak pandai sedang menyeberang sebuah sungai yang luas dengan sampan yang didayung oleh seorang pakcik. Di tengah perjalanan, profesor itu bertanya kepada pakcik "Kamu pandai menulis dan membaca?"

"Tidak tuan, Saya buta huruf", jawab pendayung sampan.

"Oh, kamu sudah hilang separuh dari kehidupan kamu! Orang yang tidak pandai menulis dan membaca telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya".

Sampan terus bergerak meredah sungai yang luas itu. Sejurus kemudian, profesor bertanya lagi,"Kamu ada membuat simpanan untuk masa depan?"

"Tidak,tuan. Pendapat saya cukup-cukup makan saja".

"Kalau begitu kamu hilang separuh lagi kehidupan kamu.  Mana mungkin orang yang tidak menyimpan boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."

Sampan terus bergerak. Tiba-tiba sampan itu terlanggar bucu sebuah batu dan bocor. Air mula memasuki sampan. Mereka berdua bergegas mengambil apa jua bekas untuk mencedok air keluar dari sampan. Namun, usaha mereka tidak berhasil kerana air begitu deras masuk. Ternyata sampan itu akan tenggelam! Dalam keadaan cemas itu si pendayung bertanya kepada profesor, "Tuan,tuan pandai berenang?"

"Err, saya tidak tahu berenang!" jawab profesor panik. 

"kalau begitu, tuan akan hilang seluruh hidup tuan."

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah ini saya ambil dari Majalah SOLUSI. Saya percaya kisah ini sudah kita dengar berulang kali dengan versi yang berbeza. Namun pengajarannya adalah sama untuk menunjukkan setiap orang mempunyai kepandaian yang berbeza. Kita tidak boleh mendakwa seseorang itu bodoh walaupun kita mempunyai pendidikan yang tinggi darinya kerana pada hakikatnya kita saling memerlukan. Sebagai contoh, seorang doktor pakar yang belajar sehingga ke luar negeri, apabila keretanya rosak, pomen yang berkelulusan darjah 6 juga yang dicari. 

Seorang Perdana Menteri sekalipun memerlukan driver untuk memandu keretanya, mempunyai pembantu untuk menguruskan jadualnya. Bahkan pekerja Majlis bandaran turut penting walaupun tugas mereka hanya memungut sampah.  Jika tiada mereka, pasti kita dikelilingi bau yang busuk. Tukang sapu dan 'cleaner' yang sering dipandang lekeh juga penting untuk keselesaan kita. Saya teringat sewaktu kerja di jabatan kerjaan suatu ketika dulu, apabila 'cleaner' datang untuk membersihkan meja dan mengambil sampah, ada staff yang terganggu dan tidak selesa kononnya menggangu tugas.Namun bila tidak ada, dirungut pula sampah banyak dan sebagainya. Itulah sebab kita tidak boleh sombong.
Manusia itu tidak bodoh, cuma kepandaian yang berbeza. Bayangkan kalau semuanya mempunyai kepandaian yang sama, alangkah bosannya dunia ini.Malah mungkin hancur binasa. Allah Maha Bijaksana

17 Okt 2010

Bahasa Lembut

Bahasa Melayu (bukan bahasa Malaysia) adalah bahasa adalah bahasa perdagangan yang hebat sejak zaman sultan Melaka lagi. Bahasa ini sangat unik kerana setiap patah perkataan kadang kala mengandungi makna yang berbeza. Kadang kala sesuatu perbuatan itu mempunyai banyak istilah. Ada yang lembut ada yang keras.

Orang-orang tua dulu banyak menggunakan kiasan untuk menunjukkan sesuatu peristiwa. Adakalanya mereka menggunakan sindiran tertentu bagi menggambarkan sesuatu perkara. Ini menunjukkan betapa bahasa melayu sangat sopan dalam mengkritik atau menegur.

Namun saya melihat perkara ini lebih mendatangkan keburukan pada zaman sekarang. Apabila menggunakan istilah lembut bagi menggambarkan perbuatan yang keji, ia akan turut melembutkan perbuatan tersebut sehingga ia tidak lagi dilihat sebagai perbuatan yang keji.

Sebagai contoh ZINA. Amat jarang kita melihat perkataan zina digunakan terutama di dalam media bagi menggambarkan perbuatan ZINA yang dilakukan oleh umat terutama remaja. Kita lebih suka melembutkan perkataan tersebut dengan menggunakan terlanjur atau hubungan seks dan sebagainya. Padahal istilah tersebut adalah baik untuk situasi yang lain. Kesannya pelaku ZINA tidak merasa mereka sedang melakukan perbuatan yang keji.

Begitu juga RASUAH. Istilah duit kopi. duit bawah meja, duit poket, politik wang, advance dan sebagainya menyebabkan mereka tidak jijik melakukan perbuatan haram tersebut. Pelik mengapa kita suka melembutkan perbuatan keji itu sehingga mereka tidak lagi takut atau terhina melakukannya.

RIBA sangat berleluasa dalam masyarakat kita sehingga menjadi sumber keuntungan negara. Namun namanya ditukar kepada interest, dividen, wang pengurusan, kos pentadbiran dan sebagainya. Urusan di bank tertuamanya sering mengamalkannya dengan melembutkan bahasanya. Namun alhamdulillah semakin banyak bank-bank menawarkan sistem yang lebih islamic menggantikan sistem riba ini. Itu belum lagi kita melihat isu PTPTn yang digunakan oleh mahasiswa kita di kampus.

Banyak lagi istilah haram dan keji dilembutkan oleh kita jika ingin disenaraikan. Moga selepas ini kita lebih tegas dalam menggunakan istilah ini supaya perbuatan tersebut akan tetap dipandang keji oleh masyarakat dan pelakunya.

16 Okt 2010

Apabila murid tidak boleh ditegur

Saya tidak pasti samada wajar atau tidak menyiarkan video ini di blog. Perasaan saya berbelah bagi kerana ia boleh mengaibkan bangsa sendiri apalagi pelakunya adalah Muslim. Namun setelah berkali-kali saya memikirkan, saya memutuskan untuk menyiarkan sahaja sebagai iktibar sekaligus dapat memberi pengajaran kepada kita. Pada mulanya ingin 'blur'kan  video ini, namun kerana kurangnya kepakaran dan ketiadaan softwaresesuai, saya pulangkan kepada sahabat2 untuk mengeditnya. Tambahan pula, video ini bebas didapati di Youtube.

Siapa yang harus dipersalahkan?  Pasti ramai yang menuding jadi kepada guru kerana 'pelakon'nya berpakaian seragam sekolah. Keruntuhan akhlak dan kurang cemerlang pelajar lazimnya guru yang akan dituding sebagai penyebab samada oleh ibu bapa maupun segelintir masyarakat. Namun,berlainan pula jika pelajar itu cemerlang,pasti ibu bapa berasa bangga dan beranggapan didikan mereka berkesan dan semua tertumpu kepada ibu bapa dan bertanya 'bagaimana cara mendidik anak'.

Zaman sudah berubah. Murid-murid sudah semakin kurang ajar dan akhlak mereka sukar dibentuk. Sungguh saya melihat disiplin murid sekarang sudah tidak dapat digambarkan lagi lebih-lebih lagi Melayu yang mengaku beragama Islam. Jika dulu hanya sekolah-sekolah menengah di bandar, namun sekarang sudah merebak ke sekolah rendah dan mula masuk ke kampung. Apabila dikenakan tindakan disiplin, pasti akan datang surat saman dari ibu bapa yang berlebih-lebihan mendakwa anak mereka didera.

Saya bernasib baik kerana mengajar di sekolah rendah. Masalah disiplin tidak seteruk di sekolah rendah tetapi tetap pening dengan kerenah pelajar yang jahat. Bagi saya,kenakalan pelajar adalah biasa dan saya boleh menerima kerana mereka sedang membesar dan belajar. Itu adalah normal namun pelajar yang jahat sangat tidak boleh diterima lebih2 lagi mereka mendapat pembelaan dari ibu bapa. Saya tidak pelik jika mendengar guru-guru senior berkata
"Aku dah tak peduli dah apa budak ni nak buat, yang penting aku masuk kelas depa dan ajar depa. Depa nak belajar atau tak nak belajar tu depa punya pasal". Itu adalah kerana mereka sudah muak dengan masalah disiplin pelajar yang sering dibela oleh ibu bapa. Mana tidaknya, jika dikenakan tindakan, pasti ada ibu bapa yang datang menyerang guru.

Ramai SAHABAT saya yang pernah mengalaminya. Berdepan tindakan ibu bapa yang melaporkan kes kepada polis kononnya anak mereka didera walhal anak mereka itu JAHAT. Ada juga SAHABAT saya yang mendapat surat lawyer hanya kerana memulas telinga pelajar yang jahat.Anehnya pelbagai tuduhan dikenakan oleh bapa pelajar itu yang cuma seorang driver lori.

Apabila kejahatan ini semakin menular di sekolah rendah, saya menjadi risau. Kata guru-guru senior sewaktu praktikum dulu "kamu tidak apalah, kamu masih baru,masih semangat lagi macam kami dulu la. Lama-lama kamu muak la" sering terlintas di fikiran. Saya berjanji pada diri sendiri untuk terus berusaha memanusiakan murid dan tidak jemu mendidik mereka serta bersedia menempuh sebarang dugaan dan cabaran. Jika tidak, apabila melangkah ke sekolah menengah, jadilah mereka seperti dalam video ini. Inilah hasil dari sekolah murid yang tidak boleh ditegur dan sentiasa mendapat pembelaan dari ibu bapa. Apabila sudah menjadi buluh, sukar untuk dilentur berbanding sewaktu rebung dulu.

video

Aneh sekali, kawan yang sepatutnya menolong kawan menjadi penghasut. Apakah tiada sedikit pun rasa bersalah dalam diri mereka?

15 Okt 2010

Pilihanraya setiap hari

Apabila menyebut tentang pilihanraya, kita akan terbayangkan parti politik, bendera, penyokong, pondok panas, PACA, SPR, peti undi, atau dalam kontek Malaysia sekarang, kita terbayangkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Pilihanraya dilihat urusan rakyat yang berumur 21 tahun ke atas sahaja. Sebenarnya tidak begitu. Jika disebut pilihanraya sekarang, ramai yang terbayangkan pilihanraya kecil DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu sapi,Sabah. 2 kawasan tersebut bakal beruntung menjelang pilihanraya kecil kerana tidak semena-mena pasti ramai yang berkampung di sana dan dijanjikan pelbagai projek. Tidak kurang yang memiliki rumah sewa pasti menerima durian runtuh apabila ada yang sanggup menyewa dari beribu ringgit hingga berbelas ribu bergantung kepada jenis rumah sepanjang tempoh itu.

Lupakan seketika isu itu kerana bukan itu yang ingin saya perkatakan. Ini kerana pilihanraya itu semua orang sedar dan tahu. Yang ingin saya kongsikan adalah apa yang sering disebut oleh Tok Guru iaitu pilihanraya yang kita hadapi setiap hari. Pilihanraya samada untuk melakukan kebaikan atau keburukan, pilihanraya samada mengikut godaan syaitan mahupun malaikat. Namun itu tidak disedari oleh manusia, yang dinampak hanyalah pilihanraya yang jauh dari mereka.
Ihsan Pakcik Google

Kalau manusia sering ingat tentang pilihanraya ini, sudah pasti mereka akan sentiasa menjaga diri dari melakukan maksiat dan dosa besar kepada Allah. Ingin mengumpat, diingatkan ada pencatit di kiri dan kanan. Malaikat kiroman katibin yang tidak pernah jemu menulis amalan. Ingin rasuah, tidak akan jadi, ingin mencuri, tidak jadi, ingin menzalimi orang lain, tidak jadi. Tiada lagi amalan-amalan dosa besar yang dilakukan oleh manusia.

Kita sering melakukan dosa setiap hari namun target kita adalah zero dosa besar dan seminimum mungkin dosa kecil. Mencapai zero dosa kecil adalah mustahil bahkan merasa diri tidak berdosa juga merupakan sati dosa. Apapun, moga kita sentiasa berjaya mengawal diri.

14 Okt 2010

Tips menjawab soalan bapa mertua

Awas!! Tulisan ini untuk Muslimin sahaja. Muslimat tidak digalakkan untuk membaca bagi mengelakkan rahsia ini terbongkar kepada bapa mereka. Namun jika mereka bersifat 'sporting' dan boleh menyimpan rahsia, maka boleh sama-sama berkongsi tips dan rahsia ini atau mungkin mereka boleh memberikan jawapan ini kepada calon suami mereka.

Amaran!! Tips ini sangat tidak sesuai untuk pasangan couple yang tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

13 Okt 2010

"rugilah awak"

Niat saya untuk terus mengulas tentang bidang pendidikan agak terencat hari ini kerana insiden yang berlaku malam tadi. Sebenarnya mangsa bukan ada kaitan dengan saya pun tetapi kejadian tersebut amat mengejutkan kerana pertama kali saya dengar ia berlaku di Malaysia. Saya minat juga bola, tetapi entah kenapa sehingga sekarang belum pernah menjejakkan kaki ke stadium untuk menonton perlawanan bola sepak. Menurut seorang sahabat yang ke stadium malam tadi, keadaan seperti perang dunia. Penonton lebih kurang sama ramai, namun ruangan yang diberikan kepada pasukan pelawat dalam stadium hanyalah suku bahagian. Mana tak sesaknya. wallahu 'alam.

Berbalik dengan tajuk yang ingin saya sampaikan. Ianya berkenaan kisah semasa saya ditemudaga untuk perlantikan tetap dan ia dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Entah bagaimana panel kedua yang menemuduga saya adalah seorang ustaz yang juga merupakan seorang penyelaras J-QAF negeri. Panel yang pertama adalah seorang Dato'. Memang begitu barangkali keadaannya iaitu panel pertama adalah 'orang besar'.

Saya merasakan saya ditemuduga sekejap sahaja berbanding rakan-rakan yang lain. Barangkali kurang dari 15minit. Selepas diminta memperkenalkan diri dan latar belakang keluarga, saya disoal tentang isu semasa berkenaan politik tanah air oleh panel pertama. Saya menjawab seadanya dengan baik, tidak terlalu beremosi kerana bimbang jika ianya sekadar untuk menguji fikrah. Dalam situasi kita sebagai timun, kita haruslah bijak menjawab supaya tidak terjerat. Walaupun saya berasa soalan itu sekadar menguji pengetahuan saja kerana tiada seorang pun rakan-rakan yang sudah ditemuduga sebelum ini kena dengan soalan tersebut, namun saya tetap perlu berhati-hati.

Sesudah itu, panel kedua diberi kesempatan menguji saya. Sebelum bertanyakan soalan, beliau meneliti sijil SPM saya dan berkata

"rugilah awak ni. Bahasa Arab Tinggi A1, kenapa awak ambik kursus matematik? subjek quran sunnah dan syariah pun bagus"tanya ustaz.

"sebenarnya Ijazah saya bukan dalam bidang agama.Itu hanya peringkat SPM ustaz. Sebab itu saya ambik matematik semasa KPLI", saya merasakan itu jawapan terbaik.

Beliau bertanya lagi "kalau begitu saya nak bertanya soalan dalam bahasa arab la. boleh?". lalu dia pun mula berbahasa arab.

"minta maaf ustaz, saya dah lama sangat dah tinggal bahasa arab ini.  Lebih kurang 10tahun dah saya tinggal",saya mula risau kerana ustaz itu seperti serius. Huh,nyata beliau berjaya memainkan emosi saya walaupun saya menyembunyikannya dalam senyuman.

"rugilah awak tak 'practice'. Hilang macam tu je lah Bahasa Arab awak ni", 'bebel' ustaz ini lagi.

"Tu lah, saya pun rasa rugi juga, tapi nak buat macam mana, saya takde geng nak bercakap", saya mula berani 'menjawab'.

Seterusnya beliau bertanya soalan dalam Bahasa Melayu sahaja. huh, alangkah bagusnya kalau saya melayan saja ustaz itu berbahasa arab tadi. Lagipun bukan beliau gunakan bahasa tinggi sangat pun tadi. Rugi jg.

Sebenarnya ada juga beberapa soalan yang tidak dapat dijawab dengan baik dan dijawab dengan salah, namun mereka berdua banyak membantu saya memberikan jawapan yang terbaik.

Sebelum meninggalkan bilik, ustaz itu berkata kepada saya.

"Kalau ikutkan saya nk suruh awak baca al-quran dan soal tajwid tadi, tapi awak bukan JQAF".

Saya hanya tersenyum. InshaAllah saya tidak bermasalah untuk keduanya jika ustaz menyuruhnya tadi. Jazakallah Dato' dan Ustaz.

Pelik juga, barangkali disebabkan berjanggut ramai yang ingat saya adalah JQAF termasuk panel dan rakan-rakan yang mengikuti temuduga itu. Apa ustaz dan pelajar JQAF saja kah yang boleh menyimpan janggut?

Penyokong Kelantan mati di Stadium Shah Alam

Penyokong Kelantan meninggal dunia selepas menonton bola



Jenazah Allahyarham Che Karma ditutup dengan bendera Kelantan sambil dipangku oleh rakannya di pekarangan tempat letak kereta, Stadium Shah Alam, semalam. - Gambar ihsan/blog ruang bicara faisal

SHAH ALAM 12 Okt. - Seorang penyokong meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas.
Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan tetapi kematian lelaki itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kekecohan itu.
"Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Bachok, Kelantan meninggal dunia setelah dia mengadu sesak nafas sebelum pengsan di tempat letak kereta di Stadium Shah Alam.
"Rakan-rakannya dan juga pasukan paramedik yang dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Menurut Nor Azam, ketika perlawanan sedang berlangsung lagi, Allahyarham Che Karma telah mula mengadu sesak nafas dan dia telah dibawa berjumpa dengan paramedik untuk mendapatkan rawatan.
Jelasnya, keadaan Allahyarham selepas itu kembali pulih, sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di tempat letak kereta.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kekecohan di Stadium Shah Alam, beliau memberitahu, tiada pergaduhan yang serius berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan ketika di dalam stadium.
"Namun, sekiranya pergaduhan tercetus setelah mereka keluar dari perkarangan stadium ia di luar kawalan pihak berkuasa,'' katanya.
Pada perlawanan tersebut, seramai 300 anggota penguatkuasa yang terdiri daripada anggota polis, pasukan Rela dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal ketenteraman di dalam stadium.


Masih Bebal Dan Disengajakan
Ditulis oleh TRWC Team    Selasa, 12 Oktober 2010 18:45     emel

Ayat diatas saja yang mampu menggambarkan kebebalan pengurusan stadium Selangor yang masih menyusun kedudukan penyokong Kelantan dalam keadaan yang sengaja membangkit kemarahan segelintir penyokong Kelantan. Nasiblah ramai yang memilih untuk menyaksikan perlawanan ini sambil berdiri sekiranya duduk pasti tidak mencukupi ruang tempat duduk disediakan untuk penyokong Kelantan. Klik untuk lihat mangsa yang meninggal.
Seperti sedia maklum susunan penyokong Kelantan diberi serong ke belakang gol sedangkan ruang untuk Selangor banyak yang kosong. Keadaan telah sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan penyokong Kelantan yang mula melolos masuk bahagian bersebelahan kawasan media.
Mungkin Tiada Laporan Media dan Polis yang disahkan hari ini tetapi ini Buktinya:

Berlaku diluar stadium:


Berlaku Didalam Stadium:

Tindakan polis yang terlalu berlembut menangani serangan hendap dengan batu-bata penyokong Selangor kepada penyokong Kelantan juga amat dikesali kerana ramai penyokong Kelantan percaya sekiranya berlaku serangan seperti gambar diatas oleh penyokong Kelantan sudah pasti ramai yang ditangkap atau dibelasah dengan belatan. Itulah tindakan yang sentiasa dikenakan kepada Kelantan. Petugas media terlalu cepat mensensasikan berita penyokong Kelantan tetapi menutup sebelah mata sekiranya sesuatu perkara dimulakan penyokong Selangor. Walhal mereka dapat melihat dengan jelas rempuhan penyokong Selangor yang mengamuk merempuh anggota rela untuk menyerang penyokong Kelantan yang sememangnya dihadang oleh pagar. Lihat gambar diatas.
Apakah begitu hina dan jijik penyokong Kelantan yang sentiasa diburukkan walaupun 1 kematian telah berlaku akibat dipukul ganas penyokong Selangor. Keganasan penyokong Kelantan tidak pernah melibatkan kematian tetapi hal ini berlaku di kalangan penyokong Selangor. Mengapa media boleh menutup kes keganasan penyokong seperti ini? Adakah kerana kematian ini berlaku pada penyokong Kelantan?. Lihat 2 gambar diatas.
Perkara ini dibangkitkan bukan untuk memanaskan suasana dan perasaan penyokong tetapi kami penyokong Kelantan mengharap satu laporan dan hukuman yang adil oleh semua pihak. Kes kematian ini dianggap serius dan lebih menyayat hati ianya dipandang sepi oleh media dan pihak berkuasa. Kami juga menyokong segala tindakan polis kepada penyokong kami yang ganas tetapi biarlah adil.
FAM perlu memandang serius perkara ini dan tidak hanya mengenakan hukuman yang berat sebelah sahaja. KAFA sentiasa mengutuk sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang. Terima kasih diatas sokongan tidak berbelah bahagi penyokong The Red Warriors. Jumpa di Kota Bharu, kita akan pastikan separuh akhir milik kita. InsyaAllah
Kami juga berharap ada pihak yang menyaksikan kejadian ini menghubungi kami di info@theredwarriors.com Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau terus membuat laporan polis bagi pihak si mati. Al-fatihah pada arwah.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya mengelak untuk mengulas tentang insiden kematian ini bagi mengelakkan bias. Namun saya berharap agar siasatan segera dilakukan untuk memberi keadilan kepada semua pihak. Insiden yang tidak patut berlaku sebenarnya. Apapun, anda boleh membuat penilaian sendiri dari kedua sumber yang diberikan dan bebas mengemukakan pandangan. Namun jika pandangan yang ingin diberikan dirasakan bersifat emosi, pandangan anda tidak dialu-alukan. Alfatihah buat mangsa dan takziah buat keluarganya.

12 Okt 2010

Menjadi guru bukan mudah & iklan KPLI-JQAF

Perguruan merupakan antara bidang yang diminati di negara ini. Entah mengapa saban tahun begitu ramai yang memohon untuk mendapatkan tempat di dalam bidang ini. Ada yang menjadikannya sebagai pilihan terakhir, ada yang ikhlas untuk mendidik anak bangsa, ada yang dipaksa, ada yang terpaksa, ada yang minat dan bermacam lagi alasan. Hanya tuan punya badan boleh memberi jawapan. Sungguh, menjadi seorang guru terutama KPLI atau JQAF mempunyai cabaran yang tersendiri iaitu berupa pandangan serong dari guru-guru senior dan juga pensyarah-pensyarah IPG. Tidak kurang juga pandangan serong dari pelajar PISMP dan masyakat. InshaAllah akan saya kongsikan pada artikel akan datang asas kepada tulisan saya ini.

Banyak tapisan yang perlu dilalui untuk bergelar seorang guru. Saya cuba fokuskan kepada KPLI kerana saya kurang pasti laluan melalui PISMP mahupun JQAF sendiri. Untuk memohon KPLI seseorang itu harus mempunyai Ijazah tidak mengira bidang. Walaupun kerajaan berhasrat mengambil calon yang mempunyai ijazah dalam bidang tertentu, namun belum dikuatkuasakan setakat ini. Namun bidang yang diambil tidaklah lari jauh dengan kursus yang bakal diambil di maktab. Begitu juga cadangan pelanjutan temph KPLI dari setahun kepada setahun setengah belum dikuatkuasakan.

Usai mengisi borang,

11 Okt 2010

Ada apa dengan 10.10.10?

Semalam merupakan tarikh yang sangat diminati oleh rakyat Malaysia. Ramai yang memilih tarikh ini sebagai hari berbahagia untuk mendirikan rumah tangga. Malah, saya dimaklumkan oleh rakan-rakan imam bahawa tarikh tersebut telah penuh sejak awal lagi kerana ditempah oleh calon pengantin. Tiada apa yang istimewa sebenarnya dengan tarikh tersebut, mungkin nombornya agak cantik tetapi bukan tahun ini saja, bahkan tahun hadapan masih ada 11.11.11 dan seterusnya 12.12.12. Tahun lalu juga ada 09.09.09 bahkan sebelum itu 08.08.08 dan seterusnya hingga 01.01.01. Bahkan tarikh 10.11.12 juga boleh kelihatan menarik.

Amat malang jika ada umat Islam yang memilih tarikh tersebut kerana 'ong'. Jahil sungguh mereka itu,sudahlah begitu, tidak mahu menuntut ilmu. Bagi saya secara peribadi, tidak salah memilih tarikh tersebut namun janganlah dikaitkan dengan apa-apa yang istimewa kerana boleh mengganggu aqidah kita.


Lebih malang lagi apabila para ibu juga mahu mengambil 'keberkatan' tarikh ini apabila menunda dan mempercepatkan kelahiran anak mereka. Masya Allah, kejahilan apa yang menimpa umat ini? Tidakkah mereka sedar bahawa bukan saja nyawa anak, bahkan nyawa mereka juga dalam bahaya dengan perbuatan gila ini. Tarikh ini mungkin menarik pada tahun ini namun tahun hadapan sudah tidak cantik lagi.


Namun 10.10.10 mungkin tidak akan dapat dilupakan oleh mangsa kemalangan ngeri yang berlaku di Melaka ini. Ini menunjukkan tiada apa yang istimewa bagi tarikh ini. Ada yang berduka, ada yang bersedih, ada yang bergembira.

Salah sebuah kereta remuk setelah dihempap oleh bas ekspres dalam nahas ngeri di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan, semalam.

10 Okt 2010

Saya sangat gembira

Alhamdulillah. Hari ini saya sangat gembira walaupun kegembiraan ini sebenarnya adalah tidak perlu pun. Pagi tadi seperti biasa saya menonton Tanyalah Ustaz di tv9 bersama Dr Abdul Basit Abdul Rahman dari Pondok Sungai Durian yang juga merupakan Pensyarah KIAS menerusi tajuk Kesilapan dalam menunaikan ibadah haji. Ibadah haji merupakan rukun Islam yang ke-5 dan wajib dikerjakan bagi yang berkemampuan. Seorang muslim yang beriman sudah pasti merindui untuk ke Makkah dan melawat baginda Rasulullah SAW.

Namun ancaman Allah terhadap orang yang mati tanpa menunaikan haji dari hadith yang dibacakan oleh ustaz amat menakutkan saya. Hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al Hakim daripada Saidina Ali yang bermaksud :

9 Okt 2010

Apa sudah jadi dengan anda?

Bulan syawal telah selamat melabuhkan tirai malam tadi, datang pula zulkaedah mengambil tempat. Apa khabar amalan puasa sunat syawal anda? Sempat mengerjakan atau hanyut dengan jemputan perut (baca:rumah) terbuka? Bagi muslimah, pandangan mana yang anda gunakan?Menyelesaikan puasa ganti atau mengerjakan sunat ataupun gabung puasa(pendapat lebih kuat untuk diasingkan. rujuk web ustaz zaharuddin)? Jika menyelesaikan yang sunat dahulu, bolehlah menyegerakan qadha puasa sementara masih hidup ni. Kalau sudah sampai ajal, susah pula nanti untuk selesaikan hutang dengan Allah ini.

Bagaimana pula dengan amalan kita sekarang?Apakah kita masih maintain dengan amalan ibadah kita di bulan ramadhan dulu atau sudah kembali kepada amalan kita sebelum ramadhan dulu. Kalau begitu, rugilah kita tidak mengambil peluang untuk meneruskan momentum yang kita dapat sepanjang bulan ramadhan.

Sudah berapa juzu' agaknya kita baca sepanjang syawal yang lalu? Jika ramadhan kita mampu khatam sekali, dua kali atau tiga kali al-quran, sepanjang syawal sudah berapa juzu' yang telah selesai?

Jika dalam bulan ramdhan kita mampu bersolat tahajud dan berqiamullai sepanjang tempoh itu, sudah berapa kali kita bangun dalam syawal yang lalu?

Jika dalam bulan ramadhan kita mampu berwitir setiap malam, apakah kita masih meneruskannya usai solat isya dalam bulan syawal yang lalu?

Jika kita mampu berpuasa setiap hari dalam bulan ramdhan yang lalu, apakah yang menghalangkan kita dari mengerjakan puasa sunat sekurang-kurangnya pada hari isnin dan khamis pada bulan yang lain?

Jika begitu ringan kita bersedekah pada bulan ramadhan,apakah kita masih meneruskannya pada bulan yang lain?

Jika kita...
jika kita...
jika kita...

Bergitu banyak jika boleh kita senaraikan kerana banyaknya amal ibadah yang kita lakukan sepanjang ramadhan, namun apa yang sudah terjadi pada kita sehingga hari ini? Apakah masihjh meneruskannya. Jika ya, Alhamdulillah namun jika sebaliknya sama-samalah kita muhasabah kembali diri kita. Jika amal kerana ramadhan, sesungguhnya ramadhan sudah meninggalkan kita dan belum tentu kita sampai kepadanya. Namun jika amal kita kerana Allah. Sesungguhnya Allah kekal abadi.

4 Okt 2010

Sepinggan Dosa Berulam Pahala

hell.jpg

Sesungguhnya saya gusar malam ini. Saya telah menerima email dari seorang muslimah dan saya menggunakan istilah muslimah untuk mengistilahkan dirinya di alam realiti.

Namun masalah yang muslimah ini hadapi menjadikan saya sugul.

Percaya atau tidak, kes sepertinya sudah amat banyak yang sampai kepada email saya secara anonimus. Supaya warga kampus bangun mencelikkan mata, saya perturunkan salinan email jawapan saya kepada muslimah tersebut (secara anonimus), untuk muhasabah pembaca sekalian.

Kepada Allah juga saya mohon petunjuk dan perlindungan…

Assalamualaikum WBT.

Terdiam ustaz membaca email ukhti.

Kerana ini adalah email yang entah ke berapa menceritakan kes yang sama.

Percaya atau tidak, kes seperti ini semakin menular di kalangan generasi ukhti, sekurang-kurangnya pada apa yang sampai ke pengetahuan ustaz. Ustaz perlukan banyak masa untuk merenung dan berfikir, di manakah silapnya.

Antara kes sebelum ini, seorang muslimah berjubah dan bertudung labuh sangat mengasihi teman lelakinya. Jam 4 pagi, beliau menghantar sms mengingatkan teman lelakinya agar bangun bertahajjud… tetapi kemudian rahsianya terbongkar bahawa muslimah itu sebenarnya adalah ISTERI ORANG.

Semakin ramai siswa dan siswi cuba menjustifikasikan bahawa cinta mereka adalah suci kerana mereka ber’sms’ hal-hal iman dan amal, sedangkan yang terangsang bukanlah keinginan untuk beribadah, tetapi gelodak nafsu yang licik menipu.

Ustaz tak tahu nak start dari mana. Tetapi subjek utama dalam masalah ini adalah diri ukhti sendiri. Bukan soal teman lelaki ukhti, bukan soal apa yang Allah qadha dan qadarkan ke atas ukhti, bukan bakal anak yang nanti terkesan oleh dosa yang sedang dilakukan hari ini. Semuanya adalah persoalan diri ukhti sendiri. Sama ada ukhti mahu mengubah keadaan ini atau tidak. Itu sahaja.

Jika ukhti benar-benar mahu bertaubat, taubat dari belenggu dosa seperti ini harus disertakan dengan hijrah. Jika setiap kali bertemu dengan si dia mengingatkan ukhti kepada dosa yang ‘manis’ itu, maka ukhti mesti jujur dalam menilai. Apatah lagi ia bukan hanya soal perasaan. Ia adalah perasaan yang sudah direalisasikan oleh zina kecil sebelum Zina besar sebagaimana yang ukhti jelaskan. Maka ia bukan lagi soal mainan perasaan. Kalian berdua saling menjadi punca maksiat kepada satu sama lain.

Jika hubungan ini diteruskan, ukhti dan teman itu akan memikul kesannya di kemudian hari.

Rumahtangga yang dibina selepas banyak kemaksiatan dan keterlanjuran, akan dihukum oleh Allah dengan perasaan syak wasangka yang bakal menyelubungi perkahwinan itu. Masing-masing telah berjaya membuktikan bahawa Allah ‘telah kalah’ dalam perhubungan antum.

Maka, di masa depan nanti, suami akan sentiasa berfikir, jika ukhti berani melawan Allah bersamanya, apa lagi yang mampu menyekat ukhti dari melakukan perkara yang sama dengan lelaki lain. Ukhti juga akan berfikir, jika dia pernah berani beberapa kali membelakangkan Allah dalam perhubungan ini bersama ukhti, apa yang boleh menghalangnya dari melakukan perkara yang sama dengan perempuan lain.

Inilah yang ustaz temui di sepanjang pengalaman hidup, bertemu dengan pasangan yang pernah berdosa sebelum berumahtangga. Amat berat hukuman Allah apabila sebuah rumahtangga dibina tanpa kepercayaan di antara satu sama lain. Ia adalah hukuman dunia sebelum hukuman Akhirat.

Jika ukhti dan si dia masih bertarung dengan perasaan, maka ustaz boleh menasihati agar kalian saling berusaha untuk menjaga diri dan mempercepatkan perkahwinan. Tetapi ukhti dan si dia sudah saling bersentuhan, maka sama ada segeralah berkahwin, jika berani berdepan dengan risiko itu (mudah-mudahan terhindar dengan taubat bersama yang benar-benar tulen) atau saling berhijrahlah antum dengan meninggalkan satu sama lain, sejauh mungkin. Mulakan hidup baru dan mohonlah petunjuk dari-Nya.

Ustaz bersimpati dengan gelora yang ukhti hadapi tetapi ustaz enggan menghulurkan simpati itu andai ia menyebabkan ukhti mendapat ketenangan kerana tidak ada sumber penyelesaian kepada konflik ini kecuali taubat dan hijrah.

Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam pada sms berbau Islam atau pakaian berwarna Islam, tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan pasangan dengan maksiat. Betulkan kembali penilaian ukhti terhadap si dia yang ukhti katakan ‘baik’.

Sesungguhnya cabaran selepas berkahwin adalah jauh lebih berat berbanding dengan sekadar cabaran mengelak dari zina sebelum kahwin. Jika ini pun gagal, muhasabahlah diri segera sebelum melangkah ke usia dewasa yang lebih mencabar itu.

Ustaz doakan ukhti beroleh kekuatan dan petunjuk dari Allah untuk menyusun kembali kehidupan. Maaf andai bahasanya pahit, tetapi dalam pahit itu selalu ada penawarnya.

Tiada siapa yang mampu membantu ukhti kecuali ukhti sendiri sebagai tuan empunya badan dan kehidupan.

Salam dan doa dari ustaz.

ABU SAIF


Ini artilel lama yang saya ambil dari web Ustaz Hasrizal yang sentiasa valid dengan ummat pada hari ini. Mungkin ramai yang telah membaca, namun rasanya tak salah mengingati kembali.


3 Okt 2010

Saya orang kaya. Anda?

Hanya bekerja sebagai seorang cikgu sudah menganggap diri kaya? Pelik kan? Tidak, saya kaya bukan kerana saya seorang cikgu. Di zaman yang serba mahal ini, sukar untuk kita seseorang itu mengatakan dia seorang yang kaya. Bahkan jika ditanya mereka hanya mengatakan bahawa mereka adalah orang biasa-biasa saja iaitu tidak kaya dan tidak miskin.

Apakah yang menyebabkan saya mengaku sebagai kaya? Banyak sangat ke duit? Menurut ulama', seseorang itu dianggap kaya jika dia mempunyai makanan untuk dimakan pada hari ini dan hari esok. Saya memilikinya maka saya dikira sebagai kaya. Anda semua pun sama kan?

Jika kita semua berfikiran jernih begini, inshaAllah kita sentiasa hidup dalam ketenangan tanpa terlalu mengejar kepada keduniaan. Berpada-padalah dengan harta yang ada dan bersyukurlah atas nikmat yang diberikan kepada kita. Kita mempunyai makanan yang cukup untuk hari ini dan esok, sudah dianggap kaya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails