BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


11 Apr 2010

Rumet ku seorang kristian (4)

Sudah lama saya tidak menulis. Sejak ditarik nikmat kesihatan seminggu yang lalu, jarang saya membuka blog apalagi untuk menulis. Banyak ingin dikongsikan bersama rakan-rakan di alam maya, namun apa daya kerana saya tidak mampu berfikir dengan baik di kala demam yang ditambah dengan sakit kepala.

Saya suka berkongsi tentang pengalaman saya tinggal bersama rakan yang beragama kristian ini. Selain berkongsi dengan rakan-rakan, ia juga sebagai satu diari untuk saya ingati kembali pada masa akan datang tentang pengalaman ini. Untuk kali ini, saya tidak tahu mahu bermula dari mana kerana saya risau pandangan orang tentang kisah kali ini.

Ianya ada kaitan dengan politik, tetapi saya tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana parti politik. Bukan kerana saya anti kepada politik kerana politik juga ada dalam Islam, bahkan saya adalah seorang aktivis semasa saya bekerja di jabatan kerajaan sebelum saya memasuki bidang perguruan. Sekarang sedang menunggu masa untuk kembali aktif seperti dulu.

Suatu ketika saya bertanya kepada roomate saya, "di manakah tempat untuk gunting rambut?".

"buat apa kamu mahu gunting, rambut kamu pendek lagi tu kan?", katanya.

"panjang sudah ni. kamu biasa gunting di mana?", tanya saya.

"owh, 1 km dari sini ada satu kedai gunting rambut India, saja ke sana dengan berjalan kaki saja", jawabnya.

"cantik ke dia gunting", saya agak memilih untuk gunting rambut kali pertama.

"tidak cantik sangat, tp kalau kamu mahu yang cantik, kamu ke bandar, ada satu kedai cina yang bagus cara dia gunting", jawabnya penuh yakin.

"yeke? saya mahu gunting di kedai belakang maktab ini saja, tapi tukang guntingnya perempuan pula",terang saya tanpa diminta.

"eh, tidak boleh ke perempuan yang gunting? sama saja tu. walaupun kamu dari kelantan, tapi kawasan ini bukan PAS yang perintah. Jadi bolehla kamu gunting dengan perempuan. BN ok saja kan?"tiba-tiba saja dia mengaitkan dengan PAS dan BN.

"eh, apa maksud kamu dengan BN dan PAS. Apa kaitan dengan gunting rambut", saya amat pelik dgn kata-katanya.

"kamu tidak mahu kerana PAS tidak benarkan kn?ya lah, di Kelantan mana boleh laki dan perempuan bercampur untuk membayar di kaunter pasaraya. Konsert juga diasingkan. jadi di sini, tiada masalah la kn untuk kamu. Kawasan BN tidak buat peraturan begitu kan", katanya.

"it's not about PAS or BN. In Islam, perempuan mana boleh gunting rambut lelaki. Begitu juga sebaliknya", jelas saya.

"owh, sebab dia ada sentuhan kan, maka tidak boleh perempuan gunting rambut lelaki? tapi biasa kedai ada tukang gunting rambut perempuan untuk tarik minat lelaki. Lupa pula saya Muslim tidak boleh bersentuhan, tapi BN ok saja tu. Mereka pun Islam kan?", jawabnya.

"erm... susah saya mahu jawab", jawab saya.

"kalau begitu, kamu boleh minta kedai tu untuk bagi lelaki gunting rambut kamu. tapi biasanya kalau ke kedai gunting, kami mahu perempuan yang buat rambut kami", jawabnya.

"yalah, nanti saya tgk dl", saya mengakhiri topik kami pada malma itu.

Ah, sukar nya untuk bercakap berdepan begini. Kadang-kadang saya tidak pasti apa yang saya cakapkan ini. Betul2 terasa kerugian kerana tidak mengikuti kelas perbandingan agama dulu. Jika tidak, banyak yang kami boleh bahaskan. Moga jika suatu hari nanti saya dipertemukan dengan situasi ini, saya akan lebih bersedia dengan ilmu-ilmu yang lebih mantap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails